Temankan Dania Daftar Semester 2 Di Ucam
Assalamualaikum..
Hi korang...salam Jumaat.
SA menemankan Dania hari ni register semester 2 di UCAM..takde la pagi sangat kami gerak..saje je leha-leha dua beranak..SA siap sempat goreng karipap frozen dan buat air kopi..lepas tu sempat ke Seremban office Mummy Ayu hantarkan hadiah..x nak bertangguh lama..SA pun baru nak sihat..entry untuk Mummy Ayu tu kejap lagi menyusul ye.
Hari plak gelap macam nak hujan riut padahal keluar rumah tadi elok aje cuaca...tapi masuk highway ke Melaka xde plak nak hujan..elok je cuaca cerah...buat cuak aje.
Jom tengok gambar.
Seram kan..ni masa nak sampai susur keluar tol Senawang...
Selfie 2 beranak is a must
One more snap..terserlah betul double chi mama ko nak..
Alhamdulillah dh sampai
Dania pi daftar kat pejabat..SA tunggu dalam kereta
SA suka Uni ni...sebab hijau aje..sejuk dan tenang aje.
Sementara tunggu Dania kita update la blog dulu...lepas ni nak bawak barang-barang ke kolej kediaman plak..kalau x salah SA Uni ni x galakkan student dia duduk luar..semua student duduk dalam kolej kediaman.
Dania cakap Semester 2 ni dia banyak aktiviti luar..dia akan bercucuk tanam..bagus la tu.cuma SA x tau la apa yg Dania akan tanam..jangan tanam sawit dh la..hahaha..biasa sayur atau jagung kan..kita tengok la nanti.
Lepas ni dah settle semua SA ngan Dania nak pi jalan Melaka plak..amik kesempatan betul kan..ye la cuti 3 bulan..dia kerja, mana ada masa nak lepak sama-sama kan..masa yang ada ni la gunakan sebaiknya.
Kita sambung lagi next entry ye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/07/temankan-dania-daftar-semester-2-di-ucam.html