Tahun 2020 ni akan tercatat dalam rekod dunia, imam terawih paling ramai dalam sejarah.
Solat terawih ni lepas solat Isyak tau. Jangan pi mengigau solat terawih sebelum solat Isyak. So, mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga.
Selesai solat Isyak, boleh la kalau nak berdoa dulu dan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau taknak semua tu, terus bangun untuk solat terawih pun boleh.
Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat tau.
Sebelum mula solat terawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat terawih ni. Get ready semua ye!”.
Lafaz niat solat terawih ialah; “sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!
Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dah 4 rakaat kan?
Lepas dah selesai 4 rakaat, ambil la masa sikit untuk rehat. Boleh la kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tapi jangan la lama-lama pulak ye.
Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.
Sebab solat terawih ni 8 rakaat, suka saya cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.
Rakaat pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
Rakaat kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
Rakaat ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
Rakaat keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
Rakaat kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
Rakaat keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Rakaat ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Rakaat kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)
Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?
Boleh je.
Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.
Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?
Boleh je sambil solat imam buka Quran letak kat depan dia. Tapi kalau dah alang-alang buka Quran, bacalah ayat lain yang panjang sikit ye tak?
Lepas solat terawih nak kena solat witir tak?
Terpulang.
Nak solat terus boleh, taknak solat terus pun boleh.
Buat sendiri-sendiri boleh, buat secara berjemaah pun boleh.
Selang antara 2 rakaat solat terawih tu nak kena baca apa-apa selawat ke?
Terpulang.
Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.
Lepas 4 rakaat kan kita rehat. Nak kena baca doa apa-apa tak?
Terpulang.
Nak baca boleh, taknak baca pun boleh.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |