Taman Negara Zhangjiajie Hunan China




Saya dan lima teman bercuti di Taman Negara Zhangjiajie ini pada akhir October 2019. Kebanyakan pelancong ke sini kerana tarikan jambatan kaca ciptaan teknologi dan kepakaran para jurutera terkini namun berbeza dengan saya yang telah lama berhasrat untuk mengujungi Gunung Tianmen yang mempunyai lubang besar di tengahnya yang pasti terbentuk dari ciptaan yang Maha Kuasa. Kami berenam sampai di Changsha secara berperingkat, dengan pesawat yang berlainan dan masa yang berbeza. Kami berkumpul di Changsha Mellow Orange Hotel pada malam pertama. Awal pagi hari kedua kami memulakan perjalanan mengikut jadual yang telah kami susun dan persetujui. Kami menaiki bas pada jam 11:00 pagi menuju ke Bandar Zhangjiajie yang dianggarkan mengambil masa sekitar lima hingga enam jam.


Bas express yang kami naiki bukanlah bas express yang selesa, ia sekadar boleh dinaiki dengan tambang 120 yuan. Kami sampai di Bandar Zhangjiajie sekitar jam 16:00 petang dan terus membeli ticket bas ke Bandar Wulingyuan di mana kami akan bermalam di taman negara ini. Kami memilih Bandar Wulingyuan kerana bandar ini berdekatan dengan pintu masuk Taman Negara Zhangjiajie.


Jam 17:00 petang kami menaiki bas ke Bandar Wulingyuan. Bas ke sana bersaiz kecil dan pendek, seperti bas sekolah di Malaysia dengan tambang 13 yuan dan kami sampai di sana sekitar jam 17:30 petang. Setelah 'check in' apartment, kami berehat kerana keletihan dan petang itu hujan renyai.



Hari ketiga kami menjelajah Zhangjiajie National Park seperti jadual. Kami membeli ticket ke Zhangjiajie Grand Canyon dan Glass Bridge untuk pakage jam 10:00 pagi hingga 13:00 petang di internet. Jika anda membeli pada hari melawat di pintu masuk, anda terpaksa keluar awal dan beratur panjang. Berkemungkinan juga anda mendapat ticket masa lawatan yang lambat kerana lambakan pelancong yang datang melawat. Disebabkan kami juga terlambat keluar rumah, perjalanan ke pintu masuk pula mengambil masa sekitar 45 minit dengan menaiki bas menyebabkan kami sedikit tergesa. Dalam keadaan kami yang tergesa-gesa mencari bas, sebuah van sewa menyapa kami lalu tawar-menawar berlaku. Kami bersetuju manaiki van tersebut hingga ke pintu masuk ticket Glass Bridge dan meneruskan perjalanan ke atas dengan shuttle bas taman negara. Disebabkan kami terlambat, kami langsung meminta van tersebut menghantar kami hingga ke tingkat atas dan meminta dia menunggu kami di pintu keluar Grand Canyon bagi memudahkan perjalanan pulang nanti.



Glass Bridge ini dibuka kepada pelawat pada August 2016 dengan ketinggian 300 meter dan panjang 430 meter. Jambatan kaca ini menghubungkan dua tebing tinggi. Pada saya, berada di atas jambatan kaca ini tidak mengerunkan seperti yang selalu dilihat di dalam gambar. Kami berada agak lama di sini, bergambar sepuasnya dengan berbagai aksi. Cuaca pada masa itu amat baik dan jelas. Kami dapat melihat tebing-tebing tinggi, jurang dan air terjun di bawah. Pemandang memang unik di sini.



Kami berjalan di jambatan kaca tersebut dari awal hingga ke tebing hujung sebelah sana. Kami membeli ticket Glass Bridge dan Zhangjiajie Grand Canyon, maka sampai di hujung jambatan sebelah sana kami meneruskan perjalanan turun melalui trek Grand Canyon dengan berjalan kaki. Meneruskan perjalanan turun di sebelah sini,  kami melalui jambatan kaca yang dibina di sisi tebing tinggi dan dari sini kami melihat jambatan kaca sepenuhnya.




Menuruni anak-anak tangga kayu yang dibina ke bawah, pelawat harus hati-hati. Sepanjang perjalanan turun kami merakam gambar di spot-spot menarik yang disediakan. Kemudian kami manaiki lift pertama dengan bayaran 30 yuan.



Sampai di stesen bawah lift petama, ada pilihan sama ada pelawat ingin meneruskan perjalanan turun dengan lift kedua atau menuruni tangga. Dua dari kami meneruskan perjalanan turun menggunakan lift kedua dengan bayaran tambahan 30 yuan seorang manakala saya dan tiga teman memilih menuruni trek bertangga.



Kami bertemu di tingkat bawah lift kedua dan di sana pelawat diberi pilihan meneruskan perjalanan turun melalui  tangga atau 'slide'. Dua dari kami memilih turun melalui tangga manakala saya dan tiga teman memilih untuk mencuba 'slide'. Bayaran untuk aktivity 'slide' ini adalah 30 yuan seorang. Sebelum kami memulakan 'slide', kami diminta memakai pelapik punggung yang disediakan supaya perjalanan gelonsor lebih lancar.



Sampai di tingkat bawah, kami bergabung semula dengan dua teman yang turun melalui tangga. Kami semua meneruskan perjalanan turun melalui trek bertangga yang tidak curam dan agak landai meniti pelantar kayu yang dibina disisi tebing selari sungai jernih. Trek di Grand Canyon ini amat selesa dan dijaga rapi, tambahan pula pemandangan amat memukau mata. Kami melintasi air terjun yang kami lihat dari jambatan kaca di atas.






Kemudian kami melalui Gyrophora in shower, kawasan di mana titisan air berjurai jatuh dari tebing tinggi dan tidak saya ketahui disebalik cerita tentang air yang menitik ini.



Kami meneruskan perjalanan di Grand Canyon dengan meniti pelantar kayu yang diselenggara dengan baik. Jika pelawat ingin mencuba trek di Grand Canyon ini, pelawat harus memakai kasut yang selesa dan sesuai kerana trek ini agak jauh dan jangan lupa bawa duit lebih kerana setiap pilihan kedua selain tangga untuk turun ke bawah dikenakan bayaran tambahan.








Sampai di satu bahagian, terdapat pilihan untuk pelawat meneruskan perjalanan keluar di Grand Canyon iaitu melalui tangga atau 'flying fox' dan kami semua meneruskan perjalanan turun melalui trek pelantar bertangga yang landai. Memilih 'flying fox', pelawat dikenakan bayaran 30 yuan.



Kami kemudian melalui trek di dalam gua, seterusnya memasuki terowong yang sengaja dibina bagi memberi berbagai suasana dan pengalaman di Grand Canyon ini. Akhirnya kami sampai di jety untuk menyusuri sungai hingga sampai di pintu keluar Grand Canyon. Tiada bayaran dikenakan untuk menaik bot ini.







Di pintu keluar terdapat deretan gerai menjual cenderahati, baju dan makanan. Kami kemudian menaiki van yang kami gunakan semasa datang tadi untuk pulang ke apartment. Kami juga bersetuju mengambil khimat van tersebut untuk hari berikutnya.


Kami pulang sebentar ke apartment untuk berehat dan keluar semula untuk bersiar di Bandar Wulingyuan. Tujuan kami ke Xibu Street. Kami berjalan kaki ke bandar dan terdapat persembahan tradisional tempatan di hadapan bangunan di bandar. Kami menyaksikan persembahan secara percuma di luar dan sekiranya berminat, pelawat harus membeli ticket masuk ke dewan untuk menyaksikan persembahan seterusnya.



Xibu Street merupakan kawasan pelancongan di bandar Wulingyuan. Jalan di Xibu ini akan disimbahi cahaya lampu di waktu malam. Di sini pelawat boleh membeli cenderahati dan jajan product tempatan.



Kami mencari Muslim Restauran yang disyorkan di internet untuk mencuba makanan tempatan. Semasa mencari dan sambil merakam gambar, seorang lelaki tua tempatan memberi salam. Dia mencadangkan kami ke restauran muslim temannya.




Selesai makan kami meneruskan lawatan di Xibu Street yang meriah di waktu malam. Terdapat ramai pelawat walaupun kami ke sini di hari bekerja. Sebaiknya rancanglah perjalanan anda ke Zhangjiajie di hari bekerja dan elakkan tarikh cuti umum Negara China memandangkan tempat ini akan penuh sesak dengan pelawat tempatan.




Hari keempat kami keluar awal kerana kami akan melawat Tianmen Mountain dan kami tidak membeli tiket lagi. Van semalam menjemput kami pada jam 08:00 pagi seperti yang dijanjikan. Perjalanan ke pintu masuk Tianmen Mountain mengambil masa sekitar setengah jam. Ada tiga jenis ticket yang dijual di pintu masuk Tianmen Mountain dengan harga berbeza.
1- Pergi naik 'cable car' dan turun dengan bas.
2- Pergi naik bas dan turun dengan 'cable car'.
3- Pergi naik bas dan pulang juga naik bas.
Kami memilih tiket naik dengan 'cable car' dan pulang dengan bas. Bas cuma sampai di kaki tangga Tianmen Mountain manakala 'cable car' sampai terus di puncak gunung. Jika naik bas, pelawat harus mendaki tangga untuk ke stesen 'cable car' di atas. Kami memilih untuk terus ke puncak dan seterusnya mengakhiri lawatan di sini dengan menuruni tangga sehingga di tempat bas menunggu.



Kami membeli tiket dengan harga 235 yuan seorang untuk masuk jam 09:00 pagi. Melihatkan barisan pelawat yang bertindih dan berlingkar-lingkar, tidak dapat saya bayangkan jika ke sini di hari cuti umum. Dari atas 'cable car' menuju ke puncak, saya melihat jalanraya yang dilalui bas untuk pulang nanti yang berbelok-belok dan dikatakan antara jalanraya terbahaya di dunia. 'Cable car' di Tianmen Mountain ini dikatakan 'cable way' terpanjang di dunia.


Kami sampai di aras atas stesen 'cable car' dan lawatan ke Tianmen Mountain bermula. Kami menyusuri trek ke kiri. Terdapat banyak trek di puncak ini dan di puncak tertingginya dibina kuil. Terpulang kepada pelawat untuk memilih trek setibanya di stesen atas 'cable car'. Kami memilih trek ke kiri.




Kami menyusuri trek yang dibina di sisi tebing sambil merakam gambar sehingga sampai di pondok jualan tiket. Di sini pelawat dikenakan bayaran tambahan 5 yuan untuk melalui Glass Bridge di sisi tebing. Nampaknya ke mana sahaja trek dibina, akan dibina Glass Bridge dan bayaran tambahan dikenakan kepada pelawat.





Kami berjalan hingga sampai di salah satu puncak di Tianment Mountain iaitu Puncak Kunpeng. Kami berehat sebentar di sini. Kemudian kami meneruskan perjalanan menyusuri tebing tinggi sehingga sampai di Pintu Tranmountain Escalator.






Kami menuruni tangga Escalator ini dan tiada bayaran dikenakan, bermakna mungkin tiada jalan pilihan untuk turun ke bawah. Escalator ini dibina dua hala naik dan turun bersebelahan dan dibina banyak peringkat menandakan perjalanan Escalator ini agak jauh. Akhirnya kami keluar dari Escalator terakhir dan di kawasan terbuka ini kami melihat pemandangan tebing gunung yang indah.



Kami berjalan sehingga sampai di lubang besar Gunung Tianmen yang mengujakan saya. Telah lama saya ingin ke Gunung Tianmen ini, menyaksikan sendiri ruang luas yang terbentuk di tengah gunung ini. Lubang itu sangat luas, terbentuk di dalam gunung dan ia seperti kejadian luar biasa. Pertama kali saya melihat gambar Tianmen Mountain ini, ada yang menggelarkan lubang luas ini adalah "muka langit".


Dari atas lubang besar ini kami menuruni tangga hingga sampai di hentian bas menunggu di bawah. Ada pilihan jika pelawat enggan menuruni tangga. Terdapat khimat lift dengan bayaran 32 yuan dari atas hingga di hentian bas di bawah. Saya dan empat teman memilih menuruni tangga agar dapat merakam gambar manakala seorang teman memilih turun dengan lift.






Sampai di bawah, terdapat beberapa buah kedai menjual cenderahati. Kami seterusnya beratur menaiki shuttle Taman Negara Zhangjiajie sehingga ke tempat jualan tiket 'cable car' tadi. Di sana pemandu van telah sedia menunggu dan kami meminta dia menghantar kami ke satu lagi pintu taman negara. Kami bercadang ke Bailong Sightseeing Elevator. Masuk ke pakage yang merangkumi empat tempat ini adalah 228 yuan untuk empat hari. Kami menaiki shuttle bas taman negara ke hentian pertama iaitu ten mile gallery. Kami tidak berminat di sini dan terus menaiki bas menuju Stesen Bailong Elevator.



Menaiki lift dikenakan bayaran 65 yuan sehala. Bailong Elevator merupakan lift luar bangunan tertinggi di dunia setakat ini. Sampai di tingkat atas, kami merakam gambar pemandangan puncak gunung yang bertebing keperangan. Tempat ini popular setelah menjadi lokasi pengambaran filem barat Avatar.

 

Disebabkan kami ke sini lewat petang, kami bercadang ke Yellow Stone Village keesokan paginya sebelum bertolak ke Furong. Namun keesokan paginya, hujan renyai dan kami membatalkan hasrat ke Yellow Stone Village dan meneruskan perjalanan ke Furong Ancient Village dengan menaiki van yang kami sewa semalam.

Nota:
1- Masa sesuai ke Zhangjiajie National Park adalah dari bulan April hingga October.
2- Sebaiknya melawat pada hari bekerja dan elakke sini pada tarikh cuti umum Negara China.
3- Bawa duit lebih.

Itenerary:
Day 1
Kuala Lumpur ke Changsha.
Airport ke Bandar Changsha, shuttle bas 18 yuan.
Day 2
11:00 Bas ke Zhangjiajie National Park, 120 yuan.
16:00 Sampai ke Bandar Zhangjiajie.
17:00 Bas Zhangjiajie ke Bandar Wulingyuan.
17:30 Sampai Bandar Wulingyuan, check in apartment, berehat dan bermalam.
Day 3
08:45 Zhangjiajie Grand Canyon dan Glass Bridge.
16:00 Kembali ke Apartment.
17:00 Bersiar ke Xibu Street Wulingyuan.
Day 4
08:00 Tianmen Mountain.
15:00 Bailong Elevator.
Day 5
Berangkat ke Furong Ancient Village.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/11/taman-negara-zhangjiajie-hunan-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Taman Negara Pulau Pinang Pantai Kerachut

Hiking Taman Negara Pulau Pinang Pantai Kerachut

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 649 hits
HIKING TAMAN NEGARA PULAU PINANG PANTAI KERACHUT Assalamualaikum Hai semua salam sejahtera Alamak sekali macam skima sangat haha Lama tak share personal life dengan pembaca blog El Korang apa khabar El dan sekeluarga sini alhamdulilah sihat...
Gajah Liar Buat Penampilan Khas Sambut Pengunjung Di Taman Negara Thailand

Gajah Liar Buat Penampilan Khas Sambut Pengunjung Di Taman Negara Thailand

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 269 hits
BANGKOK 30 Okt Seekor gajah liar membuat penampilan khas menyambut kedatangan pengunjung di Taman Negara Khao Yai di sini semalam Rakaman foto dan video gajah jantan yang dikenali sebagai Duea 35 kelihatan berjalan di sebelah sebuah kereta ...
Ri Jadi Negara Dengan Reformasi Bisnis Terbanyak Di Asia Timur Kalahkan China

Ri Jadi Negara Dengan Reformasi Bisnis Terbanyak Di Asia Timur Kalahkan China

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 189 hits
Studi Doing Business 2020 dari Grup Bank Dunia menyebut Indonesia merupakan negara terbanyak dalam melakukan reformasi bisnis di Kawasan Asia Timur setelah China
Siaran Tv Digital Myfreeview Beroperasi Sepenuhnya Di Seluruh Negara Pada 31 Oktober

Siaran Tv Digital Myfreeview Beroperasi Sepenuhnya Di Seluruh Negara Pada 31 Oktober

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 267 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Juara Dunia Habis Minyak Pelumba Gp Negara Bantu Tunda

Juara Dunia Habis Minyak Pelumba Gp Negara Bantu Tunda

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 305 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kejuaraan Futsal Aff 2019 Langkah Kiri Buat Skuad Negara

Kejuaraan Futsal Aff 2019 Langkah Kiri Buat Skuad Negara

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 345 hits
Skuad negara memulakan saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 dengan langkah kiri apabila tunduk 2 3 pada pertemuan menentang Indonesia di Stadium Tertutup Pu Tho Ho Chi Minh City sebentar tadi Aksi yang dipamerkan dua negara jiran tetangga ini ...
Sejarah Penting Yang Berlaku Di Negara Kita Pada Bulan Oktober

Sejarah Penting Yang Berlaku Di Negara Kita Pada Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 436 hits
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya baru terbaca dalam blog library saya di mana saya pun dah lupa tentang sejarah yang berlaku pada bulan Oktober dalam negara kita Ada yang tahu tak Kalau ada yang tak tahu jom kita baca apakah yang berlaku...
Visi Malaysia Jelas Menjadi Negara Maju Yang Inklusif Tiada Pihak Yang Ketinggalan

Visi Malaysia Jelas Menjadi Negara Maju Yang Inklusif Tiada Pihak Yang Ketinggalan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 351 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5 Negara Paling Dibenci Di Dunia Kupikupifakta

5 Negara Paling Dibenci Di Dunia Kupikupifakta

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 468 hits
Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat 2 Video Sehari Dapatkan TShirt Rasmi Kupi Kupi GO https borneoonlineshop com kupi kupi go unisex t shirt html Tonton Juga Kupi Kupi Fakta http...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik