Th Bangunkan Sistem Hajj E Learning


Oleh Bernama Gambar hiasan LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan membangunkan sistem ‘Hajj e-learning’ bermula bulan ini, dengan peruntukan hampir RM3 juta dalam usahanya memperkasa penyampaian bimbingan ibadat haji seperti terkandung dalam Kerangka Kerja Haji 2021-2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, dalam situasi pandemik COVID-19, pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja seiring dengan keperluan zaman teknologi, malah sebahagian norma baharu kehidupan hari ini.
“Jika dilihat pada musim haji tahun 2019 dan 2020, kerajaan Arab Saudi juga sudah memulakan proses urusan haji mereka secara dalam talian, daripada permohonan haji sehingga pemilihan dan saluran makluman terkini kepada bakal haji terpilih.
“Saya percaya sudah tiba masa bagi bakal haji Malaysia melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi dan terbuka dengan cara baharu menunaikan haji,” katanya ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H di sini, hari ini.
Idris turut melancarkan inisiatif digitalisasi terbaharu TH iaitu aplikasi e-TAIB (Talian Ibadah–Pusat Panggilan) bagi memudahkan urusan jemaah haji bersoal jawab mengenai hukum dan perjalanan ibadat haji semasa di Tanah Suci melalui perbualan secara langsung bersama guru agama.
Sementara itu, TH dalam kenyataan memaklumkan Muzakarah Haji bermula hari ini hingga 8 Dis memberi peluang kepada lebih 500 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan ilmuan agama berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menetapkan keseragaman hukum, selain mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
Bertemakan ‘Meningkatkan Kefahaman Ilmu Haji dalam Norma Baharu’, sebanyak lima kertas kerja dibentang dan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang mempunyai pengetahuan luas dalam melaksanakan ibadat haji.
Sementara itu, Idris pada sidang medianya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat isu berkenaan pelakon lelaki yang membuat penampilan dalam siri bertemakan ‘gay’ menerusi aplikasi janji temu dan penstriman video.
“Perkara itu kalau berlaku di mana-mana negeri, kita minta supaya pihak negeri itu yang panggil untuk tanya kepada dia, kerana Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) hanya penyelaras sahaja. Kita tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri.
“Kalau perkara itu (melibatkan) filem, insya-Allah kita panjangkan kepada pihak SKMM supaya menyiasat perkara itu, kerana ini bertentangan budaya norma rakyat Malaysia,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki muda berlakon dalam siri bertemakan gay yang ditayangkan semalam di aplikasi temu janji gay dan penstriman video.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/th-bangunkan-sistem-hajj-e-learning.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resume Materi Sistem Informasi Akuntansi

Resume Materi Sistem Informasi Akuntansi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 282 hits
TUGAS RESUME SISTEM INFORMASI AKUNTANSI Sistem Informasi Akuntansi adalah sebuah sistem informasi yang menangani segala sesuatu yang berkenaan dengan akuntansi Akuntansi sendiri sebenarnya adalah sebuah sistem informasi Sistem informasi aku...
Timbalan Gabenor Bank Of Canada Paul Beaudry Mata Wang Kripto Bukanlah Ancaman Kepada Sistem Kewangan Kanada Dan Negara

Timbalan Gabenor Bank Of Canada Paul Beaudry Mata Wang Kripto Bukanlah Ancaman Kepada Sistem Kewangan Kanada Dan Negara

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 238 hits
Menurut Timbalan Gabenor Bank of Canada Paul Beaudry mata wang kripto bukanlah ancaman kepada dolar AS dan sistem kewangan global Beaudry berkata bahawa mata wang kripto boleh berkembang selari dengan sistem kewangan dan IMF Kenyataan ini d...
Jaksa Agung Ingatkan Penanganan Korupsi Jangan Lupakan Perbaikan Sistem

Jaksa Agung Ingatkan Penanganan Korupsi Jangan Lupakan Perbaikan Sistem

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 166 hits
Burhanuddin mengajak seluruh jajaran untuk mengubah cara berpikir dalam pemberantasan tindak pidana korupsi dengan turut berorientasi pada perbaikan sistem
Sistem Maklumat Bersepadu Halal Melibatkan Enam Sistem Kawal Selia Sijil Halal

Sistem Maklumat Bersepadu Halal Melibatkan Enam Sistem Kawal Selia Sijil Halal

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 177 hits
PUTRAJAYA 23 November Sistem Maklumat Bersepadu Halal berfungsi sebagai pangkalan data sedang dibangunkan JAKIM dengan kos RM3 4 juta Ia merangkumi enam sistem kawal selia berkaitan pensijilan halal Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Learn Alphabet Abc Sound Learning Alphabet With Words And Pictures

Learn Alphabet Abc Sound Learning Alphabet With Words And Pictures

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 335 hits
Let s learn alphabet ABC with sounds words and pictures for kids kindergarten and preschoolA for antB for ballC for cup D for duckE for Eagle F for flowerG for grass H for housel for insect J for jarK for kangaroo L for leafM for mouse N fo...
Learning Kids Science

Learning Kids Science

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 248 hits
Each book of this series covers the essentials that a kid should learn about the subject This book used student friendly language colourful illustrations to make learning enjoyable for kids This book is made to discover the child s analytic...
Your Children S Learning Companion Baba Baa Releases New Book Plushie Companion

Your Children S Learning Companion Baba Baa Releases New Book Plushie Companion

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 246 hits
Your Children s Learning Companion baba baa Releases New Book Plushie Companion The latest book from popular children s brand baba baa is now available for purchase online in Malaysia Press N Learn Wacky Animals and Fruits is a tri lingual ...
Abc Alphabet Phonics Songs Kids Learning English

Abc Alphabet Phonics Songs Kids Learning English

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 294 hits
Let s learn abc alphabets songs together for kids kindergarten and preschoolA is for appleB is for babyC is for candy D is for diamondE is for elephant F is for fairyG is for glasses H is or handI is for igloo J is for jellyK is for keyboar...
Sistem Jpj Kuno Kata Menteri Pengangkutan

Sistem Jpj Kuno Kata Menteri Pengangkutan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI WEE Ka Siong berbual dengan orang ramai yang sedang menjalankan urusan JPJ ketika membuat lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor di Taman Daya Johor Bahru Johor JOHOR BAHRU Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law