Terkilan Kerajaan Grs Sabah Tidak Ada Menteri Kesihatan


 







Bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon meluahkan rasa terkilannya apabila tidak ada menteri kesihatan dalam kerajaan baru Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 
Beliau menganggap perkara itu amat membimbangkan kerana ketiadaan sebuah kementerian kesihatan di Sabah sedikit sebanyak membebankan pengarah kesihatan negeri untuk menangani penularan dan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak sehinggakan beberapa daerah kini dikategorikan sebagai zon merah.
 
Malah, Sabah sering berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan perubatan.
 
"Kerajaan baru Sabah perlu meneruskan portfolio Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang diwujudkan oleh Warisan Plus sebelum ini.
 
"Wabak COVD-19 adalah sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera untuk menenangkan penduduk di Sabah.
 
"Usaha di peringkat negeri juga diperlukan untuk memastikan ada bantuan perubatan yang mencukupi dan sampai tepat pada masanya. Seorang menteri akan memudahkan negeri ini menguruskan hal-hal seperti itu.
 
"Seorang menteri kesihatan yang berdedikasi di Sabah akan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh masyarakat dengan lebih baik," katanya seperti dilaporkan FMT.
 
Frankie yang juga pengerusi DAP Sabah berkata, Sabah juga berdepan dengan masalah logistik iaitu jarak kawasan yang jauh dari satu tempat ke satu tempat menyukarkan jabatan kesihatan untuk menyalurkan bantuan perubatan.
 
“Sabah mempunyai 26 daerah di mana keluasan negerinya hampir 40 peratus daripada Semenanjung, selain mempunyai populasi yang ketiga terbanyak di Malaysia.
 
“Jadi kita perlukan seorang menteri untuk bertindak dan menjaga hal kesihatan termasuk memastikan bantuan perubatan mencukupi dan tiba tepat pada masanya.
 
“Justeru, perhatian dan tindakan segera amat diperlukan bagi menenangkan rakyat di negeri ini. Menteri Kesihatan akan lebih memahami keadaan dan seterusnya dapat membuat keputusan yang betul," katanya.
 
Walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor baru sahaja dibentuk, rakyat Sabah sudah mula mempersoalkan komitmen GRS.
 
Ini selepas barisan Kabinet negeri Sabah masih belum lengkap dengan ketiadaan pelantikan menteri dan pembantu di beberapa kementerian termasuk Menteri Kesihatan, walaupun kes COVID-19 di Sabah meningkat setiap hari.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/terkilan-kerajaan-grs-sabah-tidak-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Portfolio Kesihatan Tidak Penting Dalam Kerajaan Sabah

Portfolio Kesihatan Tidak Penting Dalam Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 237 hits
Portfolio kesihatan tidak penting dalam kerajaan baharu Sabah sebab tiada kementerian tersebut diujudkan untuk menguruskannya Barisan penuh kabinet Sabah secara rasmi mengangkat sumpah pada Khamis lalu namun tidak ada portfolio kesihatan di...
Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Esok Jabatan Penerangan Sabah

Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Esok Jabatan Penerangan Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 296 hits
1 105 total views 1 105 views today KOTA KINABALU Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul 10 30 pagi esok Menurut pemakluman Jabatan Penerangan Sabah hari ini istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di ...
Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara Gara Banyak Undangannya Terhadap Menteri Kesihatan Tidak Diendahkan

Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara Gara Banyak Undangannya Terhadap Menteri Kesihatan Tidak Diendahkan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 267 hits
Hos terkenal Indonesia Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya Mata Najwa semalam Difahamkan tindakan Najwa dan penerbitan ...
Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan Shamrahayu

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan Shamrahayu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 312 hits
727 total views 727 views today KUALA LUMPUR Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana mana peruntukan Perlembagaan negeri itu kata pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz Penyanda...
Kerajaan Sabah Tangguhkan Aktiviti Perdagangan Tukar Barang

Kerajaan Sabah Tangguhkan Aktiviti Perdagangan Tukar Barang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 219 hits
KOTA KINABALU Kerajaan Sabah akan menangguhkan semua aktiviti perdagangan tukar barang atau barter trade bermula Isnin depan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta dalam bentuk bantuan makanan di setiap daerah yang dikategorikan zon m...
Kerajaan Grs Goyah

Kerajaan Grs Goyah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 340 hits
Willie Jude Bung Moktar Radin dan Masidi Manjun bertukar portfolio selepas kedua duanya dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan menteri kerja raya KOTA KINABALU Walaupun ketua menteri Hajiji Noor mengumumkan pertukaran ...
Hajiji Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Ketua Menteri Sabah

Hajiji Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 443 hits
M Update 30 9 2020 Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini hari ini Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya den...
Kerajaan Umumkan Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

Kerajaan Umumkan Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 297 hits
Kerajaan baru sahaja mengumumkan dimana penutupan semua sekolah di seluruh negeri Sabah berikuti kes jangkitan dan kes positif COVID 19 masih menunjukkan peningkatan Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui k...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation