Telekung Siti Selangor


 
Baru-baru ini beberapa orang teman sepejabat mengeluh dan bertanya kepada saya mengenai fatwa terbaru yang datang dari negeri Selangor. Katanya fatwa itu mengenai aurat wanita di dalam atau tatkala bersembahyang.
Menurut mereka, grup media sosial seperti WhatsApp kaum wanita sudah habis geger rentetan hantaran info grafik bertarikh 18 Okt 2024, di mana Jabatan Mufti Selangor memuat naik maklumat menjejerkan hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung.
Dek kerana ditanya, saya pun mencari-cari huraian yang diheboh dan dihebah tersebut, maka jelasnya; hukum pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung adalah tidak sah. Katanya, memakai pakaian yang tidak menutup aurat di dalam telekung tidak dikira sebagai usaha menutup aurat dengan sempurna kerana inisiatif memakai pakaian menutup aurat tidak dianggap sukar pada zaman ini. Tambahan pada huraian itu memaklumkan, hukum solat itu sah sekiranya pakaian di dalam telekung itu menutup aurat kerana aurat tidak kelihatan dari arah bawah tudung telekung.
Dalam erti kata lain kaum wanita yang mengenakan t-shirt lengan pendek atau baju kelawar di dalam telekung, bangun bersembahyang tahajud dan subuh, hasilnya sembahyang mereka tidak sah. Mak cik kampung seperti Mak Long Leha yang berkemban dalam telekung pun solat zuhurnya tidak sah. Huraian hukum itu terus menjela-jelakan pula ehwal pakaian yang menutup aurat di dalam telekung dikira sebagai usaha maksimum untuk menutup aurat secara sempurna. Aurat yang dapat dilihat dari arah bawah tudung telekung tidak termasuk dalam kategori aurat dimaafkan.
Teman-teman sepejabat saya yang saling bertingkah berjawab-jawab sesama mereka itu terus membincangkan kebingungan, keresahan dan fikiran liar mereka yang macam-macam. Ada dalam kalangan mak cik dan kakak-kakak yang sudah tidak keruan nampaknya mulai mengenangkan duduk solatnya yang tidak sah selama ini.
Kata seorang lain teman lain menyampuk, “Mujur pada huraian fatwa atau ijtihad itu ada dinyatakan bahawa ‘solat yang dilaksanakan sebelumnya dalam keadaan tidak mengetahui akan hukum itu tidak perlu diganti atas alasan ia merupakan perkara tersembunyi dalam kalangan masyarakat serta menjadi adat kebanyakan wanita di negara ini’, pun fatwa ini tentu sahaja mengganggu fikiran jernih ramai orang.”
Sebagai lelaki, saya banyak mendengar. Ada rasa kasihan. Saya bukan seorang perempuan. Justeru saya tidak dapat merasai keresahan yang sama. Meskipun memang ijazah pertama saya adalah syariah, saya tetap seorang lelaki yang tak akan dapat cakna dan skibidi akan segala hukum-hakam melibatkan wanita.
Dalam huraian hukum-hakam kita, yang dikeluarkan oleh kaum lelaki seperti saya; selalu ada keterperincian yang kadangkala membuatkan orang tambah was-was, atau berlebih-lebih. Misalnya tatkala mandi janabah diberat-beratkan supaya membasuh, meratakan, mencebuk dan memastikan air basah mengenai segala anggota ‘yang tersembunyi’. Ustaz yang mengajar dulu-dulu memesankan wajib mencangkung, pastikan segala alat sulit yang ‘terpokah’ atau ‘terjulur keluar’ itu turut dibasahi air. Mana-mana rimba yang terselindung itu diselak-selakkan agar rata airnya. Begitulah hal-hal yang diberat-beratkan di tengah hilai tawa pelajar syariah.
Dalam hal aurat wanita ketika bersembahyang, lagilah memang diberat-beratkan. Misalnya jangan sampai nampak bentuk ketika bersujud. Yang saya pasti sukar dilakukan, kerana manusia mana yang tidak berbentuk? Memang wanita kita ada bentuk lidi, manggis, nangka, kentang, dan macam-macam lain. Untuk memastikan bentuk itu sampai tidak berbentuk memanglah melongokan. Hasilnya memang wanita yang bersembahyang, duduk dalam ibadah itu dengan perasaan was-was, sedang mengangkat takbir dia akan terfikir, ‘adakah bentuk langsat aku yang unik ini kelihatan?’. Atau ada pula kewas-wasan ‘oh barangkali ada yang sedang meneliti bentuk salakku?’
Tidak pernah sangat diberatkan hal aurat lelaki. Ramai sahaja lelaki yang tertera bentuk ciku dan duku tatkala bersujud. Jarang sangat ada perbahasan bentuk yang terserlah begitu.
Ada segelintir perempuan Muslim yang memang serasa nestapa untuk beribadah, sebab godaan di luar ada macam-macam. Justeru saat dia perlu selesa dalam ibadah, dia masih membawa sama nestapa ini.
Sepanjang saya mengaji syariah, kemudian membawa kepada disiplin pelbagai, akhir-akhir lantas hinggap di sosiologi; saya memang melihat perkembangan pembuatan fatwa yang bukan semakin cermat dan jelas, tetapi sebaliknya semakin mafsadah dari maslahah.
Pembikinan fatwa harus melibatkan orang yang difatwai. Sudahkah pelbagai perspektif dihitung dicampur ditolak, misalnya. Dalam hal ini, pertamanya; fatwa harus menekuni prinsip-prinsip asas yang dipegang selama ini. Habis diselongkar segala dalil, kitab, dan mazhab. Keduanya, seperti saya sebutkan di atas mengambil kira sudut pandang yang serba aneka. Ketiga, adakah orang yang difatwai sudah pun dirujuk? Tentu tidak dapat diperkira jika wanita yang ditanyai itu adalah kaum wanita keliling pak-pak ustaz dan mufti sahaja. Wanita demikian syok sendiri. Wanita hari ini ada pelbagai jenis kerjaya, termasuk yang membelai cermin tingkap Menara Berkembar KLCC atau jurutera di atas pelantar minyak di Laut China Selatan.
Kaum wanita yang duduk di dalam telekung itu harus ditanyai. Pernah saya bertanya perasaan wanita duduk di dalam telekung, seraya sembahyang banyak rakaat di musim tarawih bulan puasa. Ada yang menjawab berlelucon, bukan semua ada wang besar untuk bersolat di dalam ‘Telekung Siti Selangor’ yang kainnya lembut selesa luar dalam. Yang selalunya bertelekung itu adalah yang panas, kepam, kain kapas yang pengap dan mengakibatkan pelipat lutut, ketiak dan tengkuk basah lencun.
Telekung itulah hantaran kahwin suami yang kedekut. Waktu itu jugalah, kakak-kakak tarawih akan dituntut pula memikirkan apakah telekung yang sudah basah itu menampakkan bentuk mempelam atau mangga mereka, apakah misalnya cempedak itu ia kelihatan dari bawah atau dari atas. Maklumlah waktu tarawih itu ada anak jiran sebelah sedang menyusu terbaring dan nakal masuk bawah telekung kamu.
Baru-baru ini saya menulis sebuah laporan penyelidikan untuk ISEAS-Yusof Ishak bertajuk ‘Selangor Islam: Towards a Religious Approach Suitable for a Cosmopolitan State’ yang saya kira sesuai untuk diperkirakan dalam hal fatwa menfatwa ini.
Islam di Selangor harus lebih canggih pendekatannya. Inspirasi yang berpotensi untuk Selangor dalam meneroka pendekatan unik mereka terhadap Islam mungkin adalah Imam Syafie, yang ada pendapat lama dan baru mengikut konteks Baghdad dan Mesir. Kalau dalam era moden, terbentang sudah wacana pemikir Syria kontemporari Muhammad Syahrur, yang pendekatannya berusaha untuk mengimbangi epistemologi Islam Sunni dengan cabaran moden, mengambil kira konteks sejarah, struktur politik, dan institusi. Tentu saja, idea Syahrur itu berasaskan kepada pengajaran yang diperoleh daripada krisis di Timur Tengah, sebuah kawasan yang dilanda cabaran seperti rasuah, ketidaksamaan ekonomi, kemiskinan, neo-kolonialisme, radikalisasi, peminggiran, dan krisis intelektual. Namun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa penduduk Asia Tenggara juga menghadapi cabaran serupa. Dalam konteks Malaysia, dan Selangor; penerapan pendekatan Syahrur sebenarnya selaras dengan maqasid al-syariah seperti diketengahkan dalam kerangka Madani Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Selangor negeri urban, kosmopolitan, rencam dan moden; harusnya pendekatan Islamnya juga begitulah.
Kalau fatwa tidak patriarki, seharusnya pembikinan fatwa darihal wanita dirujuk kepada wanita juga. Mufti atau ustaz tidak bersolat dalam telekung. Dan kita lelaki memang berbangga, ada dua bentuk satu tangkai sahaja, berbanding wanita yang ada bermacam bentuk dan boleh diintai auratnya dari bawah. Lelaki tak ada siapa menghendap dari belakang atau bawah.
Kepada teman-teman sepejabat itu, yang bertanya kepada saya bagaimana pandangan saya sebagai seorang bekas graduan syariah di bawah asuhan almarhum Profesor Dr Mahmood Zuhdi berpendapat, saya hanya menjawab begini; “Tahukah kalian, bahawa Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 memperuntukkan mana-mana individu yang menghina kuasa yang sah atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”
Teman-teman sepejabat saya itu semuanya terkesima.- FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/telekung-siti-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Telefon Bimbit Semasa Sesi Perbahasan Ahli Parlimen Hulu Selangor Disekolahkan Oleh Timbalan Speaker

