Tengoklah Nanti Apa Jadi Pada Kes Mahkamah Zahid Kata Wan Saiful


agendadaily.com41/2/2022
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Tahun 2022 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja (PKV 9 RRD) di Mardi Seberang Perai, semalam (3 Disember 2022).
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengajak rakyat memerhati dan meneliti apa yang akan berlaku kepada kes-kes yang dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setelah dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya pelantikan Zahid itu mencetuskan kebimbangan ramai berkaitan pelbagai pertuduhan dihadapinya, termasuk rasuah.

Untuk rekod, perbicaraan kes rasuah Zahid yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan 21 hari untuk perbicaraan iaitu 16 hingga 19 Januari; 30 hingga 31 Januari; 7 hingga 9 Februari; 27 hingga 30 Mac; 10 hingga 13 April; dan 15 hingga 18 Mei.

Zahid, 69, mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Pada 23 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata berbeza dengan Perikatan Nasional yang hanya menerima sokongan daripada mereka yang terpilih sahaja daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN), jika mendapat peluang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menurutnya, Perikatan Nasional tetap tegas menolak kluster mahkamah daripada awal menyertai kerajaan demi merealisasikan suara dan keinginan rakyat.

“Kita amat tegas, sebab kita hanya menerima sokongan daripada mereka yang terpilih sahaja dalam UMNO dan BN yang mana kluster mahkamah memang kita tolak. Jadi, kita tidak berbincang atau tidak menjemput semuanya yang dari awal kita ketepikan.

“Oleh sebab itu, kalau tengok sokongan atau akuan bersumpah (SD) yang kita dapat dari UMNO dan BN, hanya antara 10 hingga 15 orang. Apa pun, kini (kerajaan telah dibentuk dan Ahmad Zahid sudah dilantik), cuma kita bimbang apa akan berlaku pada kes-kes beliau.

“Kita tengoklah apa jadi nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Tahun 2022 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja (PKV 9 RRD) di Mardi Seberang Perai, semalam.

Wan Saiful berkata Kabinet yang dibentuk Anwar juga antara lain sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Zahid dalam UMNO.

“Dalam UMNO sendiri ada kebangkitan untuk menolak mereka yang bergelumang dengan kes mahkamah, namun apa yang dilakukan Anwar ialah membantu Zahid dengan memperkukuhkan kedudukan Zahid dalam UMNO,” katanya.

Wan Saiful turut menyifatkan pembentukan Kabinet baharu sebagai ujian buat negara dan berharap rakyat dapat membuat penilaian terbaik.

“Saya sebenarnya salah seorang yang menyatakan bahawa saya gembira duduk di sebelah pembangkang dengan ‘our heads held up high’, maksudnya kita duduk di sebelah pembangkang yang bermaruah dan berwibawa.

“Jadi saya gembira dengan keadaan ini dan kalau sekiranya kita nak bentuk kerajaan pun biarlah kita bentuk atas dasar prinsip, bukan atas dasar menjual segala-galanya semata-mata untuk mendapatkan jawatan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/tengoklah-nanti-apa-jadi-pada-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 191 hits
agendaily com30 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan ...
Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 239 hits
MalaysiakiniAmanah berpendapat pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah yang membabitkan presiden Umno dan pengerusi BN terbabit Naib Presiden Amanah Mujahid Yu...
Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 219 hits
Keputusan rasmi bagi penamaan calon Perdana Menteri yang ke sepuluh masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini apabila Yang Di pertuan Agong telah melanjutkan tarikh proses hingga esok
Kes Bella Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri

Kes Bella Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down...
Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata Yang di Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan Memberitahu hal itu kepada Malaysiakini Ahmad Zahid berkata d...
Tak Nak Langkah Apa Lagi Dah Wakil Rakyat Bn Beritahu Wan Saiful

Tak Nak Langkah Apa Lagi Dah Wakil Rakyat Bn Beritahu Wan Saiful

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 168 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang wakil rakyat Barisan Nasional menepis dakwaan pemimpin Bersatu bahawa pentadbiran Anwar Ibrahim tidak stabil kerana boleh diugut gabungan itu pada bila bila masa Ahli Parlimen Jempol Shamsulkahar Deli berkat...
Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 197 hits
agendaily com3 12 2022Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional yang dibentuk sekarang disifatkan sebagai luar tabii kerana menipu rakyat dan melanggar prinsip demi semata mata mahu berkuasa kata Datuk Seri...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti