Thank You Uspizzass2 Uspizza Malaysia Sending Me Super Yummy Pizza Must Try
Salam to all readers,
Enaknya Jamu US Pizza Malaysia Waktu Lunch Hours | Weh lately ramai gila orang duk post makan pizza. Aku tengok pun terliur, mana taknya, buka twitter, Instagram, Facebook semua duk post makan pizza. Tak boleh jadi aku pun nak gakk!! Bosan pula hari-hari makan nasi. Lagilah work from home sekarang, mood nak masak tu macam bercinta. Punyalah malas nak ke dapur pegang kuali, periuk belanga semua. Nak cepat memang order Foodpanda je. Tak sampai 30 minit dah sampai. Tapi tulah, kalau hari-hari kau ber Foodpanda kopak kocek wei.
Member kata try la pekena US Pizza Malaysia ini, memang tak menyesal sebab kenyang katanya. Justeru, aku pantang dihasut lalu aku mencubanya sendiri tahap kesedapannya ini hari. Sebelum aku mengulas lebih lanjut US Pizza ini jom kita sembang kejap mana datang pizza ini.
Pizza ini ikutkan salah satu makanan segera yang cukup popular di negara Itali dan Amerika Syarikat. Boleh dikatakan pizza ini makanan ruji mereka. Kalau kita kat sini, nasi adalah makanan ruji. Dorang sana, pizza tu boleh bantai waktu breakfast, lunch, dinner pun boleh. Kau rasa? Pizza ini bukan terkenal di negara Eropah sahaja sebab pizza (makanan segera ini) sudah cukup terkenal di Malaysia juga. Pelbagai brand ada di pasaran Pizza Hut, Domino’s, Pizza Express, Pizza Mansion, US Pizza dan macam-macam lagilah.
Normally, pizza ini berasaskan dari doh dan disusuli dengan keju, tomato, termasuk bahan-bahan lain seperti cendawan, zaitun, bawang, nenas, daging, ayam lalu dibakar dalam suhu yang tinggi. Kalau di negara Itali, pizza akan dihidangkan dalam suasana formal seperti di restoran, tanpa roti dan dimakan menggunakan garpu dan pisau.
Bagi aku, lagi tebal roti pizza dan bila makan ia lembut di dalam. Itu memang betul-betul padu pizzanya. Sebab apa? Aku gila makan roti. Doh pizza ini ibarat roti yang empuk. Itulah kenikmatan dan kelazatan yang aku rasa bila pekena US Pizza Malaysia ini. Ini first time try, memang rasa Daebakk!!
Ko tengok, dia punya isi lauk pizza ini melimpah ruah dengan isi. Sikit pun tak kedekut. Ada setengah pizza isi lauk dia sangat sikit, makan pun tak puas kadang-kadang. Had ini, memang makan penuh kekenyangan orang kata. Lepas makan tersandar terus.
Ini 3 Flavour terbarunya, iaitu;
1. Salted egg2. Italiano Chicken (R)
3. Italian Aloha Deluxe (R)
Ketiga-tiga flavour ini memang sedap, tapi paling sedap dan menjadi top dihati aku sudah semestinya Salted Egg. Sampai tadi memang panas lagi, masuk rumah basuh tangan apa semua ambil pinggan terus ngapp.. Sedap weyhh! Dia punya bau telur pun tak kuat sangat. Super nyummy. Nak lagi sedap korang cicah pizza dengan sauce cili. Aku adik beradik kalau pekena pizza memang tak sah kalau cicah dengan cili sos. Kalau makan nasi taksah kalau tak ada kicap.
Boleh chills sikit harini buat kerja office sambil makan US Pizza. Aku nak habiskan sorang tak mampu. Tunggu roomate aku balik, habiskan bersama. hahaha.. So, korang yang tak tahu nak makan apa waktu lunch bolehlah try order US Pizza. Pasti takkan pernah mengecewakan.
Now, during MCO ini tak dapat nak ke outlet nya. Mujur mereka ada buat servis delivery hantar sampai depan pintu rumah. US Pizza Malaysia ini ada disekitar Klang Valley, Negeri Sembilan, Penang, Kedah, Perak, Johor dan juga Pahang. Kalau korang nak merasa makan waktu MCO ini, boleh tengok outlet yang berdekatan dengan korang di SINI.
Sekarang ada promo. Boleh gunakan promo kod *PIZZA6* untuk setiap pembelian RM25 dan ke atas. Jap lagi aku share video aku makan pula. Gigih harini makan sambil buat video semata nak tunjuk betapa sedapnya US Pizza Malaysia ini. Ikutkan banyak lagi menu yang ada di US Pizza ini. Boleh try usha website dia di SINI.
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/06/thank-you-uspizzass2-uspizza-malaysia.html