Tekad Pt3 Spm 2020
Tekad PT3 & SPM 2020Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
13.02.2020 bersamaan hari Khamis jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama, Keningau, Sabah berlangsung secara rasminya Majlis Pernyataan Tekad pelajar PT3 dan SPM di SMK Agama, Keningau. Majlis ilmu ini telah dirasmikan oleh Tuan Doktor Yusuf Jasmin selaku Pengetua SMK Agama, Keningau, Sabah.
Etuza nampaknya kali ini, mendapat kejutan apabila dijemput memberikan ucapan sebagai mewakili ibubapa pelajar PT3 dan SPM. rasanya Etuza bukan pilihan yang terbaik, kerana ada lagi ibubapa lain yang lebih layak berucap dihadapan atau di atas pentas. Etuza dijemput pada masa itu juga dan diberitahu sekitar jam 8 lebih agar memberikan ucapan sempena majlis ilmu ini. Etuza terasa hendak menolak, tetapi tidak sampai hati untuk menjadikan majlis ini nanti tidak lancar apabila pihak sekolah terpaksa mencari lain ibubapa untuk berucap. Lalu Etuza terima dan InshaAllah akan memberikan kerjasama, justru Etuza ada anak di tingkatan tiga dan bakal melafazkan tekad di hadapan saya dan guru-gurunya.
Jemputan menggantikan tempat YDP PIbagu berucap diatas pentas. Alhamdulillah Etuza yakin ada idea yang dapat Etuza sampaikan, khusus kepada pelajar PT3 dan pelajar SPM 2020
Pada hari ini, ramai ibu dan bapa yang hadir, apapun masih terdapat ibubapa yang tidaebagainya.k hadirkan diri, mungkin kekangan masa dan sebagainya. Tahnia kepada Ibubapa yang hadir, kehadiran kami selaku ibubapa adalah bukti kasih sayang daripada kami kepada anak-anak sekalian. Serta kerjasama padu kepada pihak sekolah ini.
Kepada pelajar sekalian ada dua perkara yang Etuza ingatkan iaitu:- Sebagai pelajar, anggap pelajaran itu bukan beban tetapi tanggungjawab yang perlu di pikul dengan rasa ikhlas dan jadikan sesuatu yang ringan untuk dipelajari, kerana apabila pelajar anggap pelajaran itu beban maka berat bagi mereka menelaah pelajaran hingga hasil dari usaha yang tidak sekuat mana pasti ibubapa akan kecewa. Pelajaran yang diurus dengan baik, dipelajari hingga menjana kejayaan pasti dikota oleh Allah kepada mereka.
Kedua, semua pelajar hendaklah berusaha setiap saat menjaga hubungan baik dengan Allah. Apabila kita menjaga hubungan baik dengan Allah kita akan dipandang oleh Allah, Allah ingat dan sayang kepada kita. Sebab itu apabila ada pelajar seperti ini yang belajar dan ulangkaji pasti akan mencapai kejayaan yang didamkan. Berlainan kepada pelajar yang suka berseronok dan lain-lain salah laku.dan kita terhindar dari melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa. InshaAllah apabila baik ibada kepada Allah pasti Allah mengabulkan tiap doa mereka. Semua pelajar tidak akan pernah melakukan salah laku disiplin. Pasti mendapat kejayaan SPM dan PT3.
Kelihatan pelajar perempuan melafazkan ikral dan tekad merekadi hadapan guru-guru dan semua ibubapa. Syabas dan tahniah semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2020/02/tekad-pt3-spm-2020.html