Tanam Pokok Buluh Rebung Madu Hasilnya Bermanafaat
Kali ni nak cerita pengalaman tanam pokok buluh rebung madu di teratak comel ku sejak mendiaminya setahun yang lalu. Pokok buluh rebung madu yang di tanam telah mengeluarkan hasilnya. Sedap, lazat, rangup dan sangat mengujakan dapat memasak dan makan sayur rebung madu ini. Pokok buluh rebung madu tanaman sendiri, sudah pasti sangat menyeronokkan apabila mendapat hasil yang bermanafaat.
Tanam Pokok Buluh Rebung Madu, Hasilnya Bermanafaat...
Pokok buluh rebung madu ini di tanam lebih kurang hampir setahun yang lalu setelah kami sekeluarga berpindah ke tanah ini yang kami diami sekarang. Sejak dulu, sebelum mendiami tanah ini telah tersemat di hati nak tanam pokok buluh rebung madu ini. Apatah lagi setelah tengok cerita pasal rebung madu ini di Majalah Tiga beberapa tahun lalu. Al kisahnya telah menjadi kenyataan. Telah mendapat hasil rebung madu yang sedap, rangup dan lazat apabila di proses dan di masak.. huhu!
Apabila pindah saja ke sini, aku terus menjejak benih atau anak pokok buluh rebung madu di laman sosial. Akhirnya aku jumpa anak pokok buluh rebung madu di laman shopee. Walaupun harganya agak mahal di tambah lagi dengan kos pos yang mahal juga, aku membelinya sebab memnag sudah mengidamkan untuk menanamnya. Nasib baik berbaloi tanam pokok buluh rebung madu ini hasilnya bermanafaat.
Ikuti sedikit info tentang pokok buluh rebung madu yang aku dapat kisahnya daripada internet.Nama saintifiknya adalah Gigantochloa Albociliata iaitu sejenis pokok buluh dan tumbuhan daripada keluarga Poaceae yang mampu menghasilkan rebung yang dikenali sebagai rebung madu. Perbezaan yang ketara antara pokok buluh rebung madu dengan pokok buluh yang lain adalah ia tidak mempunyai rerambut hitam halus atau miang buluh yang menjadi sukar untuk mendekati pokok buluh. Oleh itu pokok buluh rebung madu senang di uruskan.
Tanam Pokok Buluh Rebung Madu, Hasilnya Bermanafaat...
Cara tanam yang sangat mudah iaitu sediakan tempat yang tidak menakung air. Ia juga tidak perlu di baja secara berkala, seeloknya di berikan baja organik dalam 2 kali setahun sahaja. Sudah pasti ia tidak memerlukan rawatan serangga perosak di sebabkan pokok buluh rebung madu ini sangat tahan lasak. Cuma rumpun pokok buluh rebung madu ini memerlukan cantasan yang kerap kerana ia cepat merimbun.
Biarkan hanya 5 - 6 batang rumpun pokok buluh rebung yang tumbuh dan daunnya di pangkas selalu agar tidak telalu merimbun. Selebihnya tunas buluh iaitu rebung madu, bolehlah di kutip untuk di proses dan di jadikan bahan masakan. Rebung buluh madu paling sedap dijadikan masakan kerana rasanya yang manis, lebih rangup dan tidak berbau seperti rebung kampung yang lain.
Cara untuk proses rebung madu agar tidak pahit dan sedap untuk di masak dan di makan ada 2 cara iaitu cara pertama selepas di ambil bahagian yang lembut dan di hiris, rebus 2 kali untuk membuang airnya yang pahit. Selepas itu boleh di masak atau di simpan di dalam peti sejuk untuk di masak bila-bila masa di lain kali.
Cara kedua adalah tak perlu di hiris, cuma di bersihkan di rebus sekejap. Seterusnya di toskan dan di gaul dengan sedikit garam. Simpan dan peram dalam suhu bilik dan boleh di gunakan untuk di masak juga. Boleh tahan lama kata orang yang mempraktikkannya. Aku lebih suka guna cara pertama sebab lebih mudah dan cepat untuk di masak, Kalau ada lebihan, simpan dalam peti sejuk untuk di ulang masak beberapa hari kemudian.
Rebung madu yang aku tanam ini sudah 3 kali aku masak. Masak lemak cili rebung madu dengan pegaga rencah udang kecil, Masak kari ikan bawal campur rebung madu dan rendang ayam campir rebung madu. Ada lagi baki rebung madu dalam peti sejuk dan tengah berkira-kira tentang juadah yang nak di masak dengan rebung madu itu. Mudah bukan bila bercucuk tanam. Boleh buat lauk di dapur dan menjimatkan belanja.
Kalaulah ada tanah yang luas aku rasa nak tanam banyak pokok buluh ni. Sangat berpotensi pokok buluh rebung madu ini dalam menjana pendapatan. Selain rebung madu yang mendapat permintaan yang tinggi, batang buluh madu juga mempunyai nilai komersial dalam pembuatan perabot, penyepit makanan, pencungkil gigi dan banyak lagi benda. Tapi itu cuma angan-angan sajalah... hahaha!
Harap perkongsian ringkas ini memberi manafaat pada pembaca blog aku ini. Nak dapatkan informasi terkini di blog ini, klik SINI
p/s: Kalau berumah di kawasan kampung elok tanam pokok buluh rebung madu ni. Rumah di bandar, yang ada tanah yang agak besar macam rumah teres lot tepi boleh tanam. Pokok buluh rebung madu cantik apabila rajin di pangkas. Tapi, bila sekali terlupa pangkas, semak samun tak hingattt ... huhu!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2021/06/tanam-pokok-buluh-rebung-madu-hasilnya-bermanafaat.html