Th Catat Untung Bersih Selepas Zakat Rm1 6 Bilion Bagi 2018


selangorkini.myAGENDANASIONAL
Ogos 25, 2020 4:39 pm

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Setelah dua tahun lewat mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun 2018, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun tersebut.

Penyusutan sebanyak 53 peratus berbanding tahun sebelumnya itu adalah berikutan perbelanjaan bukan operasi yang besar iaitu rosot nilai, hapus kira dan pelarasan nilai saksama serta kerugian kredit dijangka ke atas aset-aset TH berjumlah RM1.5 bilion berbanding hanya RM140 juta pada 2017.

Menurut TH, ini setelah mengambil kira rosot nilai yang ketara ke atas pelaburan dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan entiti usaha sama berdasarkan piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 136 (MFRS 136) dan kerugian nilai saksama ke atas pelaburan hartanah di bawah MFRS 140.

“Keputusan kewangan tahun ini (2018) sebenarnya menggalakkan apabila diambil kira kesemua faktor yang ada ketika tempoh penilaian dan keputusan sukar yang telah diambil bagi mempamerkan kedudukan TH yang lebih berdaya tahan,” kata TH dalam laporan itu.

Menjelang akhir 2018, ia juga telah berjaya memindahkan kesemua aset kurang berdaya saingnya kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan nilai pindahan sebanyak RM19.9 bilion susulan daripada Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula TH.

Setakat 27 Disember 2018, TH telah memindahkan sejumlah 106 ekuiti tersenarai domestik, satu syarikat perladangan tidak tersenarai dan 29 hartanah dan tanah kepada SPV berkenaan.

“Sebagai balasan kepada pemindahan aset-aset tersebut, SPV itu telah menerbitkan sukuk berjumlah RM19.6 bilion dan baki pertimbangan jualan sebanyak RM300 juta dibayar secara tunai kepada TH.”

Menurut TH, kerajaan turut menunjukkan komitmen menerusi peruntukan sebanyak RM500 juta bagi 2020 dan selanjutnya RM1.73 bilion setiap tahun sehingga keseluruhan sukuk berkenaan ditebus.

Selain itu, TH juga diberi Hak Penolakan Pertama untuk mengambil alih sebarang aset yang telah dipindahkan kepada SPV sekiranya syarikat tujuan khas itu berhasrat untuk menjual aset-aset tersebut pada masa akan datang.

“Ini bagi melindungi kepentingan TH sekiranya terdapat potensi peningkatan nilai pada aset-aset yang telah pulih di masa depan. Balasan untuk pengambilalihan aset-aset ini boleh dilakukan melalui bayaran tunai atau setara tunai.

“TH hanya akan mengambil alih aset yang boleh dipulihkan serta berdaya maju yang dapat menghasilkan jangkaan pulangan lebih tinggi daripada sasaran pulangan pelaburan TH,” kata TH.

Dalam pada itu, Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang dilampirkan bersama Laporan Tahunan TH itu berkata selepas pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan berkenaan, kedudukan aset TH pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM76.79 bilion manakala liabiliti sebanyak RM76.44 bilion.

TH turut merekodkan lebihan aset berjumlah RM357.34 juta setelah mengambil kira bayaran hibah.

Keuntungan bagi tahun kewangan 2018 itu terdiri daripada keuntungan nyata dan tidak nyata berjumlah RM1.6 bilion termasuk keuntungan tidak nyata daripada pindahan aset TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd berjumlah RM1.39 bilion.

“Daripada keuntungan berjumlah RM1.6 bilion tersebut, TH telah membayar hibah kepada pendeposit berjumlah RM922.96 juta bagi tahun kewangan 2018,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan sebelumnya, TH berkata kelewatan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2018 itu antara lainnya disebabkan oleh Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu merupakan perkara kompleks dan tidak pernah dijalankan sebelum ini.

Keadaan itu menyebabkan proses pengauditan oleh Jabatan Audit Negara mengambil masa yang agak lama sehingga menyebabkan kelewatan pembentangan laporan berkenaan, kata TH.

– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/th-catat-untung-bersih-selepas-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Th Records Rm1 6b Net Profit After Zakat For 2018

Th Records Rm1 6b Net Profit After Zakat For 2018

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 243 hits
Lembaga Tabung Haji has announced a net profit after zakat of RM1 6 billion for the year 2018 after a two year delay in submitting the annual report and financial statement for the year The decrease of RM1 8 billion or 53 percent from the p...
Piala Dunia 2018 Kerajaan Ph Tak Bayar Sesen Jana Untung Rm3 3 Juta

Piala Dunia 2018 Kerajaan Ph Tak Bayar Sesen Jana Untung Rm3 3 Juta

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 307 hits
Pada 30 Ogos 2020oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggugurkan kos siaran langsung Piala Dunia 2018 sebanyak RM29 9 juta daripada senarai projek rundingan terus Pakatan...
Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 354 hits
Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020 Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 oleh Kementerian Kesihata...
Untung Bersih Mnrb Melonjak Kepada Rm50 81 Juta

Untung Bersih Mnrb Melonjak Kepada Rm50 81 Juta

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd melonjak kepada RM50 81 juta dalam suku pertama berakhir 30 Jun 2020 daripada RM37 91 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya Penanggung insurans itu dalam satu maklu
Salahkah Runding Terus Kepada Nafas Rm1 4 Bilion

Salahkah Runding Terus Kepada Nafas Rm1 4 Bilion

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 221 hits
Setakat ini hanya beberapa projek dapat diketahui diberi secara runding terus di zaman PH antaranya Tender Kementerian Pertanian pembekalan baja kepada NAFAS bernilai RM1 4 bilion bagi memastikan NAFAS milik bumiputera terus dapat bernafas ...
Rm500 000 Duit Zakat Harta Umno Baling Rm20 Juta

Rm500 000 Duit Zakat Harta Umno Baling Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 299 hits
Rina HamzahKetika menjawab soalan semasa program Berani Semuka Sinar Harian pada 14 Ogos lalu DS Azeez telah mengatakan https www facebook com SinarHarian videos 946969852437736 RM500 000 duit zakat untuk UMNO Bahagian Baling yang dikeluark...
Azeez Oh Azeez Dulu Hang Kata Untuk Palestine Ni Hang Kata Untuk Zakat

Azeez Oh Azeez Dulu Hang Kata Untuk Palestine Ni Hang Kata Untuk Zakat

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 198 hits
CHE IBRAHIM MOHAMMADAzeez oh Azeez dulu hang habaq duit tu untuk Palestin semalam hang kata duit zakat untuk penduduk Baling pula patut la Pas suka sangat kat hang sama sama temberang
Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 600 hits
SHAH ALAM Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan kestabilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin Sebaliknya Menteri Dalam Neg...
Lembaga Zakat Selangor Prihatin Dengan Pendidikan Golongan Kurang Berkemampuan

Lembaga Zakat Selangor Prihatin Dengan Pendidikan Golongan Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum Seperti sedia maklum pendidikan tersangatlah penting untuk diberikan kepada anak anak tidak kisahlah dari golongan mana sekalipun Setuju tak dengan YF Pada yang berkemampuan Alhamdulillah diberikan kemudahan dan kelapangan k...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal