Taktik Licik Pembunuh Bersiri Wanita Pertama Korea Selatan Menyerang Mangsa Tanpa Menyentuh Mereka
Lagi kes pembunuhan yang berlaku di Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN
Terlampau Obses Dengan Cinta, Lelaki Ini Tikam Bekas Teman Wanita Kerana Terlalu Sayang
Antara 1986 dan 1988, Kim Sun-ja membunuh lima orang, semuanya di tempat awam, dan tidak ditangkap sehingga sebulan selepas pembunuhan mangsa terakhirnya.
Kronologi Pembunuhan 5 Mangsa
Kim Gyehwan
Mangsa pertamanya ialah kawannya sendiri yang bernama Kim Gye-hwan. Dia telah mengajak kawannya itu ke sauna untuk meluangkan masa dan mandi bersama-sama pada 31 Oktober 1986.
Di bilik persalinan wanita, Kim Sun-ja menghulurkan minuman kesihatan kepada rakannya, dan Kim Gye-jwan terus minum tanpa berfikir panjang. Tidak lama selepas itu, perutnya mula kejang dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas dia rebah, dia dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Pada masa itu, bedah siasat adalah tabu dalam masyarakat Korea, kerana orang percaya bahawa kematian adalah pasti. Jadi, punca kematian Kim Gye-hwan kekal misteri. Dalam pada masa yang sama, polis menyedari bahawa barang kemasnya hilang tetapi tidak menjumpai sebarang bukti yang menunjukan dia dibunuh.
Jeon Soonja
Pada April 1987, Kim Sun-ja meminta rakan lain, Jeon Soon-ja, untuk menemaninya ke Yeongdeungpo. Dia memberitahu Jeon Soon-ja bahawa seorang peminjam wang sepatutnya menemuinya di sana untuk memulangkan semula sedikit wang. Dia memberi jaminan bahawa sebaik sahaja dia mendapat semula wang itu, dia akan memberi upah kepada Jeon Soon-ja.
Dalam perjalanan ke destinasi, Kim Sun-ja menghulurkan minuman ubat kepada rakannya di dalam bas. Tidak lama selepas meminumnya, Jeon Soon-ja mengadu ada sesuatu tidak kena dengan minumannya tadi. Dia rebah dari tempat duduknya dan dibawa ke hospital, dan telah disahkan meninggal dunia.
Kim Soonja
Pada tahun 1988, Kim Sun-ja pergi ke rakannya yang lain, Kim Soon-ja di mana dia pernah meminjam wang dari wanita ini dan memintanya pergi ke kedai kopi bersaman. Dia mengulangi modus operandi yang sama seperti mangsa sebelumnya mengatakan bahawa dia sepatutnya bertemu dengan penghutang di sana yang akan membayar balik pinjaman, dan sebaik sahaja dia mendapat wang itu, dia juga akan membayar balik 1.20 juta KRW (RM4,300) yang dipinjamnya daripada kawan ini.
Rakannya itu bersetuju, tetapi apabila mereka tiba di tempat kejadian penghutang tidak muncul. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Kim Sun-ja menawarkan rakannya satu minuman. Dia hanya mengambil beberapa teguk sebelum dia mula muntah. Kim Sun-ja mencadangkan agar dia meminumnya lagi untuk berasa lebih baik tetapi rakannya berasa curiga dan memutuskan untuk pulang sendirian.
Tidak lama selepas itu, Kim Sun-ja mengunjungi rumahnya untuk bertanya khabar tentang kesihatannya dan juga membayar hutangnya. Jadi, sebarang syak wasangka rakannya tentang dia hilang dengan cepat.
Bunuh bapa sendiri
Pada 27 Mac 1988, Kim Sun Ja menemani bapanya yang berusia 73 tahun menaiki bas dari bandar untuk pulang ke rumah selepas dia melawat beberapa saudara mara. Di dalam bas, dia menghulurkan minuman kepada bapanya selepas itu mangsa terus rebah.
Apabila dia dibawa ke hospital, doktor tidak dapat menyelamatkannya. Selepas kematian bapanya, Kim Sun-a meminta untuk membakar jasad bapanya dengan segera dan tidak ada siasatan apa-apa dilakukan kepada mangsa.
Bunuh adik perempuan sendiri
Sebulan kemudian, dia sedang menunggu di stesen bas Hwayangdong bersama adik perempuannya dan gunakan taktik sama dengan memberi minuman ‘kesihatan’ kepadanya.
Seperti kebanyakan mangsa sebelum ini, Kim Sun-ja juga berhutang wang daripada adiknya itu. Adiknya minum minuman itu dan rebah di dalam bas. Semasa dia dibawa keluar dari bas, Kim Sun-ja mengambil peluang untuk melarikan diri dengan beg tangan dan barang kemas milik mangsa.
Mangsa terakhir Son Siwon
Bagaimanapun, kali ini ahli keluarga Son Si-won bersetuju untuk membuat bedah siasat, dan didapati dia telah meninggal dunia akibat keracunan sianida. Polis kemudian membedah siasat kesemua mangsa sebelum ini dan mendapati mereka semua mati dengan cara yang sama.
Ini adalah bukti yang cukup untuk menangkap Kim Sun-ja untuk disoal siasat, tetapi mereka perlu mencari bukti yang lebih kukuh untuk membuka kes terhadap suspek. Apabila pihak berkuasa menggeledah rumah Kim Sun-ja, mereka menemui barang kemas dan wang tunai yang dicuri.
Apabila seorang pegawai pergi ke tandas di rumahnya, dia perasan bahawa terdapat racun sianida. Apabila dia memasukkan jarinya ke dalam, dia mendapati segumpal sianida dibalut dengan beberapa surat khabar.
Latar belakang suspek
Dilahirkan pada tahun 1939, Kim Sun-ja menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Suaminya adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga, tetapi pendapatannya yang sederhana sebagai pelukis tidak mencukupi untuk memuaskannya.
Menurut orang yang mengenali Kim Sun-ja, dia ketagih berjudi dan suka melawat kabaret. Jadi, dia mengambil memilih untuk menggunakan jalan pintas mendapatkan duit demi memuaskan kemahuannya.
Hukuman
Polis telah mengumpul bukti yang mencukupi untuk membuktikan bahawa Kim Sun-ja adalah dalang di sebalik semua kematian yang mencurigakan ini dan dia membunuh mangsanya dengan memberi minuman mereka dengan sianida.
Walaupun dia terus menafikan semua pertuduhan, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman mati pada tahun 1989. Dia telah dihukum bunuh di penjara Daejon pada Oktober 1997. Dia adalah salah seorang daripada 23 penjenayah ganas yang dihukum bunuh pada hari itu di seluruh negara itu,
Dahsyat betul kes pembunuhan ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Taktik Licik, Pembunuh Bersiri Wanita Pertama Korea Selatan Menyerang Mangsa Tanpa Menyentuh Mereka first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/taktik-licik-pembunuh-bersiri-wanita-pertama-korea-selatan-menyerang-mangsa-tanpa-menyentuh-mereka/