Guna Telefon Bimbit Semasa Sesi Perbahasan Ahli Parlimen Hulu Selangor Disekolahkan Oleh Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 84 hits
K PRAGALATHMohd Hasnizan Harun disekolahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor kerana didakwa menggunakan telefon bimbit semasa sesi perbahasan RUU Perbekalan 2025 hari ini Yang Berhormat Hulu Selangor mustahak ke nak b...
Kem Pemantapan Akidah Negeri Selangor 2024

Kem Pemantapan Akidah Negeri Selangor 2024

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 128 hits
SalamAlhamdulilah selesai sudah KEMPAK Negeri Selangor 2024Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya Moga kem 2 hari 1 malam itu memberi manfaat untuk semua Barisan Jurulatih KEMPAK 2024 kitasedangmendidikKHALIFAHMUDA gpigbaM...
Kem Fitrah Kasih Smjk Sekolah Mubaligh Kpm Negeri Selangor 2024

Kem Fitrah Kasih Smjk Sekolah Mubaligh Kpm Negeri Selangor 2024

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 107 hits
SalamAlhamdulilah selesai sudah KEMFIT Negeri Selangor 2024 pada 21 Oktober 2024 di JPN Selangor yang melibatkan 66 orang pelajar Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya Moga kem sehari itu memberi manfaat untuk semua
Sembilan Premis Dah Digeledah Sprm Jumpa Petunjuk Baharu Kes Mbi Selangor

Sembilan Premis Dah Digeledah Sprm Jumpa Petunjuk Baharu Kes Mbi Selangor

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 88 hits
HarapandailyKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia Tan Sri Azam Baki memberitahu telah menemukan petunjuk baharu dalam siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated Menurutnya perkara itu masih belum boleh dide...
Aksi Blockbuster Bakal Tentukan Maruah Selangor Fc

Aksi Blockbuster Bakal Tentukan Maruah Selangor Fc

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 58 hits
PETALING JAYA Aksi menentang pendahulu yang juga juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini tidak ubah seperti perhitungan maruah buat Selangor Kurang enam jam saja lagi untuk seluruh pe...
Selangor Govt Ready To Cooperate In Mbi Probe Says Amirudin

Selangor Govt Ready To Cooperate In Mbi Probe Says Amirudin

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 101 hits
Selangor menteri besar Amirudin Shari said since 2019 his office has tightened the standard operating procedures for Menteri Besar Incorporated KLANG The Selangor state government is prepared to cooperate with the authorities following an i...
Strategi Pas Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

Strategi Pas Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 75 hits
Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal Kes Raja Pasir Selangor benar benar memberi tamparan hebat kepada Perikatan Nasional Ianya bukan sahaja membongkar kerakusan pemimpin Perikatan Nasional menjarah alam semulajadi Bukan sahaja r...
Kanak Kanak Diculik Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran Ketua Polis Selangor

Kanak Kanak Diculik Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran Ketua Polis Selangor

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 67 hits
SHAH ALAM 17 Okt Kanak kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1 Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara kata Ketua Polis Sela...
Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 215 hits
Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu Semalam portal ini ada terbitkan mengenai yang bernilai lebih RM5 juta dari safehouse milik Raja Pasir Selangor Menurut sumber SPRM segalanya terbongkar apabila salah seorang yang kini dal...
Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Top Up Biskut Timbang

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Build A Strong Team For A Startups

Dream Bike Another Knockout Sportster 1200 Street Tracker By Mule


echo '';
Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal


Ulasan Filem Uglies

Bento Simple

Trump Sedang Mendahului Harris

Kes Hasutan Sanusi Apa Jadi

Terus Berdoa

Resepi Daging Lembu Masak Berlada Pedas Berapi