Terpaksa Bohongi Diri Sendiri


 
Qassim Waleed ialah seorang doktor rakyat Palestin berpangkalan di Gaza. Beliau juga seorang penulis. Dua hari lalu rencana yang ditulis Qassem disiar Al Jazeera, bertajuk “To survive in Gaza you have to lie to yourself”. Untuk bertahan dan terus hidup di Gaza, Qassim terpaksa membohongi diri sendiri.
“The more I lied to myself the more I sustained my fragile existence,” kata beliau. Menurut Qassim, pembohongan pertama beliau ialah selepas pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 2008-2009 apabila beliau beritahu diri sendiri dia tidak akan lihat lagi perang seperti itu.
Itu katanya bohong kecil yang naif. “Saya lihat lagi perang pada 2012, lihat lagi pada 2014, dan lagi pada 2021 dan sekali lagi pada Mei 2023.”
Pada petang 7 Oktober 2023 “saya peluk ibu saya yang sedang menangis apabila jet pejuang Israel mengebom seluruh Gaza dan beritahu ibu dan diri saya perkara yang benar — kami akan mati.”
Tetapi resmi manusia mahu hidup lalu berkata Qassim, “saya membohongi diri sekali lagi. Apabila Hospital Baptist dibom pada 17 Oktober membunuh ratusan orang saya berbohong. Saya beritahu diri saya dunia akan bangkit untuk Gaza dan matahari tidak akan lagi menyinari jet pejuang Israel mengebom Gaza.”
Sebaliknya apa yang berlaku pengeboman bertambah sengit ke tahap berlakunya genocide. Banyak lagi pembohongan yang beliau lafazkan pada diri sendiri. Bohong paling besar katanya apabila gencatan senjata dikuatkuasakan.
“Genocide ketenteraan sudah tamat. Apa lagi Israel boleh lakukan kepada kami yang tidak pernah mereka lakukan?” kata Qassem. Rupanya banyak lagi yang Israel boleh lakukan malah sedang lakukan.
Beberapa hari lalu tentera Israel mengganas semula di Gaza. Ratusan terutama kanak kanak terbunuh. Kata Benjamin Netanyahu, “ini hanya permulaan”. Adakah sesiapa yang terperanjat dengan tindakan Israel ini? Tidak.
Umum tahu Israel tidak pernah berminat berdamai walaupun semasa bersetuju dengan pelan gencatan senjata yang diusahakan Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat. Fasa pertama gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu dan berjalan selama 42 hari.
Israel tidak tunjuk kesediaan untuk menyertai fasa kedua. Dua minggu lalu Israel menghalang bekalan makanan, perubatan, dan semua jenis bantuan ke Gaza. Bekalan elektrik dan air sememangnya sedia terjejas. Menurut pemerhati Israel mahu lihat rakyat Gaza kebuluran.
Serangan tentera melalui udara dan darat sedang berlangsung. Serangan dilakukan ke atas penempatan rakyat Palestin dan sering pada lewat malam dan awal pagi semasa penghuni tidur. Jelaslah tujuan serangan seperti itu.
Semalam selepas satu lagi serangan yang dilancar menjelang subuh, Netanyahu mengeluarkan ancaman akan berlaku ‘fierce war’. Kata seorang pemerhati melalui Al Jazeera, perdana menteri Israel itu sedang buat sesuka hati kerana tiada siapa yang menghalang, meskipun PBB sudah beberapa kali menegaskan Israel mencabuli hak asasi kemanusiaan. Mahkamah jenayah antarabangsa sudah keluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan bekas menteri pertahanan, Yoav Gallant, bersabit kesalahan jenayah perang namun mereka tetap bebas.
Netanyahu begitu galak khususnya dengan kemunculan Donald Trump, presiden AS yang paling pro Israel dalam kalangan semua presiden sebelum ini. Tindakan ganas yang dilakukan sekarang pada saya seolah-olah mahu merealisasikan hasrat Trump yang mahu dua juta rakyat Palestin ditempatkan di kawasan lain supaya AS boleh memiliki dan membangunkan Gaza.
Pun begitu memang ada aktivis kedamaian dalam kalangan rakyat Israel melancarkan beberapa protes terhadap Netanyahu dan Perang Gaza. Terbaharu di depan kediaman perdana menteri Israel itu di Barat Baitulmaqdis. Seorang ketua demonstrasi membandingkan Netanyahu dengan Adolf Hitler, si pemimpin Nazi. Menteri keselamatan yang baru dilantik, Itamar Ben-Gvir, menuduh kumpulan aktivis berkenaan ‘penentang Israel’.
Pentadbiran Trump awal bulan ini membatalkan geran dan kontrak untuk Universiti Columbia bernilai USD400 juta. Universiti itu tempat bermulanya protes anti kekejaman Israel dan demonstrasi pelajar merebak ke beberapa universiti lain di seluruh AS lewat tahun lalu. Minggu lalu seorang graduan pro Palestin, Mahmoud Khalil, ditangkap dan AS mahu mengusirnya. Ke mana? Mahmoud ialah pemegang kad hijau lantas penduduk tetap AS. Beliau sedang cuba menghalang tindakan pengusirannya melalui mahkamah.
Perkembangan di AS dan tingkah laku Trump menaikkan nafsu Netanyahu memerangi rakyat Palestin. Keganasan Israel tidak akan dihentikan sehingga rakyat Palestin dihapuskan.
Berbalik kepada Qassem Waleed, doktor di Gaza yang penulisannya saya petik untuk permulaan artikel ini. Kata beliau: “I fear there is no limit to how far Israel can go in its genocide on Gaza.”
Kali ini Qassim tidak berbohong kepada diri sendiri. Ini kebimbangan tulen. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/terpaksa-bohongi-diri-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Kata Penyemangat Diri Sendiri Buat Kamu Yang Butuh Mood Booster

Kata Kata Penyemangat Diri Sendiri Buat Kamu Yang Butuh Mood Booster

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 142 hits
Kadang kita terlalu bergantung pada motivasi dari orang lain Padahal self talk alias bicara ke diri sendiri bisa jadi bahan bakar terbaik buat bangkit dari hari hari berat Kata kata penyemangat untuk diri sendiri bukan cuma sekadar kalimat ...
Berjaya Selamatkan Anak Jatuh Sungai Tapi Sendiri Diri Sendiri Mati Lemas

Berjaya Selamatkan Anak Jatuh Sungai Tapi Sendiri Diri Sendiri Mati Lemas

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 156 hits
Bapa lemas selepas cuba selamatkan anak jatuh sungai ketika memancingRuwaida Md Zainam hmetro com myANGGOTA bomba ketika membawa naik mangsa yang lemas FOTO Ihsan PembacaShah Alam Hasrat seorang bapa menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke d...
Umno Membunuh Diri Sendiri

Umno Membunuh Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 119 hits
harakahdaily netMarch 13 2025MENURUT sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu berasal daripada gabungan parti parti politik bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Islam dan bumiputera yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu Tujuan p...
Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah Amp Tidak Berasas Pejabat Perdana Menteri

Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah Amp Tidak Berasas Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 157 hits
Baru baru ini Pejabat Perdana Menteri tampil bersuara susulan tuduhan yang kononnya kerajaan berdiam diri apabila agama Islam dihina dengan menegaskan ia sama sekali fitnah serta tidak berasas 8216 Tuduhan tidak berasas 8217 Menurut Setiaus...
Suami Puji Officemate Cantik Depan Isteri Sendiri Siap Suruh Anak Anak Salam Aunty Ni Paling Lawa Dekat Ofis Ayah

Suami Puji Officemate Cantik Depan Isteri Sendiri Siap Suruh Anak Anak Salam Aunty Ni Paling Lawa Dekat Ofis Ayah

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 104 hits
Seorang suami teruk dikecam di media sosial selepas seorang wanita berkongsi pengalaman menjadi saksi lelaki itu bergurau dengan cara yang tidak sepatutnya kerana dianggap tidak sensitif terhadap perasaan isteri Katanya dia terdengar perbua...
Dia Marah Ambil Nyawa Sendiri Pada Hari Jadi Kim Soohyun Keluarga Kim Saeron Tampil Dedah Perkara Sebenar

Dia Marah Ambil Nyawa Sendiri Pada Hari Jadi Kim Soohyun Keluarga Kim Saeron Tampil Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 204 hits
Makin banyak dakwaan yang dibuat atas Kim Soo hyun susulan kematian Kim Sae ron Artikel Berkaitan Terbaru akaun YouTube Garo Sero Research Institute telah memuat naik satu video mendedahkan bahawa Kim Sae ron dan Kim Soo hyun pernah menjali...
Ikan Bakar Sambal Buat Sendiri Guna Ikan Tuka Lagi Best

Ikan Bakar Sambal Buat Sendiri Guna Ikan Tuka Lagi Best

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 136 hits
Ikan bakar sambal antara lauk berbuka puasa yang selalu dicari Tapi paling best dah tentulah ikan bakar sambal yang dibuat sendiri Letak sambal lebih waktu membakar memang tak terkata sedapnya Ikan ini boleh dibakar dalam kuali non stick sa...
Orang Umno Serang Ismail Sabri Hanya Jejaskan Parti Sendiri

Orang Umno Serang Ismail Sabri Hanya Jejaskan Parti Sendiri

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 105 hits
Seorang pemimpin Umno yang menyokong Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan segelintir pihak dalam Umno yang didakwa menyerang bekas perdana menteri itu sebagai hanya akan merosakkan parti Enggan namanya didedahkan dia berkata semua pihak...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Cik Pon Bakal Talak Satu

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Suamiku Ting Tong

Akim The Majistret Gasoline Chord

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Menara Kl Hanya Syarikat Pengurusan Berubah Masih Dimiliki Kerajaan

Pm Anwar Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Shehbaz Bincang Hubungan Dua Hala Malaysia Pakistan