Taktikal Bukan Punca Kegagalan Kim Swee


MANILA, 4 Dis (Bernama) — Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan percaturan taktikalnya menggunakan formasi 3-4-3 sebagai punca kegagalan anak buahnya tersingkir awal di peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini.
Beliau berkata sesetengah pihak cuba membangkitkan isu kesilapan taktikal sebagai punca skuad negara kalah 1-3 kepada Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal, di sini, hari ini.
“Apabila kita layak ke peringkat suku akhir (Sukan Asia 2018) dengan menewaskan Korea Selatan, tak ada orang yang mempersoalkan formasi saya, tetapi kenapa mempertikaikan sekarang sedangkan ramai pemain yang sama.
“Jika kita melihat pada formasi, macam-macam formasi yang kita boleh bermain, tetapi kalau kita tidak boleh bermain mengikut kehendak kita, kerana itu keputusan tak menyebelahi kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Keputusan itu menyaksikan Kemboja mengiringi juara kumpulan, Myanmar ke saingan separuh akhir.
Kim Swee menegaskan pencapaian buruk skuad negara pada temasya dwitahunan itu bukan bererti dunia sudah kiamat tetapi sebaliknya beberapa pasukan belasahan di Asia Tenggara sudah menunjukkan peningkatan,
Beliau mengakui skuad negara tidak layak ke saingan separuh akhir berdasarkan prestasi hambar sepanjang kempen kali ini malah menyalahkan tempoh persediaan yang singkat.
“ Kita perlu menerima hakikat ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi kita harus memikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini supaya tidak ketinggalan daripada pasukan ASEAN lain,”  katanya.
Malaysia memulakan kempen dengan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar, sebelum dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Filipina sebelum bangkit menewaskan Timor Leste 4-0.
Keputusan itu menyaksikan episod Sukan SEA 1991 Manila berulang, apabila pada edisi itu juga Malaysia tewas 0-1 kepada Filipina di venue yang sama untuk tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Felix Agustin Gonzalez Dalmas, menyifatkan kejayaan anak buahnya membenam Malaysia sudah dijangkakan dari awal lagi.
“Dari awal lagi, kami yakin dapat menewaskan Malaysia sebagai pasukan yang hebat di rantau ini.
“Saya cukup gembira melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah pemain dengan kemenangan besar ini.  Kami berusaha keras untuk melihat kegembiraan ini. Saya percaya rekod pertemuan dengan Malaysia tidak lagi relevan. Kami perlu teruskan langkah untuk perlawanan seterusnya di separuh akhir,”  katanya.
Felix Agustion, 31, yang merupakan bekas pemain tengah Argentina, dilantik membimbingan skuad B-22 Kemboja pada November tahun lalu dan mula melihat kelibatnya apabila membimbing skuad itu layak ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 , Februari lalu.
Sumber: BERNAMA
The post Taktikal Bukan Punca Kegagalan – Kim Swee appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/05/taktikal-bukan-punca-kegagalan-kim-swee/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Swee Berpisah Dengan Skuad B 22 Negara

Kim Swee Berpisah Dengan Skuad B 22 Negara

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Persatuan Bola Sepak Malaysia mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun negara Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam ketika dihubungi ...
After Sea Games Debacle Fam Shows Kim Swee The Door

After Sea Games Debacle Fam Shows Kim Swee The Door

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 315 hits
Ong Kim Swee MANILA It may now seem like a dampener to his birthday plans next week but for national under 23 squad head coach Datuk Ong Kim Swee the Football Association of Malaysia s decision not to renew his contract was to be expected A...
Kim Swee Terima Tak Disambung Kontrak Dengan Hati Terbuka

Kim Swee Terima Tak Disambung Kontrak Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 213 hits
MAAYSIAKINI Ketua jurulatih pasukan Bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk tidak menyambung kontraknya dengan hati terbuka Kim Swee yang mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini di...
Kim Swee Pertahan Formasi

Kim Swee Pertahan Formasi

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 276 hits
KENAPA baru sekarang nak pertikai formasi kita Itu jawapan pengendali skuad bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee apabila ditanya mengenai formasi 3 4 3 menjadi punca kegagalan pasukan menyerlah di Sukan Sea 2019 Filipina Jelas Kim Swee ...
Salah Ong Kim Swee

Salah Ong Kim Swee

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 294 hits
SEMUA SALAH ONG KIM SWEE hahaha aku duk bincang dengan bini nampak skuadkalini tak cukup DISIPLIN OKS tak upgrade coaching skill masih sama dari dulu zaman 2011 ada player yang power zaman berubah cepat semua dah berubah dengan cepat tunggu...
Kim Swee Rehatkan Safawi Keputusan Berat

Kim Swee Rehatkan Safawi Keputusan Berat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 388 hits
MALAYSIAKINIKetua jurulatih skuad Bawah 22 tahun negara Ong Kim Swee membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini Beliau berkat...
Contoh Lain Kegagalan Pendidikan Dasar

Contoh Lain Kegagalan Pendidikan Dasar

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 409 hits
Masih saja ada orang yang menganggap orang keturunan Cina itu sebagai orang yang menumpang hidup di Indonesia Lebih lucu lagi yang non muslim juga diperlakukan begitu Ini sebenarnya soal kegagalan orang itu memahami pengetahuan dasar tentan...
Kim Kardashian Selebriti Paling Dicari Di Laman Web Yahoo

Kim Kardashian Selebriti Paling Dicari Di Laman Web Yahoo

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 289 hits
Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan item yang paling dicari manakala selebriti Kim Kardashian dari AS ialah orang paling dicari di Yahoo untuk tahun ini kata enjin carian internet berkenaan semalam Perkataan pilihan raya mengun...
Ucapan Donald Trump Di Ktt Nato Bikin Kesal Kim Jong Un

Ucapan Donald Trump Di Ktt Nato Bikin Kesal Kim Jong Un

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 262 hits
Selasa lalu dalam sebuah pertemuan Trump mengatakan dia memiliki hubungan yang sangat bagus dengan Kim Jong un namun dia mengingatkan AS memiliki militer yang paling kuat sehingga jangan diprovokasi Dia mengucapkan hal tersebut saat membaha...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital