Teliti Kemungkinan Tubuh Kerajaan Minoriti Pelbagai Parti Pasca Pru 15


Parti dan ahli politik, sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) perlu mula meneliti kemungkinan kewujudan kerajaan minoriti atau kerajaan pelbagai parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata keadaan itu mungkin berlaku sekiranya pihak yang menang dalam PRU-15 hanya memiliki majoriti tipis seperti kerajaan sekarang, atau di bawah angka majoriti 112.
Sekiranya keadaan itu berlaku dan kerajaan ditubuhkan seperti ketika ini, katanya, ia akan menyukarkan kelicinan kerajaan kerana pentadbiran boleh digugat dan berubah bila-bila masa, selain boleh ditekan oleh parti yang membentuk kerajaan.
“Gabungan yang longgar akan memberi kesan kepada kekuatan kerajaan. Ramai kata pilihan raya adalah pilihan terbaik ketika ini, dan ia perlu dilakukan apabila COVID-19 terkawal.
“Namun apa akan berlaku jika keputusannya tipis seperti sekarang, atau kerajaan hanya menang 111 kerusi dan pembangkang miliki 109 kerusi?
“Jika keputusan pilihan raya tipis, parti dan ahli politik perlu fikirkan untuk menstabilkan kerajaan, iaitu dengan mewujudkan kerajaan minoriti atau kerajaan dengan sistem pelbagai parti.
“Namun, walau apa juga bentuk kerajaan pasca PRU-15, Perdana Menteri yang dipilih tetap perlu mendapat (sokongan) majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam program Naratif Pengukuhan Kenegaraan Malaysia anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Shamrahayu berpandangan, situasi politik Malaysia ketika ini adalah transisi transisi kepada perkembangan baharu dalam konteks politik kepartian di negara.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya benar berlakunya majoriti tipis atau kemenangan di bawah majoriti pasca PRU-15, beliau percaya situasi itu akan menguji keampuhan Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi tuntutan demokrasi dengan kelancaran perjalanan pentadbiran negara.
“Contohnya, sekarang kita lihat ada pihak yang berulang kali mengatakan memiliki sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.
“Demokrasi memang membenarkan, namun, kita perlu meletakkan titik noktah pada perkara ini. Jika Malaysia terpaksa mewujudkan kerajaan minoriti, perkara seperti ini tidak boleh berlaku secara kerap kerana ia akan beri kesan pada perjalanan pentadbiran kerajaan dan ekonomi negara,” katanya.
Mengambil contoh United Kingdom, Shamrahayu berkata, undang-undang negara itu memperuntukkan pembentukan kerajaan secara kekal sepanjang penggal pentadbirannya, sekali gus tiada pertukaran kerajaan boleh berlaku sebelum PRU diadakan.
“Keperluan ini perlu diteliti, selaras perkembangan semasa kerajaan. Namun, pindaan akta berkaitan kerajaan ‘fixed term’ ini belum dikaji dengan baik.
“Bagaimanapun, saya cenderung ke arah perubahan ini untuk berdepan isu pembentukan kerajaan pasca PRU-15, kerana kerajaan yang dilantik nanti boleh menumpukan perhatian, tiada pertukaran kerajaan ditengah penggal dan semua pihak tahu tarikh pilihan raya akan datang,” katanya. BH
The post Teliti kemungkinan tubuh kerajaan minoriti, pelbagai parti pasca PRU-15 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/16/teliti-kemungkinan-tubuh-kerajaan-minoriti-pelbagai-parti-pasca-pru-15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 223 hits
nbsp IPOH nbsp Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain termasuk Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri di Perak Beliau berkata langkah itu terpaksa d...
Perjanjian Sarawak Petronas Komitmen Kerajaan Selesaikan Pelbagai Isu

Perjanjian Sarawak Petronas Komitmen Kerajaan Selesaikan Pelbagai Isu

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 224 hits
Oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak diwa...
Majlis Peguam Gesa Kerajaan Tubuh Organisasi Bebas Lindungi Hak Tahanan

Majlis Peguam Gesa Kerajaan Tubuh Organisasi Bebas Lindungi Hak Tahanan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 248 hits
Majlis Peguam gesa kerajaan tubuh organisasi bebas lindungi hak tahanan Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Dec
Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 261 hits
nbsp IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik untuk membentuk kerajaan negeri baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah ...
Rentasan 788 Ph Bakal Bekerjasama Dengan Pihak Luar Tubuh Kerajaan B

Rentasan 788 Ph Bakal Bekerjasama Dengan Pihak Luar Tubuh Kerajaan B

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 205 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7881 PAKATAN HARAPAN MASIH LAGI SEPAKAT AMANAH 2 JANGAN KONTROVERSI FFIRA MIKAH BERULANG LAGI 3 INIKAH PAKAR DALAM KERAJAAN TEKNOKRAT PAS 4 SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT
Umno Tidak Sertai Parti Pn Dukung Kerajaan Pn Dr Asyraf Wajdi

Umno Tidak Sertai Parti Pn Dukung Kerajaan Pn Dr Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 216 hits
UMNO tidak sertai gabungan parti Perikatan Nasional tetapi mendukung kerajaan PN Pernyataan terbabit disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian beliau di laman Facebook miliknya Menurut beli...
Parti Dalam Perikatan Nasional Setuju Tubuh Majlis Presiden

Parti Dalam Perikatan Nasional Setuju Tubuh Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 320 hits
Pengerusi Perikatan Nasional YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional pada Khamis 17hb Disember 2020 Ketua ketua Parti yang hadir pada mesyua...
Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 362 hits
Pelakon terkenal India Rajinikanth 69 pada Khamis lalu berkata dia akan melancarkan parti politiknya pada Januari 2021 dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada 31 Disember 2020 Bercakap kepada media dia mengatakan bahawa rancangan...
Istana Perak Belum Ada Pihak Yang Perolehi Majoriti Mudah Untuk Tubuh Kerajaan Negeri

Istana Perak Belum Ada Pihak Yang Perolehi Majoriti Mudah Untuk Tubuh Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 251 hits
IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah masih belum diyakinkan oleh mana parti politik sebagai mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata pemimpin Pakatan Ha...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm