Teguran Terbuka Satira Politik






 Teguran Terbuka; 
Pengerusi PH & Amanah Negeri Terengganu.


Tulisan ini adalah tulisan satira politik.


1. Tuan Pengerusi yang mulia. Sampai bila-bila pun parti PH dan BN sukar untuk ambil alih Negeri jika kita sebagai pimpinan parti lawan di sini, gagal menilai kecenderungan fakta yang ingin dibaca rakyat negeri.


2. Saya faham, YB Senator ( YBs ) adalah berlatar belakang kelulusan ijazah ekonomi UM. Maka garis bawah hujah dan penerangan YBs adalah seringkali membuat perbandingan unjuran impak ekonomi dalam kasus indikator prestasi seperti peratus inflasi, indeks harga pengguna ( IHP ), kadar KDNk, kadar FDI Negeri, jumlah hutang dan unjuran bajet perbelanjaan serta “forecast” pendapatan.


3. Ia pastinya tidak salah. YBs cukup cekap dengan angka dan fakta ini bahkan menjadi malapetaka jika ada mana-mana pimpinan Pemuda PAS-PPBM ingin mengukur panjang kail dalam debat bersama YBs berkait arena ekonomi ini. Akan wujud medan tari tidak seimbang dek lantai tidak sama tinggi rendah.


4. Tetapi rakyat Terengganu Darul Iman tidak mengukur kejayaan prestasi pentadbiran berdasarkan indeks dari pekali Gini atau pekali Jin Ifrit apa pun. Bahkan indeks integriti dan indeks sosial seperti “Happiness Index” juga tidak menjadi petunjuk rujukan untuk rakyat negeri.


INDEKS AZURA.
( Ku jejak, jalan yang berliku.. )


5. Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera ini mengguna pakai INDEKS AZURA dalan menyukat kejayaan pentadbiran. Indeks Azura ini dapat mengukur sekaligus persepsi kejayaan ekonomi dan sosial. Bahkan indeks kadar jenayah seperti kadar penagihan dadah pun diukur di sini oleh rakyat negeri.


6. Indeks Azura adalah pekali yang menyukat Indeks Keseronokan Angin Pantai. Ia menggunakan parameter kekerapan naik motor oleh pembesar negeri dan berapa banyak “event motor” diadakan. Kepelbagaian jenis motor yang ditunggangi MB dan merata lilah-lilah bertukar ganti Superbike, RXZ, Skuter dan Kapcai Ysuku adalah tanda aras pemajuan ekonomi dan kebahagiaan rakyat.


7. Di sinilah silapnya para pemimpin PHBN mengatur strategi penerangan dan membuat semak imbang di negeri yang tiada pembangkang. Kita terlalu banyak bercakap, menulis dan menerang dalam bentuk formula Rafizi Ramli. Ia pasti berkesan di Selangor dan Pulau Pinang. Tetapi tidak di negeri kepimpinan ulama pewaris nabi. Rakyat yang memilih Islam tidak melihat faktor ekonomi yang terlalu duniawi.


8. Indeks Azura diambil sempena Filem Azura. YBs perlu mula studi pembolehubah ini. Sedikit sebanyak jika penulisan dan kritikan ke depan bertitik tolak dari mengukur prestasi keseronokan angin pantai, saya kira dapat mengorak langkah lebih bergaya menjadi semak imbang berkesan negeri. Pengundi muda akan lebih tertawan hati.


9. Untuk itu YBs, saya mencadangkan satu libat urus perlu dibuat segera dengan Jabatan Statistik Negara ( DOSM ) agar cadangan kajian lapangan Indeks Azura dapat dimuktamadkan secara formal. DOSM perlu mengeluarkan laporan membandingkan indeks ini mengikut setiap negeri. Negeri manakah paling berprestasi tinggi yang kerap menjemput “rider” datang dan Embi manakah paling kerap “ride” sekali sebagai tanda aras kecaknaan.


10. Libat urus ini boleh bermula dengan satu diskusi RTD ( round table discussion ) bersama pakar-pakar “ride” negara bersama DOSM. Percayalah, Indeks Azura sangat “tangible” sifatnya.


