Teh O Panas Di Kala Musim Hujan
Happy Sunday everyone! Dah dekat seminggu lebih cuaca mendung dan ada kalanya hujan. Hujan turun bukan kejap kejap. Ada kalanya lama dan kadang kala hujan lebat dengan petir guruh berlawan-lawan. Di kala hujan ni syoklah duduk rumah berselimut.
Nak keluar jalan pun leceh juga bila musim hujan. Lagipun bahaya drive waktu hujan. Samada kabur tak nampak jalan ataupun jammed satu hal. Lebih baiklah duduk rumah diam-diam. Tak ada hal penting baik duduk rumah je lah kan.
Sekarang masih lagi tempoh PKP Pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya duduk di rumah jika tak ada hal penting untuk keluar. Duduk di rumah dugaan utamanya susah nak tepis bab lapar. Lagi lagi waktu hujan. Aduhaii mencabar betul
Paling tidak pun, buat air teh O panas atau kopi panas. Stok biskut lemak wajib ada kat rumah. Fungsinya memang buat kudapan di kala perut lapar minta makanan. Hidangan ringkas dan mengenyangkan bila perut tiba tiba rasa lapar
Walaupun tak betul betul kenyang seperti makan berat. At least perut terisi. Nikmat apa yang lagi yang kita dustakan? Cukup nikmat makan biskut kering cicah air panas. Agak agak masa lapar, berapa keping biskut boleh habis tanpa sedar. Lepas satu, satu lagi biskut di cicah
Lainlah kalau kau orang sejenis yang tak layan biskut kering. Memang tak terasa nikmat sedap sekeping biskut cicah air. Orang dulu dulu mesti cicah dengan teh O atau kopi O kan. Kenapa mesti minuman yang O? Lebih sedap mungkin
Cara buat teh panas orang dulu pun lain, ada yang masak dalam periuk serbuk teh campur air. Ada yang gunakan penapis kain tu. Zaman sekarang tak payah dah. Guna uncang lagi cepat dan mudah. Teh O pun dah bermacam macam perisa ada. Tapi yang klasik juga jadi kegemaran ramai
Yang nak diet haruslah minum teh without sugar and milk. Kalau tanpa gula dan susu, Fiza lebih suka green tea lagi. Rasa dia lebih sedap tak pahit dan tak kelat sangat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/07/teh-o-panas-di-kala-musim-hujan.html