Telefilem Kayuh Tv1


Assalamualaikum,Selamat Pagi

Kayuh | Drama yang bakal mengisi slot Panggung RTM TV1 Bersempena Hari Bapa, bersiaran 18 Jun 2022 nanti, pukul 9.00 malam di TV1

Drama arahan Irfan Zainaldin ini akan menampilkan pelakon utama berpengalaman seperti Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, dan Noorkhiriah. Berikut ringkasan info mengenai drama ini:-
Waktu Siaran : 18 Jun 2022Masa : 9 Malam, TV1Pengarah : Irfan ZainaldinBarisan Pelakon : Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, dan Noorkhiriah


Sinopsis Kayuh TV1Ia mengisahkan tentang Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing

Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya

Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang

Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya. Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman

Satu hari, beca Pak Rahman telah dikhianat menyebabkan basikalnya rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi. Umar yang mempunyai kemahiran membaiki, mula membuat beca baru tanpa pengetahuan Pak Rahman. Sementara persatuan beca pula mula berasa rungsing kerana sejak akhir-akhir ini mereka kekurangan pelanggan menyebabkan ramai di antara mereka yang putus harapan dan kurang pendapatan untuk menyara kos hidup

Khalid pula rungsing kerana hotel di tempatnya bekerja itu kurang pelanggan menyebabkan ramai pekerja dibuang kerja dan hotel itu hampir-hampir tidak dapat beroperasi kembali. Umar menyarankan supaya Khalid meminta bantuan ayah mereka, namun Khalid berdegil dan berasa malu

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTMklik (rtmklik.rtm.gov.my). Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store

#TelefilemTV1#KayuhTV1
Sumber | RTM TV1


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2022/06/telefilem-kayuh-tv1-info-dan-sinopsis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefilem Bini Gua Solehah Di Awesome Tv

Telefilem Bini Gua Solehah Di Awesome Tv

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 194 hits
Saksikan telefilem Bini Gua Solehah yang akan menemui penonton pada 8 Jun 2022 hari Rabu pada jam 10 00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV Juga boleh dapatkan pelbagain kandungan menarik di Telefilem ini merupaakan terbitan syarik...
Telefilem Bourgainvillea

Telefilem Bourgainvillea

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 228 hits
Bourgainvillea sebuah telefilem inspirasi dari sebuah karya asal Bougainvillea novel Packy Sidique lakonan Amelia Henderson dan Idris Khan Telefilem Bourgainvillea bersiaran pada hari Selasa 7 Jun 2022 jam 9 00 malam di slot Drama On 2 di R...
Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz

Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 218 hits
Telefilem Sekolah Sampah telah pun disiarkan pada hari Sabtu 29 Mei 2022 yang lalu jam 9 00 malam Antara pelakon telefilem Sekolah Sampah ini adalah Aliff Aziz Bella Astillah Aidil Astillah Pasqueletta Joan Rubisa Tiasin Nuhamizan Syahmi Mu...
Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di Tv2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di Tv2

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 172 hits
Saksikan telefilem Syurga Tanpa Dosa yang akan menemui penonton pada 8 Jun 2022 hari Rabu pada jam 9 00 malam menerusi slot Drama On 2 di saluran RTM di TV2 atau boleh juga strim di Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Zamriez G...
Telefilem Pesanan Kubur Di Tv Okey

Telefilem Pesanan Kubur Di Tv Okey

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 185 hits
Hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Pesanan Kubur yang akan bersiaran pada 12 Jun 2022 hari Ahad pada jam 2 30 petang di slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga tonton secara online di Telefilem ini merupakan ideal asal da...
Telefilem Langit

Telefilem Langit

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 171 hits
Telefilem Langit dibintangi pelakon Eira Syazira bergandingan bersama suaminya Azad Jasmin dan ramai lagi bersiaran pada hari Sabtu 25 Jun 2022 jam 10 00 malam Tonton Telefilem Langit live streaming online di www tonton com my live tv3 TELE...
Telefilem Selut

Telefilem Selut

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 274 hits
Saksikan telefilem Selut lakonan Amar Asyraf Puteri Sarah Liyana Juita Johari pada Selasa pukul 9 malam di TV2 SelutWaktu Siaran Selasa 14 Jun 2022 9 00 malamRangkaian TV2 slot Drama On 2Idea Asal Skrip Haida Mazni MohammaadPengarah Azam Ko...
Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 107 hits
Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat telefilem ulang siar lakonan Farid Kamil dan Atiqah Suhaimie bersiaran pada Rabu 15 Jun 2022 jam 8 30 malam di Slot Kuasa 3 malam di TV9 Tonton Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat live streaming online di...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura