Teraju Inisiatif Ai Percuma





KOTA KINABALU: Landskap pendidikan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin dikuasai ramai apabila kursus yang diadakan secara percuma berjaya menarik penyertaan meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Inisiatif itu merupakan langkah strategik ke arah menjadikan AI sebagai alat pemerkasaan komuniti, selaras dengan aspirasi negeri untuk membina masa depan digital yang inklusif dan berteraskan identiti tempatan.
Kursus secara percuma yang dimulakan Ts. Gs. Mahadthir Asbollah, menjadikannya salah seorang tokoh yang dikenali atas kepimpinan dalam pembangunan komuniti dan inovasi teknologi.

Mahadthir berkata, peranannya penting dalam merangka visi serta pelaksanaan kursus tersebut dengan matlamat membuka akses pembelajaran AI kepada semua golongan, tanpa mengira latar belakang.
Katanya, ia turut disokong dan diperkukuh melalui kerjasama erat antara sektor korporat dan pendidikan, melibatkan Sedafiat Sdn Bhd, Kolej Eastern dan dua syarikat telekomunikasi RedONE serta TuneTalk.
“Gabungan kerjasama ini menyediakan sokongan teknikal, fasiliti pendidikan serta capaian digital bagi membentuk ekosistem pembelajaran yang menyeluruh.

“Kursus kali ini merangkumi pengenalan asas AI, aplikasi praktikal dalam kehidupan harian, serta penerokaan potensi teknologi tersebut dalam pembangunan komuniti dan perusahaan kecil,” katanya.
Mahadthir berkata, modul yang disusun secara interaktif dan mudah difahami menjadikannya sesuai untuk peserta dari pelbagai peringkat kemahiran.
“AI bukan sekadar teknologi canggih, ia adalah alat untuk memperkasa masyarakat. Dengan pendekatan yang inklusif dan berteraskan budaya tempatan, kita boleh membina masa depan digital yang lebih kondusif dan bermanfaat.

“Inisiatif ini akan menjadi pencetus kepada lebih banyak program teknologi percuma di Sabah, khususnya yang menggabungkan inovasi serta pembangunan lestari, demi memastikan rakyat negeri ini tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital,” katanya.
Sementara itu, salah seorang peserta yang ditemui, Marliyana Abd Mad berkata, dia berasa teruja selepas mengikuti sesi pembelajaran yang disusun secara interaktif dan mudah difahami.
Katanya, kursus itu memberikan keyakinan baharu untuk meneroka bidang teknologi, khususnya kecerdasan buatan yang sebelum ini dilihat agak sukar difahami oleh orang awam.

“Saya rasa lebih yakin untuk meneroka bidang teknologi selepas mengikuti kursus ini. Ia sangat mesra pengguna dan memberi inspirasi,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peserta Nurzalilah Atifah Mashri dari Labuan berkata, kursus berkenaan membuka perspektif baharu mengenai peranan AI dalam membantu komuniti dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Kursus ini membuka mata saya tentang bagaimana AI boleh membantu komuniti kami. Terima kasih kepada penganjur atas peluang ini,” ujarnya sambil menzahirkan harapan agar lebih banyak program seumpamanya diperluaskan ke seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/22/teraju-inisiatif-ai-percuma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 315 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Pahang menjenamakan semula Rebat Air Makmur kepada Program Air Percuma Pahang 1st yang menawarkan 20 meter padu air percuma kepada pengguna yang layak Ketua Pemuda PAS P...
Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Pelaksanaan Program Air Percuma Pahang 1st oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan manifestasi jelas bahawa kestabilan pentadbiran negeri bukan sahaja berjaya dikekalkan malah diterjemahkan dalam bentuk manfaat terus kepada rakyat Ket...
Rebut Telefon Pintar 5g Secara Percuma Sekarang Dengan Unifi Ezown

Rebut Telefon Pintar 5g Secara Percuma Sekarang Dengan Unifi Ezown

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 234 hits
Unifi kini sedang mengadakan kempen Unifi EzOwn yang memboleh para pelanggannya memiliki telefon pintar terkini yang terdiri daripada pelbagai jenama secara percuma Antara model yang ditawarkan dalam kempen ini termasuklah Infinix HOT 60 5G...
Alcarez Menang Percuma Terbuka Atp Cincinnati

Alcarez Menang Percuma Terbuka Atp Cincinnati

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 200 hits
CINCINNATI 19 Ogos Pemain tenis No 2 dunia Carlos Alcaraz merangkul gelaran Terbuka ATP Cincinnati selepas juara bertahan Jannik Sinner menarik diri kerana cedera seawal set pertama perlawanan Sinner menarik diri dengan membaling tuala keti...
Inisiatif Baucar Buku Madani Rm100 Untuk Pelajar Ipt

Inisiatif Baucar Buku Madani Rm100 Untuk Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 672 hits
Inisiatif Baucar Buku MADANI RM100 Untuk Pelajar IPT Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan Kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Inisiatif Ba...
Celcomdigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10 Jimat Sehingga Rm4 653

Celcomdigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10 Jimat Sehingga Rm4 653

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 445 hits
Pengguna CelcomDigi kini boleh membuat prapesan untuk siri telefon pintar terbaharu Google Pixel 10 termasuk Pixel 10 Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL melalui Easy360 dengan pelan CelcomDigi ONE dan Postpaid 5G Dikuasakan cip Google Tensor ...
Thailand Rancang Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing

Thailand Rancang Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 109 hits
Thailand Rancang Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing BANGKOK Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand merancang untuk menawarkan tiket penerbangan domestik percuma kepada 200 000 pelancong asing lapor Bangkok Post Me...
Pemuda Pas Armada Bersatu Komited Untuk Perkukuh Kerjasama Strategik Menjayakan Misi Pn Teraju Pahang

Pemuda Pas Armada Bersatu Komited Untuk Perkukuh Kerjasama Strategik Menjayakan Misi Pn Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 338 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang dan Bersatu Armada Pahang komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam menjayakan Misi Teraju Pahang menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang Zulfadli Zakariah berkata gabungan ...
Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Why Malaysia Must Remain A Multilingual Nation

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Jalan Pokok Pegaga Ku

Amazing Notorious Foodie Beef Bulgogi Recipe

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal