Tanglung Peranakan Terbesar Negara Menyinari Jonker Walk Melaka
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sekarang ni musim cuaca yang tak menentu, kadang hujan kadang panas menyebabkan badan jadi tak sihat, tekak pun mula buat hal. Gula-gula Himalaya Sports, benda wajib yang kena sentiasa ada dalam my Satchel, rasa lemon yang segar ditambah rasa manis dan masin yang ngam2 sedap di mulut dan pada masa yang sama dapat melegakan sakit tekak. Serius syok ooo rasa lega ja tekak.
Satu pencapaian besar telah tercipta bila Himalaya Sports berjaya menghasilkan Tanglung Peranakan Terbesar Di Malaysia yang bertempat di Jonker Walk, Melaka.
Tanglung gergasi berkenaan mempunyai rekaan menarik yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda oleh Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15, yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan kita.
Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, sepasang tanglung berkenaan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar” dan syarikat konfeksionari gula-gula tersebut dianugerahkan pengiktirafan pada pelancaran rasmi tanglung berkenaan, yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.
Pelancaran tanglung yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini yang mana ia juga adalah penaja rasmi dan tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Himalaya Sports menaja di Jonker Walk bagi gerbang laluan masuk Jonker Walk dan 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah Chinatown.
Datuk Kenny Low, pengasas dan pengarah urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. yang memiliki Himalaya Sports berkata, “Tanglung Peranakan yang mencatat rekod dan reka bentuknya yang rumit itu memberi penghormatan kepada tradisi tanglung Cina, sejarah Melaka dengan negara China, serta permulaan kepada budaya Baba Nyonya yang membentuk suatu keunikan warisan khazanah pelbagai budaya Malaysia hari ini.” Jonker, Walk Melaka.
Tanglung Peranakan Terbesar itu bakal menjadi tarikan baharu untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Jonker Walk tahun in isebagai tambahan kepada tempat kegemaran sekian lama seperti pasar malam hujung minggu, kedai antik di samping menyelami budaya Baba Nyonya.
Sertai Peraduan ‘SPOT, SNAP & WIN’ dari Himalaya Sports dan Berpeluang Menangi Hadiah Tunai Bernilai RM19,888.
Benda syookk ni korang, mulai sekarang hingga 28 Februari, pengunjung boleh meneliti sepasang tanglung Peranakan itu untuk meneka bilangan pek gula-gula Himalaya Sports yang tersembunyi di dalam rekaan yang rumit itu dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM19,888 sebagai permulaan bertuah kepada Tahun Arnab. Oh my banyak tu wang tunai, jangan lepaskan peluang untuk sertai gais, berbaloi baloi tu.
Hadiah Untuk Dimenangi:
· Hadiah Utama – RM3,888 Wang Tunai dan Himalaya Sports Goodies
· 3 x Hadiah Pertama – RM1,888 Wang Tunai dan Himalaya Sports Goodies
· 5 x Hadiah Kedua – RM888 Wang Tunai dan Himalaya Sports Goodies
· 8 x Hadiah Ketiga – RM388 Wang Tunai dan Himalaya Sports Goodies
· 21 x Hadiah Keempat – RM88 Wang Tunai dan Himalaya Sports Goodies
· 12x Hadiah Saguhati - Himalaya Sports Goodies
Sertai sekarang dengan langkah mudah ini:
1. Spot tanglung Sukan Himalaya @ Pejabat Jawatankuasa Jonker Walk.
2. Cari seberapa banyak Himalaya Sports Candy Pack yang anda boleh cetak pada kedua-dua tanglung.
3. Ambil swafoto dengan tanglung
4. Hantar swafoto anda dan jawab dalam komen Facebook di sini.
5. Like Halaman Facebook Himalaya Sports Malaysia (www.facebook.com/HimalayaSportsMalaysia)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web mereka di www.himalayacandy.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ohsemnow.com/2023/01/tanglung-peranakan-terbesar-negara.html