Tengok Wayang Maleficent Mistress Of Evil Dengan Anak Dan Anak Buah
Hi korang..
Dah tengok citer Maleficent: Mistress Of Evil? Lama tau tunggu nak tengok cerita ni...bukan apa SA dah janji ngan anak- anak buah SA nak belanja diorang tengok citer ni. Sejak tu meniti di bibir masing- masing bila mama nak bawak pergi tengok wayang. SA macam biasa akan cakap la..kalau semua behave tak nakal dan ikut cakap mama, boleh la mama bawak..tapi kalau nakal sangat x dengar cakap memang mama tak kuasa nak bawak la..so sejak dari hari tu mereka memang sangat- sangat behave sebab nak ikut mama pergi tengok wayang...hahahaha...bijak tak SA..bukan apa takde pengalaman handle anak- anak buah tanpa mak ayah diorang...nak- nak Sikembar ni agar lasak sikit..SA nak bawak Dida jugak tapi tu la dia x dapat ikut..ada hal lain plak...cuma masa beli tiket tu banyak pawagam dah penuh dan tiket available pukul 3.30 je. Punya la diorang berzikir kenapa lambat, kenapa x masuk lagi..macam- macam la...nasib baik kakak Dania pun ada sekali..
Sinopsis Maleficent: Mistress Of EvilSekuel ini, yang berlatarbelakangkan lima tahun selepas situasi dalam "Maleficent" (2014), menerokai hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk Maleficent dan Puteri Aurora, yang telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa ibu putera itu, Permaisuri Ingrith, merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya. Peperangan yang bakal berlaku itu meletakkan Maleficent dan Puteri Aurora pada pihak bertentangan, menimbulkan persoalan kepada mereka berdua mengenai ikatan keluarga mereka yang rumit
So far sangat puas hati..sama jugak macam Maleficent 1 masa 2014 dulu, jalan citer memang sangat best dengan warna warni kehidupan dongeng kan...teruja betul kami tengok citer ni...kalau ajak repeat SA sanggup..hahaha...biasa la citer princess -princess ni memang melekat di hati terutamanya anak- anak kecik kan...cuma tak bestnya Dida takde la...ikutkan SA nak ajak makan KFC sebelum tengok wayang tu..tapi orang penuh plak..masa tu dah pukul 3 petang..so next time la mama belanja makan KFC...Yang penting diorang happy tengok wayang Maleficent Mistress Of Evil ni..kena balik cepat sebab diorang ada agenda lain petang tu nak ke Melaka..
SA sangat- sangat recommend korang bawak anak- anak gadis korang tengok citer ni..nanti bleh tengok keterujaan wajah diorang tengok citer ni...Sikembar memang suka princess2 ni..lepas tu semalam sibuk la bercerita kat Acu diorang citer ni best la segala la jalan citer diorang duk ulang citer..eh bukan budak- budak perempuan je tengok citer ni tau...SA perasan dalam panggung Sabtu lepas ada ramai budak- budak lelaki remaja pun tengok citer ni...mula- mula agak musykil la..tapi nak buat cane kan maybe takde citer lain yang diorang nak tengok...hahaha...husnuzon..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/10/tengok-wayang-maleficent-mistress-of.html