Terapi Surah Al Baqarah Untuk Ketenangan Dalam Rumahtangga


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA! | Surah al-Baqarah adalah surah yang paling panjang dalam Al-Quran... Mengandungi 286 ayat dan surah kedua dalam Al-Quran. Dalam Surah ni terkandung doa-doa yang Ma'thur... 
Sebenarnya, selain surah-surah yang biasa kita dengar tentang kelebihannya seperti surah Yassin, al-Waqiah, 3 Qul dan lain-lain surah, surah al-Baqarah menjadi terapi yang hebat dalam mencapai ketenangan dalam rumahtangga. 
Sebelum MF kongsikan pengalaman MF mengamalkan surah ini, Mf nak kongsi dulu hadis Nabi s.a.w tentang kelebihan surah al-Baqarah. 

Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:
1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasai meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “  Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
-        Surah Al baqarah ayat 1-5 -        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya -        Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar

2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :
“Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi

Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya

Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang

3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:
“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “
4. Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah

Sumber: hadith2u
Yakin dengan hadis Nabi s.a.w yang bersifat al-Amin... Jadi, MF buat terapi surah al-Baqarah dalam rumah dan dalam perjalanan ketika musafir. 
Seperti yang kita maklum, bila berjalan-jalan dengan anak-anak dalam kereta travel memang agak mencabar anak-anak nak behave kan... Diorang mudah bosan walaupun sediakan kartun dan sebagainya... Jadi, sepanjang perjalanan ke KL baru-baru ni.. MF pasang je surah al-Baqarah mp3 di telefon... Biasanya MF akan pasang zikir je, tapi kali ni MF pasang al-Baqarah.. 
Tak nampak sangat perubahan cuma MF perasan, anak tak mudah nak mengamuk dan MF tak mudah naik angin... Kalau tak MF memang akan jadi Tarzan dan anak-anak pun meragam lain macam.. tapi kali ni tak.

Masa perjalanan balik pun sama... Dan MF teruskan terapi pasang surah al-Baqarah ni dalam rumah sepanjang masa

Betul... Terapi yang berkesan untuk elakkan marah... Seperti mana hadis mengatakan surah ni halaukan syaitan... nak bagus kita baca... Tapi semasa pasang tu dalam tak sedar kita ikut sekali baca... Jadi setiap hari dengar boleh ingat je kan nanti... 
Jadi, drama marah-marah anak-anak dan anak tantrum secara ekstrem tak berlaku lagi.. kurang dah suara Tarzan MF ni sejak terapi guna surah al-Baqarah ni... Hubungan suami isteri pun insha Allah baik je... Takde nak gaduh ke apa... Merajuk manja tu biasa la kan... Hehe... 
Jadi,bagi mak bapak yang ada masalah dengan anak tantrum, marah anak-anak dan selalu gaduh dengan suami... Cubalah terapi al-Baqarah ni... Berkat kalam Allah.. insha Allah... Nak bagus lagi amalkan membacanya sekerap yang mungkin.. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2016/12/terapi-surah-al-baqarah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Ketenangan Dalam Kehidupan Hisyam Den

Mencari Ketenangan Dalam Kehidupan Hisyam Den

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 346 hits
Mencari KETENANGAN dalam kehidupan Hisyam Den Like Follow Follow Subscribe
4 Ayat Surah An Nisa Yang Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya

4 Ayat Surah An Nisa Yang Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 322 hits
Sesungguhnya rahmat Allah Ta ala dekat pada orang orang yang berbuat baik Demikian firman Allah dalam Al Qur an Dalam satu hadis disebutkan bahwa Allah mempunyai 100 rahmat Diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia maka itu ...
Rahsia Sumber Ketenangan Yg Hakiki Tak Ramai Tahu

Rahsia Sumber Ketenangan Yg Hakiki Tak Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 1272 hits
rahsia kepuasan dan ketenangan dalam hidupada dalam hatisemua benda boleh beli tp ada jugak benda tak boleh beli iaitu ketenangan hati kekuatan terhebat dalam diri kita adalah kekuatan spiritual sebab kekuatan spiritual ni boleh membangkitk...
5 Petua Perkahwinan Perkongsian Ustaz Don Dalam 8 Tahun Melayari Bahtera Rumahtangga

5 Petua Perkahwinan Perkongsian Ustaz Don Dalam 8 Tahun Melayari Bahtera Rumahtangga

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 677 hits
Penceramah terkenal berstatus selebriti Ustaz Don Daniyal baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri Dr Husna Mohd Zahry Mengambil keberkatan perkahwinannya Daniyal terbuka hati untuk berkongsi tips dan petua yang diama...
Pujian Mampu Menyelamatkan Rumahtangga

Pujian Mampu Menyelamatkan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum and hai Woww you look beautiful Terperanjat ai tetiba ada Makcik stranger menyapa di tengah2 jalan melihat atas bawah Tapi tidak la sampai ai kembang hidung sangat sebab beranggapan mungkin Makcik tersebut sekadar ingin mene...
Kelebihan Surah Al Ikhlas

Kelebihan Surah Al Ikhlas

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 641 hits
Barang siapa membaca surah Al Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titia siratul mustaqim lalu menuju ke syurga...
Surah Al Anfal Ayat 17

Surah Al Anfal Ayat 17

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 327 hits
Maka bukan kamu yang membunuh mereka akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah lah yang melempar dan untuk memberi kemenangan kepada orang orang mukmin dengan kemenangan yang ba...
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 273 hits
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus Baru baru ni mengadu dekat suami yang Cikza rasa semacam Jadi macam tertekan stress dan fikiran mudah jauh melayang Selain tu badan jangan cakap kerap sangat lenguh dan sakit ke...
Zikir Adalah Terapi Ajaib Ubat Bagi Hati Roh Insan

Zikir Adalah Terapi Ajaib Ubat Bagi Hati Roh Insan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 347 hits
Allhamdulillah Allhamdulillah Allhamdulillah Terima kasih Ya Rabbi masih lagi diberi peluang bernafas mendegupkan jantung kita ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk