Tentera Tolak Dakwaan Serang Ayam Anjing Dalam Konflik Lahad Datu



(FMT) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan rasa terkesan berhubung kenyataan seorang ahli politik yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 sebagai “sandiwara”.
Tanpa menamakan ahli politik yang dimaksudkan, namun dipercayai ia merujuk kepada pemimpin kanan Warisan dan bekas menteri pusat Mohamaddin Ketapi.
ATM dalam satu kenyataan hari menafikan dakwaan bahawa anggotanya hanya membuat serangan ke atas “ayam dan anjing” dalam insiden berdarah itu.
Katanya, dakwaan tersebut memperlekehkan tugas serta tanggungjawab tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.
“Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan berkenaan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik ATM mahupun di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Adalah ditegaskan ATM berperanan sebagai benteng pertahanan negara dengan organisasi ini sentiasa bersedia pada sebarang masa dalam melaksanakan tugas, terutamanya dalam mendepani pelbagai ancaman,” katanya.
Dalam klip video kira-kira 2 minit yang tular sebelum ini, Mohamaddin, ketika berkempen bersempena pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini berkata, pasukan keselamatan “mengebom kelapa sawit dan rumah”, dan “pasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing”.
“Bila pilihan raya (PRU 2013) berakhir, tiada lagi perang,” katanya, dengan menambah semasa berkhidmat sebagai Adun sebelum ini, beliau tidak pernah menemui lanun bersenjata atau warga Filipina yang mahu mengisytiharkan perang atau mengambil semula Sabah.
Beliau berkata, ramai orang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu kerana ia “sandiwara”.
Pada 11 Februari 2013, kira-kira 200 pengganas Sulu memasuki perairan Sabah dan mendarat di Lahad Datu, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Insiden itu berakhir dengan kematian 56 pengganas, 10 anggota keselamatan dan 6 orang awam. Pengganas yang hidup ditangkap atau menyerah diri.
Konflik itu diisytihar tamat pada 10 April 2013.
Dalam pada itu ATM berkata, walau apa pun halangan atau cabaran mendatang, aspek pertahanan negara sentiasa didahulukan bagi mengekalkan kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Ia berkata, ATM yang berusia 87 tahun pada 16 Sep 2020 lalu, telah menyaksikan banyak darah, pengorbanan dan keringat anggota terdahulu yang dicurahkan bagi memastikan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan rakyat pada hari ini sentiasa terpelihara.
“Adalah diingatkan agar rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara,” katanya.
Ia berkata, rakyat seharusnya bersama-sama dengan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/21/tentera-tolak-dakwaan-serang-ayam-anjing-dalam-konflik-lahad-datu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandiwara Lahad Datu Bekas Menteri Ph Hina Polis Tentera Terlibat

Sandiwara Lahad Datu Bekas Menteri Ph Hina Polis Tentera Terlibat

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 355 hits
Amat sedih selepas menonton klip video calon PRN Warisan merangkap bekas Menteri PH kata pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara Dia sindir pasukan keselamatan kita cuma berperang dengan ayam dan anjing masa itu Ini ialah pe...
Warisan Lost Military Votes Over Lahad Datu Comments

Warisan Lost Military Votes Over Lahad Datu Comments

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 442 hits
Parti Warisan Sabah is said to have lost nearly 90 per cent of the state s 16 877 military votes when its candidate for Segama said the 2013 Lahad Datu intrusion was just a drama or ploy Both Warisan and its challengers Perikatan Nasional a...
Covid 19 30 Sekolah Di Lahad Datu Ditutup Sementara Mulai Esok

Covid 19 30 Sekolah Di Lahad Datu Ditutup Sementara Mulai Esok

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 413 hits
The ReporterSebanyak 30 buah sekolah di mukim bandar kawasan Silam dan Silabukan ditutup sementara bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata langkah itu bertujua...
Sabah Polls Minister Claims Attempt By Individual To Bribe Police To Silence Lahad Datu Issue

Sabah Polls Minister Claims Attempt By Individual To Bribe Police To Silence Lahad Datu Issue

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 352 hits
Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin today claimed that an agent of a candidate contesting in the Sabah state election has tried to offer an inducement to the police to stay silent on the issue involving the statement belittling the sac...
72 Police Reports Lodged Over Mohamaddin S Allegation On Lahad Datu Intrusion

72 Police Reports Lodged Over Mohamaddin S Allegation On Lahad Datu Intrusion

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 312 hits
A total of 72 police reports have been lodged against Warisan leader Mohamaddin Ketapi for allegedly saying the intrusion by terrorists in Lahad Datu Sabah in 2013 was a farce Deputy Inspector General of Police Acryl Sani Abdullah Sani said...
Pernah Berjasa Di Lahad Datu Luahan Anggota Pga Ketika Mengundi Di Sabah

Pernah Berjasa Di Lahad Datu Luahan Anggota Pga Ketika Mengundi Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 439 hits
Bahang Pilihan Raya di Sabah sudah semakin terasa apabila Pilihan Raya Negeri bagi undi awal telah dilakukan pad hari ini Para anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia telah membuang undi pada hari ini bagi mem...
Schools Closed In Lahad Datu To Contain Covid 19

Schools Closed In Lahad Datu To Contain Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 329 hits
A total of 30 schools will be closed in Silam and Silabukan in Lahad Datu starting Sept 23 NSTP File picKOTA KINABALU Sabah Education department will be closing 30 schools in Silam and Silabukan in Lahad Datu from Wednesday Its director Dr ...
Candidate S Agent Tried To Bribe Cops Over Lahad Datu Issue Says Hamzah

Candidate S Agent Tried To Bribe Cops Over Lahad Datu Issue Says Hamzah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 340 hits
Home Minister Hamzah Zainudin says any candidate who does not care about the security of the state is not worthy of support KOTA KINABALU Home Minister Hamzah Zainudin today claimed that an agent of a candidate contesting in the Sabah state...
Lahad Datu Incursion Stop Propagandising The Armed Forces

Lahad Datu Incursion Stop Propagandising The Armed Forces

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 264 hits
It is the same in all wars the soldiers do the fighting the journalists do the shouting and no true patriot ever gets near a front line trench except on the briefest of propaganda tours George OrwellWarisan MP Mohamaddin Ketapi s alleged in...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang