Tarif As Daya Tahan Ekonomi Malaysia Meyakinkan


 




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
Bagaimanapun, mereka menekankan negara perlu mempergiat usaha penambahbaikan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan meneroka pasaran baharu sebagai maklum balas kepada tindakan perdagangan AS yang dikatakan kurang adil.
Antara aspek terpenting adalah meningkatkan aktiviti pengilangan dan perindustrian, mempelbagaikan pasaran eksport menerusi perjanjian perdagangan bebas baharu, memperuntukkan lebih banyak dana untuk automasi, penyelidikan dan pembangunan serta membangunkan sektor seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan keselamatan siber.
Ahli ekonomi berkenaan yang menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK kepada antara 3.5 hingga 4.5 peratus berbanding unjuran kerajaan sebelum ini iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus berkata, Malaysia tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai isu seperti kedaulatan data, harta intelek dan kawalan sektor teknologi semasa berunding mengenai tarif dengan AS.
Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.Bagaimanapun mereka bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS hari ini bahawa ekonomi Malaysia masih mempunyai daya tahan, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan pengurusan fiskal yang proaktif.
Bagaimanapun mereka tidak menolak kemungkinan bahawa tarif 24 peratus yang dikenakan ke atas Malaysia akan memberi kesan buruk kepada sektor semikonduktor, pengilangan, perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang boleh menjejaskan peluang pekerjaan serta aliran pelaburan terutama daripada syarikat AS.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan keadaan ini sebagai dinamik dan beliau berkata, negara dijangka tidak mencapai unjuran terdahulu pertumbuhan KDNK 2025 iaitu antara 4.5 hingga 5.5 peratus.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga baru-baru ini menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia, masing-masing kepada 3.9 peratus dan 4.1 peratus.
Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.“Sehubungan itu, unjuran baharu KDNK akan diturunkan dengan mempertimbangkan kesan daripada tarif ini.
“Aspek ini akan menentukan hala tuju peruntukan dalam Belanjawan 2025 terutama dari segi pelaksanaan (reformasi fiskal) yang dipercepatkan, dan kemungkinan semakan semula sasaran nisbah defisit fiskal kepada KDNK sebanyak 3.8 peratus,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata, Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka dan AS adalah antara rakan dagang utama negara.
Beliau berkata, kejutan tarif berpotensi mengurangkan permintaan dari AS berikutan kos import dari Malaysia dan negara lain akan meningkat.
“Kesan langsung akan melibatkan eksport kita ke AS, pengeluaran sektor pembuatan berorientasikan eksport dan pekerja yang berurusan secara langsung dengan permintaan dari AS.
“Kesan seterusnya pula ialah sentimen pasaran kewangan, perniagaan dan pengguna, yang mempengaruhi keputusan pelaburan dan perbelanjaan.
Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.“Justeru, ia memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi. Mungkin sasaran pertumbuhan KDNK baharu berada antara 3.5 peratus dan 4.5 peratus,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa asas ekonomi yang teguh membolehkan negara ini menempuh cabaran global semasa.
“Walaupun berdepan tekanan luaran, Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang disokong oleh kepelbagaian perdagangan, institusi kewangan yang stabil dan pengurusan fiskal yang proaktif.
“Ini sejajar dengan semakan semula unjuran KDNK saya daripada 4.8 peratus (unjuran pada Februari 2025) kepada 4.5 peratus,” katanya.
Sambil mengakui bahawa perbincangan serius sedang dijalankan berhubung perjanjian perdagangan dua hala yang berpotensi memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan AS, Mohd Sedek turut menekankan bahawa Malaysia perlu kekal realistik dalam meletakkan harapan.
“Jika Malaysia gagal mendapatkan pengecualian daripada tarif tersebut, kesannya boleh menjadi buruk. Elektronik merangkumi separuh daripada eksport kita ke AS dan kita adalah sebahagian daripada rantaian bekalan semikonduktor global.
“Pengenaan tarif boleh menjejaskan margin keuntungan, menjejaskan pekerjaan serta mengancam aliran pelaburan terutamanya daripada syarikat teknologi AS.
“PKS, yang membentuk hampir keseluruhan perniagaan di Malaysia, adalah antara yang paling terdedah dengan risiko ini,” katanya.
Mohd Sedek berkata, mempelbagaikan rakan perdagangan menerusi ASEAN, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan hubungan lebih rapat dengan China, India dan Kesatuan Eropah akan memberi Malaysia lebih kuasa untuk mengadakan rundingan dengan AS.
“Di dalam negara, kita perlu menggandakan usaha untuk menaik taraf industri kita. Dana Transformasi Digital yang diumumkan pada Belanjawan 2025, merupakan satu permulaan yang baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Tetapi kita perlu memastikan bahawa dana itu disalurkan ke dalam automasi, penyelidikan dan pembangunan dan membangunkan sektor-sektor seperti AI, teknologi hijau dan keselamatan siber.
“Semua industri ini akan meningkatkan kedudukan kita dalam rantaian nilai dan membantu kita mengelakkan diri daripada perangkap pendapatan sederhana,” katanya.
Mohd Sedek turut menekankan bahawa sebarang rundingan dengan AS mesti menggunakan pendekatan berhati-hati.
“Kita tidak boleh memberikan terlalu banyak, terutamanya membabitkan kedaulatan data, harta intelek atau kawalan terhadap sektor teknologi kita.
“Jadi, memiliki kedudukan itu memberi jaminan kukuh untuk membolehkan kita menolak apabila keadaan memerlukannya dan mengelakkan tawaran yang tidak memenuhi kepentingan negara kita,” katanya.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melantik Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Mastura Ahmad Mustafa iaitu antara penjawat awam kanan yang paling berpengalaman sebagai ketua perunding Malaysia dalam rundingan tarif rasmi dengan AS, tidak lama lagi.
Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAS juga telah melantik seorang daripada penolong wakil perdagangan (USTR) untuk mengetuai rundingan itu, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan perbincangan selepas Kabinet Malaysia memberikan lampu hijau.
Menurut MITI, antara bidang tumpuan utama adalah mengurangkan tarif, menangani halangan bukan tarif, terutamanya dalam pertanian dan lebihan dagangan Malaysia dengan AS, yang kini berjumlah AS$25 billion (RM108.12 bilion).
Menurutnya, Malaysia telah mengurangkan ketidakseimbangan perdagangannya hampir separuh dalam tempoh empat tahun lalu iaitu daripada lebih AS$40 bilion kepada AS$25 bilion.
Mengenai kaedah menangani halangan bukan tarif dalam sektor pertanian memberi kesan kepada pengeluar tempatan dan kecekapan perdagangan keseluruhan antara Malaysia dan AS, Mohd Afzanizam berkata berdasarkan laporan USTR mengenai halangan perdagangan asing pada 31 Mac 2025, pelaksanaan pensijilan halal yang tegas telah menjejaskan eksport daging lembu AS ke Malaysia.

