Tapak Semadi Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din Ini Membuktikan Kehebatan Allah


Siapa sangka kan? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha’uddin, dua pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berasal dari Iraq. Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17.
Kredit gambar : Rahamah Baba – Alhamdulillah kami direzekikan utk menziarahi pusara Almarhum semasa lawatan ke US pada tahun 2017. Siapa pula tahu, tokoh agama, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat (AS). Jarak antara dua lokasi ini beribu kilometer jauhnya.
Apabila mengenang lokasi persemadian arwah Haron, iman kita kepada Allah sepatutnya mencanak naik. Hebat sekali Allah SWT yang merencanakan segala sesuatu. Benar sekali firman Allah ini:
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi Pengetahuan-Nya,”
(Luqman[31:34]).
Siapa tahu? Ketika malaikat diarah meniup roh ke dalam janin Allahyarham pada usia empat bulan, tarikh dan tempat matinya sudah ditetapkan Allah berlaku di bumi California, AS yang nun jauh di sana. Benar sekali sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis empat perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya roh,”
– Sahih Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad.

Ketika mengulas ayat misteri tempat mati yang ditetapkan bagi manusia, Imam Ibn Kathir membawa sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya apabila Allah mahu mencabut roh hamba-Nya di sebuah bumi, dijadikan bagi hamba-Nya itu sesuatu hajat (urusan) di bumi tersebut,”
– Musnad Ahmad, Sahih Ibn Hibban, hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani.
Ketika mengulas ayat 34 surah Luqman di atas, para mufassir membawa sebuah riwayat yang mengisahkan satu peristiwa ajaib pada zaman Nabi Sulaiman a.s. 
“Pada suatu hari Malaikat Maut bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s., Malaikat Maut terpaku melihat seorang lelaki dalam majlis baginda. Lelaki itu bertanya kepada Nabi Sulaiman: “Siapakah dia ini?” baginda menjawab: “Dia adalah Malaikat Maut.” Lelaki itu berkata: “Seakan-akan dia mahu mencabut nyawaku, wahai tuanku suruhlah si angin agar membawaku jauh ke negeri Hind.” Nabi Sulaiman pun melaksanakan permintaan lelaki tersebut. Sesudah itu Malaikat Maut berkata: “Sebenarnya aku melihatnya kehairanan kerana aku diarahkan Allah agar mencabut nyawanya di negeri Hind sedangkan (dalam beberapa ketika sebelum matinya) dia masih berada bersamamu.”
(Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Nasafi).
Mati adalah misteri Allah. Tiada siapa tahu tarikhnya dan di bumi mana akan dikebumikan. Apa yang pasti, ikatan sempadan negara hanya berlaku dalam alam zahir ini. Alam barzakh yang menjadi negeri persinggahan sementara sebelum ke akhirat pastinya tiada sempadan ruang dan masa seperti alam dunia.
Orang beriman seperti Allahyarham mungkin sedang berbahagia di sana bersama rakan-rakannya yang lain.
Ya Allah! Walau di bumi mana pun dia disemadikan, jadikan kubur guru kami itu sebagai sebuah taman antara taman syurga-Mu. Insya-Allah.
Sumber : Utusan
Mengapa Almarhum TG Dr. Haron Din ‘Berwasiat’ Dikebumikan Di Tempat Beliau Menghembuskan Nafas Terakhir? Inilah Sebabnya..
Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yang ketara antara orang yang berilmu dan yang jahil.
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .
Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata : ” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda : ” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya : ” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.
Baginda bersabda : “Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
(HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.
Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah-tambah. Sebagai contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.
Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman-taman Syurga atau salah satu dari lubang-lubang Neraka, adalah bergantung kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Ta’ala dan di mana-mana sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

The post Tapak Semadi Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din ini Membuktikan Kehebatan Allah appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/tapak-semadi-almarhum-haron-din/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian Tuan Guru Dato Dr Haron Din

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1547 hits
Tuan Guru Dato Dr Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri Kemudian dimasukkan ke Madrasah al Islahiah al Wataniah Bohor Mali Seterusnya ke Madrasah al Alawiyah al Diniah dan al Kuliah al Islamiah Kelang Selangor...
Kisah Akaun Giro Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Pastinya Menyentuh Perasaan Kita Semua

Kisah Akaun Giro Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Pastinya Menyentuh Perasaan Kita Semua

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1749 hits
Sewaktu berkhidmat di kelantan saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menem...
Tuan Guru Hj Hadi Menghadap Sultan Muhammad V

Tuan Guru Hj Hadi Menghadap Sultan Muhammad V

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 342 hits
SEMBAH TAKZIM KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD VPatik merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V atas khidmat bakti Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV Patik dan sekalian rakyat meraka...
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 458 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 1 Harus sujud dengan 7 anggota badan 2 Harus dengan dahi yang terbuka 3 Kepala harus ditekan 4 Tidak boleh ada hawa lainnya 5 Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud 6 Kepalanya har...
Baca Ayat Quran Ni Allah Hantar 1000 Malaikat Datang Bantu Insyaallah Rileks Media

Baca Ayat Quran Ni Allah Hantar 1000 Malaikat Datang Bantu Insyaallah Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 553 hits
Seperti yang diceritakan oleh seorang ustaz Tersebutlah seorang laki laki yang menempuh perjalanan dari Damsyik ke Zabadani Di tengah jalan ada laki laki lain yang berniat menyewa keldainya Meskipun tak dikenali ia membenarkan laki laki asi...
Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 266 hits
BERITA TERKAIT https www youtube com watch v s18iTNDK4W0ISRAEL DI AKHIR ZAMAN Ust Abdul Somad Lc MATegas Malaysia Larang Atlit Renang Israel Ikuti Kejuaraan Dunia di Negaranya Sabtu 12 Januari 2019 10 59Foto PM Malaysia Mahathir MuhammadKIB...
Allah Tolong Selesaikan Hutang Rm1 Juta Saya Puan Sheda

Allah Tolong Selesaikan Hutang Rm1 Juta Saya Puan Sheda

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 359 hits
WANITA murah senyuman Norsahida Mohamad Said yang lebih dikenal mesra dengan nama Puan Sheda Said pernah mengalami kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan dia berhutang sebanyak RM1 juta Namun berkat bantuan daripada Allah dan usahanya belia...
Video Sumpah Demi Allah U Cantik Gila Fazura Puji Fasha Cantik Ini Respon Fasha

Video Sumpah Demi Allah U Cantik Gila Fazura Puji Fasha Cantik Ini Respon Fasha

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 372 hits
Pelakon popular Malaysia Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi tentang kecantikannya Wajahnya itu sering mendapat pujian ramai termasuk pelakon Nur Fazura di dalam satu post di Instagram Aidil Aziz tunang kepada Fasha Sandha itu sempat be...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage