The Closet
Tajuk Filem : The ClosetPengarah : Kim Kwang-binTahun : 2020Terbitan : Moonlight Film , Perfect Storm FilmDurasi : 98 MinitNegara : Korea SelatanBahasa : KoreaGenre : Seram
Pelakon : Ha Jung-woo sebagai Sang-wonKim Nam-gil sebagai Kyung-hoonHeo-Yool sebagai Yi-na
Filem ni mengisahkan Sang-won dan anaknya Yi-na yang berpindah ke sebuah rumah di pinggir bandar. Isteri Sang-won telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya dan ini menyebabkan Yi-na kemurungan dan Sang-won sendiri mengalami serangan panik. Sang-won sangat terdesak mencari pengasuh kerana telah lama bercuti dan dia sangat mementingkan kerjanya.
Pada suatu hari, Sang-won telah pergi ke tapak pembinaan dan mengupah seorang pengasuh.Tetapi, apabila pulang dari rumah, dia mendapati anaknya Yi-na telah hilang. Dia telah mencari dan membuat laporan polis, tetapi polis mengatakan tiada tanda-tanda Yi-meninggalkan rumah.
Seorang bomoh iaitu Kyung-hoon telah datang ke rumah Sang-won menawarkan bantuan mencari anaknya yang hilang. Misi pencarian bermula.
Masa ni suami tanya.. ok tak nak tengok ni..kang ada yang tak buka almari sebulan kang..Hahaha...Takpe.. almari kita sliding glass.Almari dia kayu.
Kyung-hoon membuat pemujaan di hadapan almari kayu dalam bilik Yi-na.Kemudian sekumpulan roh kanak-kanak yang hilang keluar dari dalam almari tersebut.Huishh...seram...Roh seorang dari kanak-kanak telah menyerang Kyung-hoon dan menyebabkan Kyung-hoon cedera.
Sang-won mengambil keputusan untuk masuk ke alam ciptaan roh kanak-kanak tersebut untuk mencari Yi-na. Tapi bila dah last last, hilang lah seramnya dah..Timbul kesian pulak dekat roh kanak-kanak tu,Semua yang jadi roh kanak-kanak tu, acah acah kanak-kanak yang tersakiti.termasuklah Yi-na yang merajuk bila dengar ayah dia nak hantar dia ke kem sebab tak jumpa pengasuh.
Ceritanya biasa-biasa ajelah..Sebab MY tak suka cerita hantu.Jadi tak tahu cerita hantu yang macam mana yang best atau tak best
Oh ya.. boleh ditonton di aplikasi Viu ya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/09/the-closet.html