Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil



Saya yakin anda pernah dengar sejak kecil lagi bahawa 9 dari 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan. Dikatakan itu satu hadis, dan begitulah juga yang saya faham sejak dulu. Namun hadis itu dhaif, menurut pandangan yang saya baca dari portal Mufti Wilayah Persekutuan.Bagi yang bukan beragama Islam, tak pasti samada mereka pernah mendengarnya, atau punya versi lain yang berikan maksud yang lebih kurang sama. Atau mungkin mereka tak pernah dengar tentang perkara itu.
Bila dah berniaga, dah lalui ombak dan badai, naik dan turun, terbang dan tersungkur, saya perasan satu perkara yang sama dengan maksud kata-kata di atas ada dalam prinsip pareto. 20% menghasilkan 80% dan 80% lagi hanya hasilkan 20%.

Jika anda seorang yang peka memerhati, anda akan dapati dunia ini memang agak aneh kelakuannya. Sering berlaku keadaan di mana input yang sedikit memberikan output yang banyak.
Satu lagi perkara yang saya boleh sahkan benar adalah apa yang ditulis oleh Dan Ariely, iaitu manusia punya cara membuat keputusan yang tidak rasional. Itu adalah sikap normal yang dihadapi oleh kebanyakkan orang samada bijak atau tidak.
Puncanya adalah emosi. Rasional atau otak yang berfikir tidak pernah membuat keputusan. Ia sekadar membuat analisa dan berikan keputusan atau nyatakan keadaan, lalu berikan semua itu kepada emosi yang tak boleh bezakan antara baik atau buruk, untuk buat keputusan.  
Berbalik kepada kata-kata 9 dari 10 sumber rezki adalah dari perniagaan, sekalipun hampir semua orang yang membesar sebagai budak melayu muslim di Malaysia pernah dengar tentang itu, namun apa yang berlaku adalah, dalam 10 orang, hanya seorang saja yang jadi usahawan. 9 orang lagi makan gaji.
Malah kajian menunjukkan jumlah usahawan yang ada di negara kita hanyalah antara 4% ke 5% sahaja. Bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia, jumlah usahawan ada dalam 5% sahaja. Jika anda bertemu dengan 100 orang, insyaallah 95 dari mereka selalunya makan gaji dan 5 orang saja yang berniaga.
Dan bila anda zoom-in kepada 5% yang berniaga itu pula, hanya 1% atau kurang lagi dari itu yang tapaw semua 90% atau lebih dari kekayaan yang para usahawan jana. Majoriti usahawan hidup suam-suam kuku saja, namun begitu, lebih bagus dari majoriti mereka yang makan gaji.
Bila pergi ke kumpulan makan gaji yang jadi golongan paling ramai penduduk dunia, anda akan dapati perkara sama juga di mana kumpulan makan gaji yang dibayar tinggi sangat sedikit dan kalau dikiran peruntukkan gaji untuk semua pekerja, kurang dari 20% ambil 80% dari semua peruntukkan gaji tersebut. 
Menilai diri sendiriUntuk ambil manfaat dari fenomena di atas, elok anda buat analisa betul-betul terhadap semua usaha anda selama ini, kenal pasti mana satu yang mendatangkan hasil. Saya yakin anda akan dapati hanya 20% atau kurang dari usaha anda yang menjana 80% dari hasil yang diperolehi.
Jika anda dapat tahu apa usaha sedikit itu, maka berikan tumpuan pada perkara itu saja buat betul-betul. Yang 80% lagi usaha itu samada abaikan, tinggalkan atau out-source kan saja.
Konsep di atas juga perlu diamalkan dalam usaha niaga anda. Terdapat banyak rantaian proses dalam urusan perniagaan. 
Sebagai contoh.
Petani yang mengusahakan ladang sayur tidak menjual sayurnya sendiri di pasar malam. Sebaliknya menjual secara pukal pada pemborong yang mengikat kontrak pembelian daripadanya.
Pemborong pula akan mengedarkannya pada peruncit yang seterusnya menjual di pasar-pasar malam atau di kedai-kedai runcit dan sebagainya. Masing-masing membina kekuatan mereka dan menjadi pakar dalam bidang masing-masing.
Dalam membesarkan perniagaan, peniaga terpaksa merekrut pekerja sebab dia faham dia hanya perlu buat kerja yang dia pandai saja. Mana kerja yang dia tak pandai atau tak tahu, rekrut saja pada mereka yang memang pandai. Ini menghasilkan satu lagi peluang pada masyarakat yang mahu mencari rezki samada secara makan gaji atau secara kontrak.
Formulanya adalah fokus pada apa yang anda pandai.
Petani yang tanam sayur juga tak buat bajanya sendiri, dia membelinya dari pembuat baja. Begitu juga pembuat roti bun tak perlu membina kilangnya tepungnya sendiri. Begitu juga dengan sumber mentah lain untuk menghasilkan apa saja produk elok dibeli daripada pembuatnya dan tidak perlu dilakukan sendiri. Ini dapat melahir dan membantu penjanaan ramai lagi usahawan dalam bidang lain.
Jika anda mahir dalam pemasaran roti, tak perlu fikirkan untuk membuat kilang roti. Pergi saja bincang dengan pengusaha kilang roti dan minta dia buat roti dengan jenama anda. Kerja pengedaran dan pemasaran anda lebih meningkat dan dalam masa yang sama anda membantu kilang roti menjimatkan kos pengeluaran dan membesarkan perniagaannya.
Buat sedikit yang penting saja dari rantaian, dan ‘outsource’ semua proses lain yang banyak tu pada usahawan lain. Dengan cara ini perniagaan anda berkembang dengan cepat dan lebih maju serta cekap.
Makan gaji bijakUntuk anda yang makan gaji pula boleh perhatikan perkara yang sama. Jangan cuba kuasai banyak kemahiran sebab anda akan berakhir dengan semua kemahiran yang ada jadi sedang-sedang saja.
Sebaliknya fokus kemahiran yang anda memang dah berbakat. Gilap betul-betul dan biar saja kemahiran lain anda dianggap bodoh. Orang lain boleh tolong buat benda yang anda bodoh itu.
Cari lingkungan kecekapan anda dan beri tumpuan terhadap perkara itu. Jika anda nak minta kerja, pastikan pilih betul-betul syarikat yang tahu hargai kemahiran anda. Sama juga berlaku dalam syarikat perniagaan, jika ada 100 usahawan yang buat bisnes dalam industri yang sama, anda akan dapati hanya 20% dari mereka tapaw habis 80% dari pasaran yang ada.
Kenal pasti syarikat itu dan pergi jadi pekerja di sana.
Fenomena di mana terlalu ramai berebut peluang yang sedikit, terlalu sedikit yang ambil peluang yang banyak, akan kekal sampai bila-bila. Hanya mereka yang perhati betul-betul, yakin dan pergunakan kesempatan itu saja yang akan ke depan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/03/terlalu-ramai-berebut-peluang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti John Asli Memang Berasal Dari Sg Dekat Malaysia Terlalu Banyak Sos Netizen Singapura