Saya tanggung kos Reformasi Institusi ini.


Zamir Ghazali,
Naib Pengerusi Amanah Negeri
Terengganu Darul Iman








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/teguran-terbuka-satira-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Akan Kuburkan Karier Politik Yb Surat Terbuka Individu Ugut Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

Kami Akan Kuburkan Karier Politik Yb Surat Terbuka Individu Ugut Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 108 hits
Perkongsian seorang individu bernama Dr Azhari Zhahir menjadi tular di media sosial apabila menulis surat terbuka yang cukup puitis dan kelakar kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq agar segera menikahi aktres Bella Astillah Menerusi hantar...
Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 162 hits
Hishamuddin AunPendirian Zahid Hamidi tidak bantu perjelas keadaan Tengoklah saya ni Yang tak ada cuma cium mulut je kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam satu video dikongsikan Malaysia Gazette 10 Jun lalu Tengku Zafrul yang set...
Kisah Ismet Ulam Raja Dan Kemunafikan Elit Politik Melayu

Kisah Ismet Ulam Raja Dan Kemunafikan Elit Politik Melayu

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 98 hits
C n PRamai pemimpin Melayu hendakkan kita pasakkan minda Katanya kaum majoriti tertindas di Malaysia Walau kita tuan tanah kuasa ekonomi kita hilang diambil oleh pendatang Walaupun selalu yang laung terpaling Melayu ini sudah kaya raya tuju...
Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Penyertaan dua tokoh politik dari negeri ini ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi suntikan moral kepada Badan Pimpinan Bersatu Pahang menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 Dua tokoh berkenaan ialah bekas Ketua Wanita Parti Pr...
Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 183 hits
RENCANASELEPAS beberapa kali usaha untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan dengan cara undemokratic menebuk atap dengan beberapa langkah diatur tetapi tidak berjaya tumpuan kini kepada pilihan raya umum ke 16 akan datang Pembangkang kini sudah...
Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 171 hits
Rafizi Ramli memberi respon tenang terhadap sindiran Datuk Puad Zarkashi yang memberi nasihat supaya beliau tidak berakhir di penjara Menurut Rafizi beliau selama ini memilih untuk tidak membalas sindiran Puad demi menjaga adab sesama pimpi...
Trump Ugut Usir Elon Musk Dunia Politik As Bergegar

Trump Ugut Usir Elon Musk Dunia Politik As Bergegar

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 141 hits
Presiden Donald Trump mengancam akan menyiasat dan mungkin mengambil tindakan terhadap Elon Musk termasuk cadangan mengejut untuk mengusir bilionair teknologi itu susulan kritikan Musk terhadap rang undang undang bajet mega yang baru dilulu...
Isu Tauliah Pemuda Pas Minta Ruang Dakwah Tidak Disekat Atas Alasan Politik

Isu Tauliah Pemuda Pas Minta Ruang Dakwah Tidak Disekat Atas Alasan Politik

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 126 hits
Pemuda PAS Selangor menegaskan bahawa pendakwah berperanan menegur pemerintah dalam urusan agama dan perkara itu tidak seharusnya disekat atas alasan politik atau dituduh sebagai menyemai kebencian Pemuda PAS pandang serius peringatan tenta...
Teguran Kerana Sayang Bukan Kerana Benci

Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman New Age Movement Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini

Rendang Daging Brisket Dan Ujian Kehidupan

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites Projek Ringkas Tapi Power

Tanam Pokok Nenas Sarawak Dalam Pasu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramai Tak Perasan Fungsi Baru Myjpj Ni Jimat Masa Gila

Macam Tak Percaya Ini Ainul Dulu Ainul Mardhiah Kini 7 Tahun Seronok Pergi Camping

Akaun Perniagaan Maybank Current Account Disekat Duit Dibekukan

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Belanja Dapat Cashback Menggunakan Mova Ini Ulasan Lengkapnya

Creamy Pasta Sedap Dan Bab Kecelaruan Dalam Kehidupan