“Jika isu sedemikian dapat ditangani, ia akan menambah baik bekalan daging lembu negara kerana Malaysia boleh mendapatkan lebih banyak daging lembu dari AS. Nisbah sara diri Malaysia untuk daging lembu berada pada 15.9 peratus pada 2023.
“Malaysia memerlukan bahagian import daging lembu yang besar untuk memenuhi permintaan tempatan. Ia bergantung kepada jenis produk pertanian, menangani halangan bukan tarif bermakna menambah baik akses kepada lebih banyak bekalan dari luar negara,” katanya.
Mohd Afzanizam berkata, sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta komoditi tertentu seperti minyak sawit dan gas asli cecair telah menyumbang kepada lebihan dagangan Malaysia.
“Petroleum mentah telah mencatatkan defisit perdagangan selama tiga tahun berturut-turut.
“Malaysia telah bergantung kepada import untuk produk lain seperti pertanian makanan dan peralatan jentera tertentu. Trend sedemikian menunjukkan bahawa negara perlu meningkatkan inovasi, mempelbagaikan rangkaian produk eksport dan meningkatkan keadaan kompleks dalam aktiviti ekonomi,” katanya.
Justeru, Mohd Afzanizam berkata penyusutan lebihan perdagangan Malaysia memberi peringatan bahawa negara perlu meningkatkan aktiviti ekonomi.
Lebihan dalam imbangan dagangan Malaysia susut kepada RM136.8 bilion pada 2024 daripada RM215.2 bilion pada 2023 dan RM256.2 bilion pada 2022, katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/tarif-as-daya-tahan-ekonomi-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump Peniaga China Claim Barangan Mereka Jual Adalah Made In Malaysia

Hiburan Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump Peniaga China Claim Barangan Mereka Jual Adalah Made In Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 112 hits
Untuk info ramai ketika ini nama Malaysia kini sedang menjadi top pick dalam senarai strategi peniaga negara China bagi mengelakkan diri dari membayar cukai tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat Peniaga China claim barang Made in Mala...
Nak Elak Tarif Tinggi Malaysia Jadi Senjata Rahsia China Untuk Menang Lawan Amerika

Nak Elak Tarif Tinggi Malaysia Jadi Senjata Rahsia China Untuk Menang Lawan Amerika

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 151 hits
Siapa sangka di sebalik drama besar perang dagang antara Amerika Syarikat dan China ada satu kisah yang tak ramai tahu dan Malaysia secara tak langsung jadi terlibat serta menjadi 8216 watak 8217 yang penting dalam strategi China Segalanya ...
Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi Internet Kini Wajib Dimiliki

Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi Internet Kini Wajib Dimiliki

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 129 hits
Malaysia semakin menghampiri sasaran masyarakat digital sepenuhnya dengan laporan terkini DOSM menunjukkan lebih 90 rakyat mempunyai kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi Menariknya golongan belia menjadi peneraju utama dalam kem...
Malaysia Dilapor Bersedia Jadi Bank Karbon Bawah Tanah Untuk Jepun

Malaysia Dilapor Bersedia Jadi Bank Karbon Bawah Tanah Untuk Jepun

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 134 hits
Jepun dan Malaysia sedang menghampiri persetujuan untuk bekerjasama dalam penyimpanan karbon dioksida bawah tanah Menurut laporan Nikkei Asia rancangan ini melibatkan pengangkutan gas rumah hijau dari Jepun dalam bentuk cecair ke Malaysia u...
Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mengakui kesal dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil yang dilihat tidak banyak membantu selepas pasukannya tewas 1 2 kepada Johor Darul Ta zim pada aksi final Piala Malaysia kelmarin Menurut Fand...
Protests In Maldives Cast Shadow Over Its President S Visit To Malaysia

Protests In Maldives Cast Shadow Over Its President S Visit To Malaysia

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 172 hits
An official four day visit by Maldives President Mohamed Muizzu to Malaysia has been clouded by protests in the island republic demanding justice for 21 year old student Hawwa Yumnu Rasheed Maldives media The Edition reported of the inciden...
Jemaah Haji Malaysia Pertama Berlepas Ke Tanah Suci

Jemaah Haji Malaysia Pertama Berlepas Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 126 hits
SEPANG Pagi ini seramai 284 jemaah haji dari Malaysia berlepas ke Tanah Suci menandakan awal musim haji tahun ini Kumpulan pertama ini terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 4 05 pagi dengan penerbangan Malaysia ...
Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 173 hits
The country leaps from 67th to 1st in the latest ODIN index overtaking Singapore Finland and Denmark with an overall score of 90 according to the latest biennial report by Open Data Watch The ODIN index evaluates the coverage and openness o...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa