Tanggapan Awal Kaum Salafi Terhadap Bumiputera


 Kadang-kala kalau saya membaca berita atau status media sosial segelintir agamawan dengan kecenderungan Salafi yang sangat anti bangsa Cina dan India, saya akan berdecit dan berasa kesal.
Dalam kolum saya di sini pada minggu terdahulu, saya telah menulis pandangan saya bahawa terdapat kemungkinan konsep Bumiputera ini datangnya dari fiksyen sebelum diserap dalam wacana politik. Menurut saya, konsep ini mula menjadi masyhur setelah Mas Marco Kartodikromo memperkenalkan ‘Bumiputera’ dalam novelnya ‘Student Hidjo’ (1919), di era penerbitan buku-buku Balai Pustaka, di Indonesia. Gagasan ini langsung dipinjam oleh akhbar Utusan Melayu di Singapura, dan tanpa sedar merebak pantas.
Akan tetapi, adakah kaum cendekiawan Melayu tatkala itu menerima sahaja bulat-bulat ‘Bumiputera’ tanpa mempersoalkan?
Saya tidak fikir konsep ini ditelan sahaja tanpa ada usaha menyaringnya. Salah seorang pemikir Melayu Peranakan yang terkenal dalam tahun 1920-an, Mokhtar Lutfi ada menulis mengenai konsep ini di dalam akhbar Seruan Azhar untuk edisi Jun tahun 1927.
Akhbar ini diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar-Pelajar Jawi Universiti al- Azhar, dan bertindak sebagai lidah rasmi Al-Jam’iyyah al-Khairiyyah (nama Arab persatuan di atas). Akhbar atau mungkin majalah ini dicetak dalam tulisan jawi dan diterbitkan secara berkala. Ia hanya bertahan sebanyak 31 keluaran, dan mula diterbitkan pada bulan Oktober 1925. Keluaran terakhir akhbar ini muncul pada bulan Mei 1928. Ia diharamkan oleh penjajah.
Pengarang di akhbar ini bukan calang-calang, antara yang tersohor adalah Muhammad Idris al-Marbawi yang mana kamusnya masih digunakan oleh pelajar sekolah agama di negara kita sehingga hari ini. Yang menariknya, Seruan Azhar telah dicetak oleh Matbaah al- Tarakki, di Kaherah. Suka saya mengingatkan akhbar ini amat terpengaruh dengan idea Salafisme.
Lutfi yang saya sebutkan lebih awal menulis sebuah rencana (mungkin bukan pun rencana, tetapi sekadar catatan) bertajuk ‘Memereksa Bumiputera dengan Bangsa Asing’. Ayat pertama catatan beliau itu ialah ‘Pedoman kita bumiputera’. Ini bermakna pengarang si Lutfi ini ingin memberi nasihat, malah di atas nasihat, ia mengisyaratkan tulisannya itu satu ‘panduan’.
Apa yang dianjurkan oleh Lutfi berkait konsep Bumiputera yang mulai mendapat tempat di Tanah Melayu dan Indonesia ketika itu?
Lutfi menyarankan, “biarlah kita bertabiat lemah lembut, pemurah dan penyantun, lurus benar lagi pema’af sabar dan tetap hati, sunggoh berseri nama negeri dan bangsa kita, senang hati orang yang datang berdagang ka-bumi kita.” Dalam erti kata lain, Lutfi menasihatkan supaya orang Bumiputera (watan) agar jangan bersikap keras, sebaliknya dianjurkan supaya mengalu-alukan kehadiran ‘orang berdagang’ ke tanahair.
Seterusnya Lutfi menyatakan orang Melayu itu patutnya ‘sopan’, ‘mahu bergaul’ dan tidak kedekut, yakni boleh berkongsi. Apatah lagi kita semua manusia makhluk Allah. Tulis Lutfi begini:
“Tinggi adab kesopanan kita di-antiru alam. Mudah di dapat teman dan pertolongan: tetapi hal ini kita lakukan kira-nya berhubong dengan adab sopan perchamporan sa-sama hamba Allah. Berhubong dengan harta benda sendiri sa-bagai kata orang biaperi dalam bahasa: Ta’ hina orang yang keras—ta’ salah orang terpaksa—tetapi chelaka orang busok hati! Aku bukan di-daya emas—bukan pula di-tipu bangsa—aku tenggelam di-laut budi.”
Maka Lutfi dengan tegas lagi jelas meminta orang Melayu supaya sebaiknya berbudi. Yang Lutfi tidak gunakan ketika itu ialah perkataan rasis, atau perkauman, kerana mungkin tidak timbul pun gejala tersebut tatkala itu.
Apa yang menarik menurut saya adalah konsep bangsa asing yang diperkatakan oleh Lutfi tidak mengacu kepada bangsa Cina atau India (memandangkan mereka hadir beramai-ramai dalam dekad 1920-an) tetapi merujuk kepada penjajah yang menghambakan orang tempatan, selain menzalimi bangsa asal di sini:
“Tetapi jika berhubong dengan keselamatan ugama bangsa tanah ayer kemuslihatan ra’ayat umum maka yang berguna bagi memelihara yang demikian. Iaiah hati berani dan chemburu mengetahui bahawa mereka tunangan merbahaya yang akan menjelma ka-tanah tempat darah-nya. Perchayai kapada persediaan tenaga-nya sendiri dan pertolongan bangsaaya. Sifat2 inilah yang di-kehendaki dan di-chari oleh Indonesia-Semenanjong kerana tiada umat yang lepas dari kehambaan kira—nya mereka suka menyerah dan menyimpoh kapada yang merampas hak mereka. Dan belum ada satu umat pun di’-muka bumi ini yang lepas dari berbagai2 kehambaan dan kezaliman. Kalau bumiputera suka menyerah dan menolong bangsa asing.”
Penjajah di sini lebih dihujah sebagai mereka yang ‘merampas hak’.
Dalam hal kebimbangan bahawa umat Islam akan kehilangan hak-hak mereka ekoran kehadiran musuh ini, Lutfi meminta orang watan supaya jangan jadi penakut, sebaliknya bekerja dan belajar:
“Ada pun yang berhubung dengan pemeliharaan Islam maka tiada berdiri keselamatan Islam apabila penganjor-nya lemah dan penakut, lemah pemandangan dan pendapatannya, penakut akan bertemporan dengan yang memperhamba bangsa-nya, sa-bagai yang tampak masa ini, dan kita mengharap bahawa zaman tutup mata dan penakut zaman menyerah dan menolong bangsa asing melanjutkan pelajaran mereka kapada hak kita dalam keugamaan dan kebangsaan kita, telah lalu dari kita umat Indonesia Seme-nanjung yang berjiwa lebeh kurang enam puloh million, maka belum lama zaman itu berlalu dari kita. Tetapi tahun 1927-lah akan jadi akhir-nya zaman kechelakaan.”
Penjajah seterusnya disuarakan sebagai penindas yang akan mengambil ‘hak keugamaan dan kebangsaan’.
Ekoran kecaman dan juga seruan revolusioner Seruan Azhar seperti yang saya sentuh di atas, akhbar ini segera dicurigai oleh penjajah Belanda dan diharamkan. Sudah tentu Lutfi tidak terang-terang menyebut yang bangsa asing di sini adalah orang Barat, kuasa kolonial seperti Inggeris dan Belanda. Tetapi kita dapat memahami sendiri, memandangkan Lutfi secara halus membezakan masyarakat Cina dan India itu kelompok yang boleh dialu-alukan, dipesan jangan kita kedekut dan segera diramahi.
Saya percaya sentimen begini adalah kerana Asia untuk orang Asia, dan juga kebencian terhadap penjajah yang makin meluas pada waktu tersebut.
Seruan Azhar sangat menekankan gagasan perpaduan orang watan di Malaysia dan Indonesia, lebih kurangnya cita-cita akhbar dan pelajar Melayu di Mesir waktu itu supaya Malaya dan Indonesia bergabung. Mesti diingat akhbar ini di bawah pengaruh Salafi.
Itulah sebabnya kadang-kala kalau saya membaca berita atau status media sosial segelintir agamawan dengan kecenderungan Salafi yang sangat anti bangsa Cina dan India, saya akan berdecit dan berasa kesal lantaran mereka nampaknya terputus dari rantaian episod sejarah bangsa. Lebih aneh kalau Pseudo Salafi ini sangat memuja pula mubaligh satu ideologi dengan mereka, lebih-lebih yang datang dari Barat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/tanggapan-awal-kaum-salafi-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 156 hits
Baru baru ini seorang pemandu e hailing di Kuching Sarawak dipercayai cuba untuk melakukan gangguan seksual terhadap penumpangnya yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan memintanya untuk membuka tudung ketika dalam p...
Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 188 hits
KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH BUKTI SKMM TELAH DIPERALATKAN Terima kasih kerana mengeluarkan kenyataan media ini Maka jelaslah aku tidak bersalah dan SKMM telah diperalatkan oleh pihak tertentu Kenapa aku jadi tidak bersalah Kerana tuan badan...
Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 194 hits
Sudah menjadi kebiasaan apabila melancong ke sesuatu destinasi kita pasti membeli cenderamata sebagai tanda kenangan Namun begitu sepasang suami isteri mengalami pengalaman mistik selepas membeli perhiasan perak di Bali Indonesia baru baru ...
Arab Saudi Umum Denda Sehingga Sar100 000 Terhadap Individu Langgar Permit Peraturan Haji

Arab Saudi Umum Denda Sehingga Sar100 000 Terhadap Individu Langgar Permit Peraturan Haji

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 132 hits
Individu dan pihak yang didapati melanggar permit peraturan menunaikan haji pada musim bakal dikenakan hukuman denda sehingga SAR100 000 Pengumuman itu dibuat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang berkata hukuman tersebut akan mula berku...
Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 163 hits
Berdasarkan pernyataan tuntutan Fahmi mendakwa ketiga tiga defendan telah menyiarkan kata kata fitnah mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan ...
Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 182 hits
Apa itu perkara ushul dan furu Apa bedanya Bagaimana para ulama memandang pembagian hal ini
Adakah Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Rm27 Juta Terhadap Najib Akan Digugurkan

Adakah Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Rm27 Juta Terhadap Najib Akan Digugurkan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 180 hits
Adakah tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta terhadap Najib akan digugurkan K PRAGALATHMay 4 2025 Mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui sama ada permohonan untuk menggugurkan tiga pertuduhan dalam kes SRC I...
Laporan Polis Terhadap Calon Pn Babit Isu Tauliah

Laporan Polis Terhadap Calon Pn Babit Isu Tauliah

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 64 hits
Qistina Nadia DzulqarnainPolis telah menerima tujuh laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning termasuk satu laporan yang mempertikaikan kelayakan tauliah calon PN Abd Muhaimin Malek Menteri Dalam N...
Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Puisi Dari Kawanmu

8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba