Tang Yuan



Tang Yuan ialah makanan tradisi masyarakat Cina yang berasaskan tepung beras pulut dan dimakan bersama kuah. Ada pelbagai resepi Tang Yuan samaada yang manis, masin, ada inti atau tanpa inti. Tang Yuan biasanya dimakan ketika musim perayaan kaum Cina seperti Mooncake Festival dan Winter Solistice Festival. Aku pertama kali mencuba Tang Yuan ni ialah semasa Aiesec cultural exchange beberapa tahun dulu. Time tu kitorang sama-sama masak Tang Yuan versi manis tanpa inti dan kuahnya direbus dengan halia, gula dan halba. Disebabkan aku suka rasa Tang Yuan ni, aku cari resepi Tang Yuan. Thanks to Google!..Dan di sini aku nak share resepi Tang Yuan versi manis juga, tapi berintikan kacang tanah dan kacang merah. 
Hasilnya
inti kacang tanah
inti kacang merah
tang yuan kacang merah siap masak

tang yuan kacang tanah siap masak
Resepi :Kulit: 2 cawan tepung beras pulutSedikit airPewarna 
Inti:# Kacang tanah:   1 cawan kacang tanah   2 sudu besar gula    1 sudu besar mentega (cairkan)
# Kacang merah:   1/2 cawan kacang merah   2 sudu besar gula/ 1/4 cawan gula   1 sudu besar minyak sayur
Kuah :- AirGulaDaun pandan 
Cara:- 1) Sediakan inti
    Inti kacang tanah : Kisar kacang hingga halus dan gaulkan bersama gula dan mentega. bulatkan adunan      kacang untuk dijadikan inti.saiz ikut suka

    Inti kacang merah : Rendam kacang merah semalaman. buang air rendaman, dan rebus kacang hingga lembut, kisar kacang sehingga pekat bersama gula dan minyak. Atau, rebus kacang dan gula hingga hancur  dan kisar bersama minyak

2) Sediakan kulit
    Uli tepung beras pulut bersama air dan pewarna. Air tu agak-agak je. Jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Dah siap adunan kulit tang yuan ni, bolehla masukkan inti tadi dan bulatkan. Saiz ikut suka ye, jangan besar sangat, nanti tercekik pulak makan

3) Sediakan kuah. Didihkan air secukupnya, bersama gula dan daun pandan. Lepastu masukkan semua bebola tang yuan dan tunggu sehingga masak. Tang yuan, kalau dah masak, ia akan timbul. 
Selamat mencuba




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fatihazainal.blogspot.com/2016/06/tang-yuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma

Colorado Springs Family Law Your Trusted Partner For A Secure Future

Mahalini Dah Peluk Islam

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign