Tanda Tanda Bahaya Lepas Bersalin Jaga Jaga Dengan 11 Perkara Ni


Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.
Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.
Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin.

Simptom dan tanda masalah selepas bersalin
Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:
1. Faraj bengkak/nanah
Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.
Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang betul.
2. Jangkitan luka pembedahan
Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut. Ini kerana ia boleh menjadi petanda keradangan pada luka pembedahan.
Sentiasa berunding dengan doktor selepas pembedahan dan maklumkan jika mengalami keadaan seperti:
* Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
* Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
* Perut kembung dan rasa kenyang
* Demam

3. Keluar nanah dari faraj
Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.
Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau ketika anda sedang sakit selepas bersalin czer.
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.
4. Pendarahan berlebihan
Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, anda akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.
Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.
Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:
* Menggigil
* Kulit pucat
* Pening dan sakit kepala
* Jantung berdebar
* Sakit teruk bahagian bawah abdomen
* Bau busuk pada faraj
Keadaan ini adalah tanda rahim bengkak selepas bersalin atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.

5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing
Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran kencing.
Segera dapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah selepas bersalin ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.
6. Loya, muntah dan hilang selera makan
Pada trimester pertama kehamilan, keadaan ini mungkin semula jadi untuk dialami. Tetapi jika ia berlaku selepas melahirkan anak, anda perlu berhati-hati. Loya, muntah dan hilang selera makan juga merupakan masalah lepas bersalin, seperti jangkitan pada rahim.
7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)
Selepas beranak, keadaan tubuh perlu dipantau secara berkala oleh doktor dan jururawat – seperti memeriksa suhu badan dan tekanan darah.
Ia untuk mengelakkan jangkitan dan preeklampsia. Walaupun jarang berlaku, keadaan ini boleh membawa maut. Preklampsia adalah keadaan tekanan darah meningkat secara drastik selepas bersalin. Jika tidak dirawat dengan segera, ini boleh menyebabkan risiko strok, sawan dan juga kematian.
8. Sakit kepala atau migrain teruk
Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.
Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:
* Penglihatan kabur
* Tekanan darah tinggi
* Bengkak muka, tangan dan kaki
* Peluh berlebihan
* Pening dan muntah
* Tanda meroyan selepas bersalin

9. Sesak nafas
Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari). Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan. Ia berbahaya dan boleh berisiko untuk kematian.
10. Payudara bengkak
Jika tidak menyusukan bayi dengan segera, payudara yang bengkak akan menyebabkan demam dan mengurangkan bekalan susu anda pada hari-hari berikutnya. Berhati-hati jika bengkak ini disertai dengan rasa terbakar dan permukaan kulit menjadi merah – tanda jangkitan pada payudara (mastitis).
11. Baby blues
Jika mengalami tanda meroyan selepas bersalin seperti baby blues, anda akan sukar mengawal emosi dan mudah menangis atau marah kerana perkara kecil. Dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan perkara seperti:
*Sakit pada bahagian badan tertentu tanpa sebab
* Mudah lupa
* Hilang semangat untuk hidup
* Mahu mencederakan diri sendiri atau bayi baru lahir
Sekiranya anda berada dalam situasi di atas atau mempunyai kebimbangan tentang petua hilangkan sakit badan selepas bersalin, berjumpa dengan doktor untuk lebih kepastian.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Tanda-Tanda Bahaya Lepas Bersalin, Jaga-jaga Dengan 11 Perkara Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tanda-tanda-bahaya-lepas-bersalin-jaga-jaga-dengan-11-perkara-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Anak Pertama Czer Syarat Syarat Ni Kena Tahu

Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Anak Pertama Czer Syarat Syarat Ni Kena Tahu

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 150 hits
Siapa yang tidak mahu mencuba untuk bersalin normal Malah kelahiran melalui pembedahan atau czer sering menjadi pilihan kedua untuk menyelamatkan ibu dan bayi Pun begitu bagi ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan dan mahu mencuba untu...
Demam Selepas Bersalin Adakah Bahaya Kepada Ibu

Demam Selepas Bersalin Adakah Bahaya Kepada Ibu

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 114 hits
selepas bersalin adakah bahaya kepada ibu Demam selepas atau postpartum fever adalah satu keadaan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu selepas melahirkan anak Demam Selepas Bersalin Adakah Bahaya Kepada Ibu Keadaan ini boleh menimbulka...
Jaga Keamanan Udara Ikn Tni Au Siap Pasang Radar Buatan Eropa

Jaga Keamanan Udara Ikn Tni Au Siap Pasang Radar Buatan Eropa

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 99 hits
Radar Thales buatan Prancis akan dipasang di sekitar IKN dan wilayah Papua
Sumber Tak Pandai Cari Sapu Mana Yang Ada Macam Din Cirit Jaga Negara Dulu La

Sumber Tak Pandai Cari Sapu Mana Yang Ada Macam Din Cirit Jaga Negara Dulu La

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 165 hits
Mukhlis EddiePerlis Kedah Kelantan Terengganu keje perabih balak je Bawah ni balak di Perlis habis di sapu bersih
Henti Bagi Musang Jaga Reban Ayam

Henti Bagi Musang Jaga Reban Ayam

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 140 hits
FMT ReportersBekas menteri Rafidah Aziz berkata ketirisan salah urus dan salah guna dalam Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan integriti dalam negara terhakis dengan serius Bekas menteri Rafidah Aziz berkata tiada sektor dalam masyarakat ...
King Coco Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyak Teruk Anak Ketiga Berat 3 75 Kg

King Coco Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyak Teruk Anak Ketiga Berat 3 75 Kg

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 159 hits
King Coco kongsi tip tanpa koyak teruk anak ketiga berat 3 75 kg King Coco mula dikenali ramai melalui platform media sosial seperti Instagram dan YouTube King Coco sering berkongsi tentang gaya hidup fesyen kecantikan dan juga pandangannya...
Video Panglima Tni Agus Bicara Pihak Berduit Rela Bayar Orang Jaga Wilayah

Video Panglima Tni Agus Bicara Pihak Berduit Rela Bayar Orang Jaga Wilayah

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 84 hits
Panglima Agus dalam pidatonya berbicara mengenai lunturnya nilai luhur bangsa saat ini
Sharifah Amani Bersalin Anak Lelaki Pilih Nama Ahmed Mohsein

Sharifah Amani Bersalin Anak Lelaki Pilih Nama Ahmed Mohsein

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 118 hits
Sharifah Amani bersalin anak lelaki pilih nama Ahmed Mohsein Pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki Bayi itu diberi nama Ahmed Mohsein Sharifah Amani Bersalin Anak Lelaki Pilih Nama Ahm...
Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 110 hits
Bukan saja ibu bersalin normal yang risau dan bimbang jahitan terbuka hal ini juga turut membimbangkan ibu yang bersalin secara pembedahan bila luka czer terbuka kembali Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan luka pembedahan ini kembali t...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa