Terkandas Di Kampus Pelajar Matrikulasi Persoal Sikap Pilih Kasih




Kolej matrikulasi didakwa tidak membenarkan pelajar pulang ke rumah, tidak seperti pelajar di politeknik dan universiti awam yang lain.

 

Seorang pelajar kolej matrikulasi hari ini mendakwa mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing oleh pihak pentadbiran pusat pengajian itu, sejak Ogos lalu.

 

Ia berikutan langkah pencegahan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

 

Malah, pihak kolej difahamkan hanya membenarkan ibu bapa melawat dan menjenguk anak-anak mereka di pintu masuk kampus.

 

Peraturan ini nampaknya tidak berlaku untuk pelajar di politeknik dan universiti awam yang lain.

 

Kedua institusi pengajian tinggi ini ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi, manakala kolej matrikulasi berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

 

Semalam, theStar memetik seorang pegawai mengesahkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sedang mengkaji larangan membenarkan pelajar matrikulasi keluar dari kolej pada hujung minggu.

 

Keputusan akhir mereka dijangka diumumkan hari ini.

 

Mengulas lanjut, pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai M, memberitahu Malaysiakini bahawa dia biasanya pulang ke rumahnya di Selangor dua kali sebulan.

 

"Kami tidak dibenarkan pulang sejak awal Ogos..

 

"Ibu bapa boleh datang menemui anak-anak mereka, tetapi hanya di pintu pagar. Mereka tidak dibenarkan memasuki premis kuliah,” katanya ketika dihubungi.

 

Walaupun dia memahami alasan di sebalik keputusan itu, M mempersoalkan mengapa rakan sebayanya yang mengambil diploma di politeknik dan kursus asas di universiti tidak dikenakan sekatan yang sama.

 

“Kira macam tak adil jugalah, sebab kami sama muda dengan dia orang. Cuma program saja tak sama.

 

“Rasa kecewa jugalah. Tapi, nak buat macam mana, ikut sajalah arahan dari pihak atasan,” katanya.

 

theStar sebelum ini melaporkan sebilangan pelajar matrikulasi menghadapi masalah kesihatan mental setelah dikurung di kawasan kampus untuk jangka masa yang panjang.

 

Menurut laman web Kementerian Pendidikan, semua 17 kolej matrikulasi dijadualkan memulakan cuti semester mereka pada 12 Oktober hingga 18 Oktober.

-theStar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/terkandas-di-kampus-pelajar-matrikulasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unisel Membenarkan Pelajar Untuk Tetap Berada Di Kampus Aktiviti Bersemuka Ditangguhkan

Unisel Membenarkan Pelajar Untuk Tetap Berada Di Kampus Aktiviti Bersemuka Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 207 hits
SHAH ALAM Universiti Selangor akan membenarkan pelajarnya terus berada di kampus untuk aktiviti akademik sehingga peperiksaan akhir pengambilan semester Julai Ogos 2020 Presiden dan pemangku Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Mohammad Redzu...
Siswajagasiswa Bantu Pelajar Ipt Terkandas

Siswajagasiswa Bantu Pelajar Ipt Terkandas

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 454 hits
Peningkatan kes pandemik COVID 19 sejak kebelakangan ini amat merisaukan semua pihak sekali gus mengundang pelbagai reaksi Ketika rakyat baru sahaja bangkit daripada kesan awal pandemik enam bulan lalu kini mereka dihambat kembali duka yang...
Pelajar Terkandas Untuk Sambung Belajar Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan

Pelajar Terkandas Untuk Sambung Belajar Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 485 hits
Salam to all readers Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu This week memang aku duduk rumah sahajalah memandangkan kes Covic 19 naik mendadak Dengan orang sibuk pilihan raya lagi waktu Covic 19 ini Tengok siaran langsung DG Hisham...
Niat Baik Nak Tolong Pelajar Terkandas Sekali Ada Pula Pihak Minta Ustaz Ebit Mohon Maaf Secara Terbuka

Niat Baik Nak Tolong Pelajar Terkandas Sekali Ada Pula Pihak Minta Ustaz Ebit Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 412 hits
Isu mengenai berita penangguhan pendaftaran semestar baharu institusi pengajian tinggi hangat diperkatakan dimana terdapat ramai pelajar yang mula terkandas untuk pulang semula ke rumah masing masing Prihatin dengan nasib pelajar terebut pe...
Saya Mohon Maaf Pelajar Sudah Tiba Di Ipt Boleh Kekal Di Kampus Kata Noraini

Saya Mohon Maaf Pelajar Sudah Tiba Di Ipt Boleh Kekal Di Kampus Kata Noraini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 288 hits
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata cadangan penangguhan serta merta pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid 19 sejak beberapa hari lalu selaras dasar kerajaan memberi autono...
Kpm Pelajar Matrikulasi Dibenar Pulang Mulai 9 Okt

Kpm Pelajar Matrikulasi Dibenar Pulang Mulai 9 Okt

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 377 hits
M Update 6 10 2020 Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2020 2021 dibenarkan untuk pulang bermalam pada cuti pertengahan Semester 1 bermula 9 Okt ini Kementerian telah membuat ketetapan agar semua pelajar K...
Cadangan Wujudkan Tabika Kemas Untuk Ibu Bapa M40 Jamin Tak Wujud Pilih Kasih

Cadangan Wujudkan Tabika Kemas Untuk Ibu Bapa M40 Jamin Tak Wujud Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 457 hits
Jabatan Kemajuan Masyarakat memberi jaminan tidak wujud istilah pilih kasih dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata i...
Pelajar Terkandas Beza Dr Maszlee Dan Mufti

Pelajar Terkandas Beza Dr Maszlee Dan Mufti

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 236 hits
Ipohmali Pelajar Universiti Terkandas Beza Dr Maszlee dan Dr Zulkifli Al Bakri dalam memahami Falsafah Ibnu sabil Semalam tidak sampai 24 Jam Selepas Dr Maszlee buat live mengenangkan Nasib pelajar University yang terkandas Dr Maszlee berja...
Usm Minta Pelajar Baharu Tangguh Perjalanan Ke Kampus

Usm Minta Pelajar Baharu Tangguh Perjalanan Ke Kampus

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 406 hits
Universiti Sains Malaysia menyarankan semua pelajar termasuk pelajar baharu yang sepatutnya mendaftar di kampus hari ini menangguhkan perjalanan dan membuat pendaftaran dalam talian Dalam kenyataannya malam semalam USM berkata keputusan dib...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200