Terkilan Tak Sempat Jumpa Arwah Ayah


 


Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan, perihal perginya ayah aku baru baru ini. Sebetulnya, arwah ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ahad 29 November 2020. Terlalu banyak terkilan dalam diri aku bila memikirkan kembali apa yang berlaku.

Awal pagi jumaat,27 november 2020, adik aku telefon. Katanya ayah aku kena stroke. Dia memang ada penyakit kencing manis. Kaki sebelah dah potong. Sebelum ini, dia pernah kena sekali, jadinya mulanya tu aku agak rilek juga. Pagi itu aku bangun macam biasa dan terus ke tempat kerja.

Awalnya aku memang dah ambil cuti pada 30 november dan 1 disember. Memang plan amik cuti tu sebab nak balik kampung. Al kisahnya, anak anak aku dalam beberapa kebelakangan itu, selalu sangat cakap nak balik kedah, nak jumpa tokwan. Hari hari ulang.

Wife awal tu, ada juga pujuk, kata nanti ayah amik cuti panjang dan kita boleh balik jumpa tokwan. Tapi bila anak hari-hari cakap benda yang sama, jadi aku ambil cuti awal (cuti seminggu hujung tahun sebenarnya dah approve).

Tup tup, adik perempuan aku telefon kata ayah aku kena stroke. Pagi jumaat tu, aku masih bekerja, tapi wife kata dia tak sedap hati. Jadi aku bekerja separuh hari kemudian terus gerak balik kedah. Memang boleh kata, banyak juga benda yang bermain dalam fikiran aku waktu itu.

Bila sampai kedah, terus pergi ke hospital alor setar. Mulanya adik lelaki (yang memang ada sekali waktu itu kata ayah aku tak pengsan waktu di hantar ke hospital jitra) tapi bila nak transfer ke hospital alor setar dia pengsan.

Waktu itu, memang kami dah dapat rasa yang ayah aku tu pasti koma. Memang rasa itu kuat sangat waktu itu. Dan memang tekaan itu betul. Ayah aku koma! Jadi kami adik beradik berkampunglah di hospital alor setar.

28 november, masih tiada khabar berita. Sebab ayah aku di tempat kan di zon merah. Kena pula dengan wabak covid ni, jadi memang tak boleh nak melawat langsung. Jadinya wife ambil keputusan untuk call hospital bagi dapatkan info.

Daripada panggilan pertama, memang banyak syukur. Sebabnya doctor kata ayah aku dah stabil. Jantung semua stabil. Tinggal masa nak dipindahkan ke wad. Bersyukur sangat waktu itu. Kami adik beradik memang tunggu masa doctor kata dah pindah ke wad jek. Tapi apakan daya, kegembiraan itu tak kekal lama.

Petang itu, doctor tiba tiba panggil waris. Antara ayat nya lebih kurang macam ini:


Stroke yang terjadi dah mengakibatkan kesan pada urat di otak. Jadi, ayah aku Cuma bergantung harap pada mesin oksigen sahaja. Kalau nak buat operation pun, memang tak akan beri apa apa kesan. Jadi dia akan kekal koma. Dan, ya! Dan doctor nasihat, bawa pulang dan apa sahaja yang berlaku, kami kena pasrah!

Kami adik beradik, minta masa untuk kami berbincang. Jadinya kami pun balik rumah dan berbincang. Yang menjadikan ianya tidak berapa selesa adalah, doctor kerap telefon dan Tanya bila nak bawa pulang ayah aku ke rumah! Sebab katanya, dalam kes wabak ini, zon merah sentiasa penuh! Jadi perlu bawa pulang ayah aku dengan segera.

Pagi 29 November, kami buat keputusan bawa pulang ayah kami ke rumah. Dalam jam 1630 tak silap aku, ayah aku sampai ke rumah. Waktu itu aku dah tahu, itu sahaja saat yang ayah aku ada. Terbaring kaku tak boleh nak kata apa-apa. Waktu itu, aku tak duduk pun depan ayah aku, tapi duduk bekurung dalam bilik. Dalam jam 1930 macam itu, waktu itu sedara mara, adik beradik semua tiba tiba kecoh.

Waktu itu baru aku keluar bilik, tengok ayah aku tiba-tiba buka mata. Melihat atas! Kemudian pejamkan mata kembali. Air mata dia tak henti-henti keluar. Nafas dia, mulut. Memang nampak ajal dia dah sampai. Waktu itu, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu.

Sewaktu arwah mak aku meninggal, setitis air mata pun tak keluar dari mata aku. Tak tahu kenapa, waktu ayah aku, menangis aku tak henti-henti. Lama aku tengok dia. Sampailah nafas dia yang terakhir. Banyak sangat terkilan aku.

Pertama, aku tak sempat “berbual” dengan ayah aku. Kedua, anak anak aku yang kecil tak tahu apa. Bila sampai je kampung, semua cari tokwan depa. Bila nampak tokwan diam baring atas tilam, di Tanya pula kenapa tokwan baring jek.

Banyak benda yang buatkan aku terkilan sebenarnya. Yang tak mampu aku tuliskan dekat sini. Sedih tu tak boleh nak kata apa. Lama juga aku berdiam diri. Sampailah saat aku menulis ini pun, rasa terkilan itu tak habis habis.

Al fatihah untuk arwah Mustafa bin Ali. Walaupun kamu tegas, walaupun kamu tak pandai nak tunjukkan kasih sayang kamu pada anak anak, tapi kami tahu, engkau sangat sayangkan kami. Kau sangat sayangkan kami. Terlalu banyak yang ingin kami ceritakan pada kamu, tapi apakan daya, Allah lebih maha mengetahui segalanya.

Allah maha merancang. Allah maha pengasih, lagi maha penyayang. Berbahagialah kamu di syurga Allah bersama arwah ibu, zainab bte saad. Engkau pasti merindui isterimu sebagaimana pastinya isterimu juga merindui kamu.

Tenanglah kamu di syurga Allah. Bersama insan-insan kesayangan kamu di sana. Doa kami sentiasa bersama kamu. Kasihanilah ayah & ibu kami ya Allah, sebagaimana mereka sentiasa mengasihi kami. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah mereka syurgamu tanpa hisab ya Allah…aminnn



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2020/12/terkilan-tak-sempat-jumpa-arwah-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Berusia 22 Hari Ayah Syafiq Ahmad Tak Sempat Jumpa Cucu Lelaki

Baru Berusia 22 Hari Ayah Syafiq Ahmad Tak Sempat Jumpa Cucu Lelaki

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 368 hits
Bapa penyerang pasukan Johor Darul Takzim Syafiq Ahmad 25 yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi iaitu Ahmad Ibrahim 56 memaklumkan bahawa dia belum lagi berkesempatan menatap wajah cucu lelakinya Hal ini dimaklumkan sendiri Ahmad ke...
Sanggup Tunggang Basikal Sejauh 550km Jumpa Mak Ayah Di Kampung

Sanggup Tunggang Basikal Sejauh 550km Jumpa Mak Ayah Di Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 331 hits
Rahul berbasikal pulang ke kampung halaman sejauh 550km dari Bengaluru ke Kochi India foto TOIPERJALANAN menggunakan pengangkutan awam bukanlah menjadi pilihan sesetengah orang pada hari ini terutama mereka yang bernasib baik mempunyai cara...
Hiburan Dituduh Tamak Harta Arwah Anak Ar Badul Terkilan Dengan Sikap Menantu

Hiburan Dituduh Tamak Harta Arwah Anak Ar Badul Terkilan Dengan Sikap Menantu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 316 hits
Pelakon dan pelawak veteran AR Badul zahir rasa terkilan dan kecil hati dengan menantunya Nour Shafinar Harun selepas beliau khabarnya mendakwa pelakon tersebut tamakkan harta Allahyarham anaknya Menurut Badul beliau langsung tidak pernah t...
Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 638 hits
Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul Ungkapan yang mudah untuk kita cakap tetapi amat berat untuk yang menghadapinya Khamis petang yang lalu walaupun umi dah sedia dari mental dan fizik...
Video Ayah Menitiskan Air Mata Anak Mahu Pulang Ke Bandar Buat Netizen Sebak

Video Ayah Menitiskan Air Mata Anak Mahu Pulang Ke Bandar Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 315 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Begitulah gambaran betapa kasihnya ibu bapa kepada anak anak Mereka menatang anak anak bagai minyak yang penuh dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak anak tercinta Tidak tergambar b...
Anak Terhantuk Mak Ayah Bukan Sekadar Redakan Tangisan Mesti Pantau Paling Takut Kecederaan Dalaman

Anak Terhantuk Mak Ayah Bukan Sekadar Redakan Tangisan Mesti Pantau Paling Takut Kecederaan Dalaman

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 354 hits
Kepala terhentak atau terhantuk kerap terjadi kepada si kecil Jangan ambil mudah kecederaan walau pun tiada kelihatan luka di luar dari boleh menyebabkan kecederaan dalaman terutamanya pada otak Anak anak kecil memang akan meneroka memenuhi...
Hindari Perbuatan Ini Kalau Ibu Dan Ayah Anda Sudah Meninggal Dunia

Hindari Perbuatan Ini Kalau Ibu Dan Ayah Anda Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 382 hits
Kesilapan besar anak anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah 1 Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet 2 Ada yang suka simpan barang yang ditingg...
Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Elakkan Cium Mulut Mak Ayah Jadilah Fronliner Terbaik

Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Elakkan Cium Mulut Mak Ayah Jadilah Fronliner Terbaik

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 457 hits
Siapa yang tidak teruja melihat kecomelan bayi Nampak sahaja bayi terasa hendak cium dan gomol sehabis mungkin Apa lagi melihat gelagat dan keletah mereka yang sudah boleh tersenyum dan mengeluarkan suara Pun begitu jika terfikir untuk menc...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba