Tanggungjawab Moral Saya Untuk Beritahu Yang Anwar Dibayar Rm15 Juta


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 23, 2023 9:08 AM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan dia mempunyai tanggungjawab moral, sosial dan politik untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai bayaran sebanyak RM15 juta yang didakwa diterima oleh Anwar Ibrahim.

Ahli parlimen PAS itu berkata demikian sebagai sebahagian daripada pembelaan berhubung keistimewaan yang layak, ulasan yang saksama dan justifikasi terhadap saman fitnah oleh perdana menteri itu.

Pada 22 Dis tahun lepas, Anwar memfailkan saman sivil berhubung kenyataan Amzad bahawa pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berbohong memperoleh gaji RM1 semasa menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Saman itu juga difailkan berhubung kenyataan Amzad mengenai pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 2018 yang membebaskan Anwar dari penjara atas kes liwat 2.

Anwar yang juga Presiden PKR mendakwa Amzad - melalui video TikTok - membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran pada 7 Dis tahun lepas.

Justifikasi adalah pembelaan bahawa kenyataan atau sesuatu dakwaan adalah fakta dan, jika berjaya dibuktikan di mahkamah, akan menjadi pembelaan mutlak terhadap saman fitnah berkenaan.

Keistimewaan yang layak pula ialah pembelaan yang terpakai dalam situasi di mana kata-kata dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan, atau kewajipan undang-undang, sosial atau moral untuk berbuat demikian.

Ulasan yang saksama ialah apabila kenyataan yang disangkal itu dibuat sebagai ulasan yang saksama , bukannya sebagai kenyataan fakta, berhubung isu kepentingan awam.

Menurut pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 28 Feb tahun ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Amzad berkata kenyataan yang dikeluarkan tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap plaintif.

Defendan berkata ini kerana pengundi berhak menerima komen-komen tersebut bagi membuat pertimbangan terhadap isu-isu semasa membabitkan tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin politik, dan isu berkaitan pengurusan kewangan kerajaan.

Turut dibangkitkan individu lain

Amzad mendakwa kenyataannya berdasarkan fakta bahawa Faekah Hussin - yang pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) di Selangor - membangkitkan isu tuntutan sebanyak RM15 juta itu.

Menurutnya isu itu turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang ketika itu, Noh Omar semasa perbahasan Belanjawan di Dewan Rakyat pada 2015.
Dia juga menyatakan bahawa Anwar tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap Faekah berhubung dakwaan berkenaan.

"Defendan menegaskan bahawa sebagai seorang pemimpin masyarakat, defendan berada di bawah tanggungjawab politik dan/atau moral dan/atau sosial dan/atau undang-undang untuk memaklumkan kepada masyarakat awam, khususnya kepada para pengundi dan masyarakat umum.

"Plaintif selaku seorang politikus seharusnya berani bertanggungjawab atas fakta-fakta yang dinyatakan oleh defendan dan tidak tersinggung dengan teguran, saranan dan kritikan yang dibuat oleh defendan dan masyarakat amnya.

"Defendan menegaskan bahawa defendan tidak pernah mempunyai apa-apa niat jahat ke atas plaintif dalam video TikTok dan pertemuan dan perbualan tidak formal tersebut selain daripada memberi kritikan ke atas plaintif bagi memastikan ketelusan pengurusan kewangan negara," tegas Amzad.

Kes liwat

Mengenai isu pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Abwar, Amzad berkata umum mengetahui Anwar dihukum penjara selama enam tahun kerana salah guna kuasa oleh Mahkamah Tinggi pada 1999 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tersebut pada 2002.

Menurutnya, orang ramai juga mengetahui mengenai kes liwat 1 dan 2 membabitkan plaintif.

Amzad berkata perintah pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa pengampunan tersebut diberikan berkait dengan sabitan atas tuduhan liwat II sahaja tanpa menyebut sabitan atau pertuduhan dalam kes-kes yang lain.

Defendan seterusnya merujuk penghakiman bertulis oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan kes liwat 1.

Menurutnya dalam penghakiman bertulis tersebut, Ketua Hakim Negara ketika itu, Abdul Hamid Mohamad menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan percaya bahawa tertuduh (Plaintif) adalah seorang yang terlibat dalam aktiviti homoseksual, sebagaimana petikan berikut:-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen,”

(Terdapat bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa insiden yang didakwa di Tivoli Villa memang berlaku).

Hamid bagaimanapun berkata "mahkamah hanya boleh mensabitkan perayu jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan yang didakwa seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, di luar keraguan munasabah, atas bukti yang boleh diterima dan mengikut prinsip undang-undang yang ditetapkan".

Anwar sebelum ini mengambil tindakan undang-undang pada 2014 agar Mahkamah Persekutuan membatalkan petikan berkernaan.

Saman fitnah tersebut masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Anwar diwakili peguam Sankara Nair, manakala Amzad diwakili Yusfarizal Yussof.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/tanggungjawab-moral-saya-untuk-beritahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 101 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan dana berjumlah lebih RM200 juta dikesan telah dimasukkan dalam akaun parti tertentu sebagai balasan pemberian projek kepada syarikat ketika menjadi kerajaan Katanya beliau juga mengetahui terdapat habu...
Mp My Moral Duty To Highlight Anwar S Rm15m Payment

Mp My Moral Duty To Highlight Anwar S Rm15m Payment

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 186 hits
Kuala Terengganu MP Ahmad Amzad Hashim contended that he has a moral social and political duty to inform the public about the issue of Anwar Ibrahim allegedly receiving an RM15 million payment The PAS lawmaker said this as part of his defen...
Sprm Siasat Butler Hamzah Zainudin Pau Duit Rm15 Juta Syarikat Asia Coding Centre

Sprm Siasat Butler Hamzah Zainudin Pau Duit Rm15 Juta Syarikat Asia Coding Centre

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 165 hits
SPRM Siasat Butler Hamzah Zainudin Pau duit RM15 juta Syarikat Asia Coding CentreNampaknya PN panas lagi Isu RM92 5B tak selesai lagi Ramai ditahan dan siasat SPRM Kini kroni atau butler Hamzah Zainudin Dato Stephen pula kena siasat kerana ...
Anuar Dibayar Rm 15 Juta

Anuar Dibayar Rm 15 Juta

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 146 hits
APA SUDAH JADI NI Tanggungjawab moral saya untuk beritahu Anwar dibayar RM15 juta TAK SEDAP DENGAR RAHSIA DIBONGKARAhli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menegaskan dia mempunyai tanggungjawab moral sosial dan politik untuk memak...
Anwar Promises Gst Will Not Be Reintroduced

Anwar Promises Gst Will Not Be Reintroduced

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 95 hits
The government has maintained that there is no need to bring back the goods and services tax going forward and is confident that efficient revenue collection can expand the national income Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Anwa...
Anwar S Silly Plan To Use Epf Savings To Get Loans

Anwar S Silly Plan To Use Epf Savings To Get Loans

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 96 hits
As prime minister Anwar Ibrahim needs to be much more circumspect and reflective before announcing schemes which needlessly raise peoples hope for more spending money to flow into their pockets Anwar said that the Employees Provident Fund s...
Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim

Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 139 hits
Semalam media melaporkan di Sepang Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis menerima laporan dibuat oleh Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya yang memaklumkan menerima pangg...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Heidi Moru Aku Ada Chord

Oliva Helmin Feat Kelvin Tunggu Tunggu Chord

Ada 3 Dituduh Bid Ah Padahal Tidak Bid Ah By Dr Hm Rakib S H M Ag

Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal