Teliti Projek Hospital Sakit Di Bera Pm Diberitahu


FMT ReportersBekas menteri kesihatan S Subramaniam melawat projek Hospital Bera yang terbengkalai pada 2017. Projek itu masih belum disiapkan sehingga hari ini. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob digesa meneliti projek hospital yang ‘sakit’ dan terbengkalai di Bera sejak enam tahun lalu.
Ahli DAP, Chong Eng berkata, pembinaan hospital bernilai RM88 juta itu bermula pada 2012 dan sepatutnya diselesaikan pada 2015, tetapi tertangguh kerana “kegagalan kontraktor.”
Setakat dua tahun lalu, ia turut dilaporkan 90% lengkap pembinaan, namun Ketua Wanita Pakatan Harapan itu berkata, ia masih belum selesai sepenuhnya walaupun kontraktor diberi lanjutan untuk menyelesaikannya pada 2020.
Chong berkata, Ketua Audit Negara telah memberi amaran mengenai projek hospital itu dalam laporan tahunannya pada 2016 dengan memetik kontraktor yang “tidak layak” sebagai antara punca ia masih tidak disiapkan.
“Sudah tiba masanya PM memberi keutamaan untuk memeriksa projek itu. Sebarang penangguhan lanjut tidak patut dibiarkan berlaku kerana kawasan Parlimen beliau di Bera tiada hospital daerah. Penduduk Bera terpaksa membuat perjalanan 45km ke Temerloh untuk mendapatkan rawatan.
“Saya berharap penduduk Bera akan dapat menikmati manfaat mempunyai perdana menteri dari kawasan mereka dengan hospital baharu, terutama dalam keadaan wabak Covid-19 kini,” katanya dalam kenyataan.
Memetik laporan berita, Chong berkata, setakat Disember 2016, hospital itu telah siap 57%. Laporan Bernama pada 2019 pula mengatakan ia telah siap 90%.
Kontraktor hospital itu ditamatkan perkhidmatan pada Disember 2016 kerana gagal menyiapkan projek mengikut spesifikasi dan waktunya. Kerja-kerja pembinaan turut terjejas akibat banjir pada 2014, seorang exco Pahang dipetik berkata kepada Berita Harian empat tahun lalu.
Ketua Audit Negara pada 2016 mendedahkan satu daripada tujuh kontraktor yang “tidak layak” itu dilantik menjalankan projek berkenaan atas saranan Kementerian Kewangan, walaupun Jabatan Kerja Raya membantah terhadap semua nama dicadangkan dan menggesa tender terbuka dibuat.
Hospital Bera sepatutnya dapat menyediakan perkhidmatan untuk 92,000 penduduk di daerah itu, selain meredakan kesesakan di Hospital Temerloh. Pemeriksaan di laman web Kementerian Kerja Raya menunjukkan tender telah dibuka untuk kerja pembinaan dan berkaitan bagi Hospital Bera, November lalu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/teliti-projek-hospital-sakit-di-bera-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tak Boleh Hadiri Perbicaraan Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang

Zahid Tak Boleh Hadiri Perbicaraan Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 278 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh menghadiri perbicaraan kes rasuahnya yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi setelah dimasukkan di hospital kerana sakit belakang Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang ...
Hiburan Tiada Guna Sakit Hati Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat Content Melampau

Hiburan Tiada Guna Sakit Hati Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat Content Melampau

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 413 hits
Kontroversi membabitkan YouTuber dan juga pelakon Aisar Khaled akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Shuib dilaporkan telah memberi kemaafan dan enggan lagi mengeruhkan keadaan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAisar juga dilihat memuat ...
12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi

12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 469 hits
12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi Sakit gigi memang perit Sakit gigi macam sakit paling trauma dirasai apabila menimpa kita Semua kerja tak boleh jalan gra gara sakit gigi Apakah anda pun berfikiran serupa saya Mari kita ketahui cara dan pe...
Benda Sakit Bukan Boleh Dibuat Buat Nurul Zahid

Benda Sakit Bukan Boleh Dibuat Buat Nurul Zahid

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 394 hits
Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat naik video di laman sosial yang memaparkan Presiden Umno itu sedang ditolak pengusung untuk memasuki dewan pembedahan di sebuah hospital pagi tadi Kes tertangguh lagi selepas Zahid masuk hospital sekali Nuru...
Lirik Sakit Teramat Sakit Dadali

Lirik Sakit Teramat Sakit Dadali

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 446 hits
untuk kesekian kali aku tersakitisungguh ini sakit teramat sakitkau bilang dia hanya teman sejatitapi kau cumbu dia saat ku pergi selalu saja aku kau bohongijujur saja jangan kau tutupiaku
Sakit Orang Politik

Sakit Orang Politik

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 301 hits
Kuala Lumpur Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani pembedahan hari ini Kebetulan sahaja
Kondisi Sedang Sakit Tapi Warganet Malah Minta Modal Nikah Arief Muhammad Nggak Ada Simpatinya

Kondisi Sedang Sakit Tapi Warganet Malah Minta Modal Nikah Arief Muhammad Nggak Ada Simpatinya

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 341 hits
Meski memang terkenal suka berbagi namun komentar warganet tersebut dianggap nggak sesuai situasi dan kondisi
Resep Masakan Yang Cocok Untuk Orang Sakit

Resep Masakan Yang Cocok Untuk Orang Sakit

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 723 hits
Probiotik bertanggung jawab untuk mendukung sistem kekebalan tubuh dan redakan Setelah menyantap bubur dan roti ada baiknya juga mengonsumsi dessert yang lembut yaitu pudding Resep Masakan Rumahan Paling Praktis Mudah Dan Sederhana Citizen6...
Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Empowering Women Bersatu Should Learn From Dap Says Mas Ermieyati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedarkah Kita Syirikkan Allah

Delicious Yoshida Beef Jerky Recipe

Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord