Tempah Kad Kahwin Di Kad Galeri Cinta Senawang
Assalamualaikum..
Sabtu Lepas...cadangnya nak cari Pakej Andaman...ye la majlis lagi 4 bulan kan..dah boleh cari dah andaman..takde la nak cari yang hebat- hebat kayangan...ikut la bajet SA..tapi kebanyakkan pakej yang ditawarkan sedikit mahal la...sampai hari ni SA masih x jumpa lagi pakej andaman yang berkenan di hati...minggu ni nak cari lagi dan hari ni baru SA nak set kan appointment untuk Sabtu nanti...boleh dikatakan banyak butik by appointment only
Memandangkan x dapat pakej andaman kami pergi pulak tempah kad kahwin...kali ni SA pilih Kad Galeri Cinta Senawang dan SA pilih combo RM240. Kad 200pcs sekali banner, bunting dan petunjuk arah...murah kan...SA x tempah kad banyak memandangkan sekarang jemputan bleh guna digital je...so yang guna kad untuk sedara mara dan rakan terdekat je.
Rasa macam nak tempah standee ni...tgok la bajet nanti macam mana..
SA x bawak spec mata...so masalah skit nak menulis hahaha..suruh Ateh yang isi form.
Rupanya kat sini ada studio untuk amik gambar family dan pelbagai occasion...macam menarik je...masa SA kat siniada satu family duk amik gambar di tingkat atas..gambar raya la kot...nanti SA nak tanya la pakej gambar tu plak..
Kad Galeri Cinta141-g, Jalan Tmn Komersial Senawang 1, Taman Komersil Senawang,Seremban,Negeri Sembilan
Post Code: 70450Tel: 019-779 4301Website: http://www.galericinta.shutterfly.com
Lepas tempah kad kahwin, diorang nak minum coconut shake plak..kat Senawang coconut shake ni memang popular...antara yang sedap la..sebelum tu nak minum cendol..tapi macam malas plak..then terus je ke coconut shake ni..
Beli 8 cup RM45
Amik yang special la ni..
Lepas tu kami balik rumah...penat dah setengah hari berjalan...dari pi hospital berdua dengan Dania...lepas tu cari hadiah...lepas cari hadiah pergi plak amik Ateh, pi open house umah kawan dia...lepas tu pi cari mak andam...then tempah kad kahwin...penat uiii...minggu ni keluar lagi..
Dah la musim panas kan...kena la settlekan kan jugak satu persatu...sebabnya majlis dah makin hampir...x leh la nak buat x tau je kan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/05/tempah-kad-kahwin-di-kad-galeri-cinta.html