Tersalah Hantar E Mel Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran E Mel
Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel. Jika anda selalu menggunakan perkhidmatan e-mel, pastinya anda pernah berhadapan dengan masalah tersalah hantar.
Tersalah E-mel
Paling menjadi masalah apabila e-mel yang tersalah hantar itu mengandungi dokumen sulit. Oleh sebab itu, Google menghadirkan ciri tarik balik e-mel pada perkhidmatan Gmail mereka. Pertama kali hadir untuk platform web, ciri itu kini boleh digunakan pada peranti Android dan juga aplikasi Gmail iOS.
Mampu Tarik Balik
Melalui aplikasi Gmail versi 8.7, pengguna mampu menarik balik hantaran e-mel yang telah dibuat. Setiap kali anda menekan butang hantar, paparan aplikasi dibahagian bawah akan menunjukkan butang Undo lebih kurang 10 saat. E-mel yang dihantar itu akan disimpan pada ruangan draf.
Akan Ditarik
Difahamkan, hantaran e-mel dari Gmail ke Gmail, Google akan menarik balik secara serta merta. Sementara itu, jika dari Gmail ke perkhidmatan e-mel yang lain, terdapat sedikit kelewatan. Jika anda sudah mempunyai Gmail versi 8.7 tetapi ciri Undo tidak kelihatan, anda mungkin perlu restart semula aplikasi Gmail.
Sumber: Android Police Via Wiser.my
Artikel Lain
Kenalpasti Ketulenan Telefon Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini
Isu pengguna tertipu dengan telefon palsu sudahpun berlaku sejak sekian lama. Walaupun hidup dizaman serba moden dengan segala maklumat dihujung jari, masih ada dalam kalangan kita yang masih kurang arif dalam membeli gajet. Ambil contoh ibu bapa kita yang sudah berusia. Takkan nak marah mereka sebab tak ambil tahu tentang gajet bukan? Mungkin terpengaruh dek harga jualan telefon yang murah dari pasaran, mereka pun membeli tanpa usul periksa. Akhirnya peranti yang dibeli tidak mampu berfungsi sepertimana produk asli. Jadi untuk membantu mengenalpasti ketulenan sesuatu telefon itu, Consumer Forum Malaysia (CFM) telah berkongsi 4 cara mudah yang boleh diikuti pengguna.
1. Periksa spesifikasi peranti tersebut
Langkah pertama adalah bandingkan spesifikasi telefon yang tertera dikotak bungkusan dengan sumber sahih seperti laman web rasmi syarikat pengeluar, atau laman web teknologi yang lain. Untuk lihat spesifikasi telefon anda boleh pergi ke bahagian Setting dan pilih About Phone. Tambahan: Anda juga boleh muat turun aplikasi CPU-Z dari Google PlayStore untuk maklumat lengkap tentang spesifikasi telefon anda.
2. Buat perbandingan dengan unit yang dijual oleh pengedar sah.
Kadang-kala kita dapat tawaran harga lebih baik daripada penjual telefon yang mungkin bukan pengedar sah. Itu tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi isu apabila penjual tidak mendedahkan status sebenar telefon itu. Ia mungkin set asli, mungkin juga klon. Ada yang menjualnya dengan aksesori yang tidak lengkap, pengecas dan kabel yang tidak berkualiti. Selain itu, perhatikan juga ciri-ciri fizikal peranti. Jika perbezaannya ketara daripada set asli, kemungkinan besar ia peranti palsu. Tambahan: Jangan keliru dengan set import, pengecasnya berbeza dengan set rasmi dan waranti hanya ditanggung oleh penjual sahaja. Perlu diingat, setiap jual beli telefon yang tidak mempunyai label SIRIM serta SKMM adalah salah dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.
3. Semak nombor IMEI telefon anda
International Mobile Equipment Identity atau lebih mudah dipanggil IMEI boleh diibaratkan sebagai “kad pengenalan” kepada telefon anda. Dail *#06# pada telefon anda dan angka 15 digit akan terpapar. Bandingkan nombor tersebut dengan nombor IMEI yang tertera pada kotak bungkusan. Periksa juga nombor siri pada peranti dan kotak dan pastikan ia sepadan.
4. Pastikan telefon anda disahkan oleh SIRIM
Atau boleh juga semak menggunakan Check Your Label (Android, iOS), satu aplikasi yang dibangunkan bersempena kempen kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Itulah serba-sedikit langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengesan ketulenan telefon yang anda beli. Jadilah pengguna bijak supaya tidak tertipu dengan penjual yang tidak jujur. Anda mempunyai masalah yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan? Anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.
Sumber: CFM
The post Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tersalah-hantar-e-mel-gmail-ada-ciri-tarik-balik-hantaran-e-mel/