Roti John Asli Memang Berasal Dari Sg Dekat Malaysia Terlalu Banyak Sos Netizen Singapura

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 116 hits
Baru baru ini melalui platform TikTok satu video yang dimuat naik oleh YouTuber popular Pian Padu Beb Studios telah menarik perhatia netizen selepas dia berkongsikan pengalaman makan roti John di Singapura Sos tak melimpah macam di Malaysia...
Takut Apa Nak Istihar Harta Duut Samun Banyak Kah Atau Harta Makbapak Tinggal Banyak

Takut Apa Nak Istihar Harta Duut Samun Banyak Kah Atau Harta Makbapak Tinggal Banyak

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 154 hits
Aku berulang alik dari ke setiap 2 minggu Perjalanan sejauh lebih 600 km dan selama lebih 6 jam Banyak kali juga terjumpa Tapi setakat ni tak pernah lagi aku lari Aku je lalu semua tu sebab aku Lesen IC semua ada pun lagi Itu kenyataan Nak ...
Ayam Tumis Tomyam Tak Banyak Kuah Tapi Sedap

Ayam Tumis Tomyam Tak Banyak Kuah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 123 hits
Ayam tumis tomyam ini tak banyak kuah macam masakan tomyam yang biasa kita makan tapi yang pasti ianya sedap Bahan yang digunakan untuk buat masakan ini pun lebih kurang sama dengan penyediaan tomyam cuma tak dicampur dengan sotong atau uda...
Ni Sekoq Lagi Takut Apa Tuan Guru Banyak Ngatbka Reta Dunia Ni

Ni Sekoq Lagi Takut Apa Tuan Guru Banyak Ngatbka Reta Dunia Ni

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 153 hits
Najib BakarSebelum ATGNA meninggal saya orang pertama sokong isytihar harta Selepas ATGNA meninggal bodoh isytihar harta isytihar harta teori komunis
Makin Banyak Bukti Terbongkar Kim Soohyun Akhirnya Beri Respon Tentang Hubungan Dengan Mendiang Kim Saeron

Makin Banyak Bukti Terbongkar Kim Soohyun Akhirnya Beri Respon Tentang Hubungan Dengan Mendiang Kim Saeron

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 198 hits
Selepas pelbagai dakwaan dibuat Kim Soo hyun akhirnya tampil memberi respon Artikel Berkaitan Umum mengetahui tentang kontroversi Kim Soo hyun melibatkan mendiang Kim Sae ron yang sedang banyak diperkatakan sekarang Terbaru pada 13 Mac agen...
Berapa Banyak Air Tebu Yang Boleh Diambil Ketika Berbuka Puasa

Berapa Banyak Air Tebu Yang Boleh Diambil Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 136 hits
Air tebu adalah sumber gula semula jadi yang cepat diserap oleh badan kerana ia mengandungi sukrosa fruktosa dan glukosa tanpa serat yang memperlahankan penyerapannya Oleh itu jumlah pengambilan air tebu semasa berbuka perlu dikawal bergant...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple

Umdap Paling Sesuai