Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa Beauty
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi sesuatu yang menarik dengan korang iaitu cerita Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa Beauty. Haa.. mesti korang tertanya apa cerita yang menarik Kak Sue nak kongsikan tentang Team Eyka Buka Peluang Perniaga Baru Bersama Ainaa Beauty nie kan. Jom baca lagi kat bawah nie jom..
Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa Beauty
Cerita Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa BeautySebelum Kak Sue nak kongsi cerita team Eyka buka peluang perniagaan baru bersama Ainaa Beauty nie, baru-baru nie Kak Sue sempat berjumpa sendiri dengan Encik Hafiz Muhamad bersama isteri kesayangan beliau Syafiqah Aina dan juga Eyka sendiri. Memang rasa bertuah sangat dapat berjumpa depan mata bersama mereka bertiga nie, sangat terinspirasi bila dengar cerita yang mereka dikongsikan.
Dan, sebelum Kak Sue diberi peluang berbual dengan Cik Eyka, terlebih dahulu Encik Hafiz berkongsi tentang matlamat dan hala tuju Ainaa Beauty untuk langkah yang seterusnya. Dengan peluang pernigaan yang baru dan pengurusan baru bermula Disember yang lalu, Ainaa Beauty amat tekankan perniagaan dalam suasana sistem dan pengurusan yang betul
Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa Beauty
Apa yang bagusnya, team Ainaa Beauty nie kan, tidak dididik dengan barangan mewah untuk menarik perhatian orang lain dan perlu jujur dalam setiap langkah untuk membantu mereka yang datang untuk meningkatkan cara hidup yang lebih baik dengan menjadi salah seorang team Ainaa Beauty. Mereka ini juga dididik dari segi kepimpinan, iaitu kalau ada team yang susah team lain akan bantu mereka nie. Susah senang sama-sama kaedahnya. Bagus sangat kan kalau dapat team yang support macam nie.
Kata Encik Hafiz lagi, untuk menjual kita perlu fokus pada strategi penjualan produk, jaga team dan jaga pelanggan. Selain tu, dalam team Ainaa Beauty juga tak ada satu sistem pun yang letak undang-undang untuk menjual satu-satu produk dengan modal yang besar pada permulaan nak berniaga. Korang hanya perlu ada modal sebanyak RM200 sahaja untuk menjadi sebahagian dari team Aina Beauty. Haa.. bagus kan.
Selain produk kecantikan, Ainaa Beauty juga ada sediakan klinik sekarang nie tau. Ia bertujuan membuat rawatan untuk kulit yang bermasala. Untuk info korang juga klinik dan semua produk Ainaa Beauty mendapat ikhtiraf dari KKM
Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru Bersama Eyka Nostra Ainaa Beauty
Seterusnya Kak Sue nak kongsi sembang santai Kak Sue bersama Cik Eyka Nostra pula tentang pengalaman beliau sepanjang bersama Ainaa Beauty. Menurut cerita Cik Eyka yang berasal dari Melaka dan lebih mesra disapa Eyka nie, pertama kali beliau tertarik dengan Ainaa Beauty nie, ialah pada masa beliau baru habis belajar dan berhijrah ke Selangor
Waktu tu Eyka partikal kat Shah Alam dan berada di dalam bas dan tengah mencari peluang untuk cari duit poket dan tak nak susahkan keluarga di kampung. Kebetulan Eyka ternampak posting Cik Hafiz tengah mencari usahawan baru Ainaa Beauty. Walaupun masa tu Eyka tak ada duit sangat tapi memang teruja nak ubah nasib Eyka dan keluarga
Itulah detik permulaan Eyka menjadi sebahagian Ainaa Beauty yang merubah nasib Eyka sekekuarga. Kata Eyka lagi, bila kita susah memang kena usaha, cari jalan dan terus buat bila ada peluang untuk kita. Harus kena kuat semangat dalam setiap ujian
Team Eyka Buka Peluang Perniagaan Baru Bersama Ainaa Beauty
Eyka sangat bersyukur dengan izin Allah, sekarang Eyka mendapat pendapatan yang stabil dengan Ainaa Beauty sebab ada pengurusan yang betul dan bimbingan yang tak hanya menjanjikan kekayaan semata tapi kebahagian dalam hidup
Pencapaian Eyka sekarang dah ada syarikat sendiri dibawah Ainaa Beauty dari segi jualan, ada pejabat sendiri, staff sendiri, siap dah pergi umrah dah tau dan dah beli rumah sendiri dah pun disamping dapat bantu keluarga di kampung
Eyka juga mengalakkan anak-anak muda yang berpontesi untuk ambil peluang bersama dengan team Eyka dan peluang perniagaan bersama Ainaa Beauty. Bukan untuk diri sendiri saja tapi insyaAllah, kalau kita rajin, usaha dapat bantu keluarga juga
Haa.. menarik kan korang. Kak Sue doakan semoga Eyka dan team Ainaa Beauty yang lain terus succes dan dapat bantu lebih ramai lagi orang yang memerkan.. Aamiin Ya Rabb.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2023/01/Team-Eyka-Buka-Peluang-Perniagaan-Baru-Bersama-Ainaa-Beauty.html