Teknologi Artificial Intelligence Hanya Ambil Gambar Robot Akan Cantikkan Terus Gambar Tidak Kira Siang Atau Malam
Kredit Gambar: Victor Ng
Pada satu ketika dahulu, untuk mengambil gambar yang cantik dan berkualiti, seseorang perlu memiliki sebuah kamera canggih kerana tiada alternatif lain yang boleh mereka tukar.
Namun perkembangan teknologi semasa yang berkembang pesat dalam dunia fotografi membuatkan kita kini mempunyai pelbagai alternatif kamera lain tanpa perlu bergantung lagi kepada kamera profesional seperti DSLR.
Dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang ada di dalam telefon bimbit, anda kini boleh mengambil gambar yang cantik dan profesional tanpa perlu lagi membawa kamera DSLR dan kantanya yang berat.
Kredit: Victor Ng
Kamera berkuasa AI menjanjikan pembacaan fotografi yang baik di mana segala ''setting'' yang perlu kita buat pada kamera biasa, tenologi AI akan tolong lakukan sendiri di mana fungsi-fungsi ini jika hendak belajar akan mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun, tetapi dengan Kamera AI ianya akan menolong anda dalam sekelip mata sahaja.
Teknologi AI cepat mengenal pasti tetapan mana yang diperlukan jika bila gambar cuba diambil, sekali gus membolehkan jurugambar amatur boleh menangkap momen-momen indah dengan baik sekali.
Peralihan kuantum dalam teknologi kamera membolehkan gambar kini diambil dengan mudah, dilihat antara jenama yang cepat menyesuaikan diri dengan teknologi AI ini adalah Vivo yang diterjemahkan dalam model V11.
Bila Ambil gambar, masalah utama bila dalam cahaya terang adalah wajah seseorang yang gambarnya diambil akan gelap, jadi hasilnya amatlah mendukacitakan terutamanya jika ianya adalah momen-momen yang penting.
Ciri-ciri seperti HDR Backlight AI dan AI Low Light Mode yang ada dalam Vivo V11 membolehkan telefon mensesuaikan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan dan subjek foto.
Algoritma AI adalah pemangkin utama yang memperkasa ciri-ciri ini. Mod AI Backlight boleh menangkap sehingga 6 bingkai pada jarak dinamik yang lebih luas sehingga 11ev, membetulkan pendedahan yang tidak sekata dan gambar-gambar ini akan digabungkan untuk menghasilkan gambar yang sempurna tanpa gambar subjek jadi gelap atau cacat.
Algoritma AI juga memastikan bahawa AI Low Light Mode menggabungkan bingkai yang berbeza ke dalam satu sama rata. Dengan menangkap lebih banyak maklumat dan mengurangkan bunyi bising dalam keadaan cahaya yang rendah, ia menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar-gambar yang menakjubkan.
Kredit Gambar: Victor Ng
Kredit Gambar: Victor Ng
Kredit Gambar: Victor Ng
Untuk mempelajari tetapan fotografi memang rumit, tapi dengan teknologi AI yang ada adalam telefon Vivo V11, ianya terus menjadi mudah, penggunanya boleh mengambil gambar yang sempurna secara automatik di mana sahaja dan bila-bila masa.
Pengguna hanya perlu arahkan kemera dan ambil, kamera akan dengan cepat mengenal pasti keadaan yang berbeza seperti 'malam', 'potret', 'makanan' dan memohon tetapan yang disesuaikan untuk mendapatkan kualiti yang superb.
Kredit Gambar: Victor Ng
Kredit Gambar: Victor Ng
Smartphone yang memilik dwi-kamera 12MP + 5MP dengan tambahan f/1.8 serta resolusi 25MP kamera hadapan dengan apperture f/2.0 ini pastinya akan menghasilkan gambar yang berkualiti.
Ditambah dengan teknologi kamera Artificial Intelligence (AI) yang terdapat di dalam Vivo V11, memang tidak salah lagi siri V yang dikeluarkan oleh Vivo ini khusus bagi mereka yang suka bergambar dan kaki selfie.
lagi info di : Gosip Artis TerkiniBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/teknologi-artificial-intelligence-ai.html