Tak Usahlah Nak Jadi Macai Hingga Ketahap Mahacai
Sampai Bila Orang Melayu Mahu Berhenti Berpolitk
Anak muda!, selesakah kamu dengan keadaan sekarang?.
Kamu anak muda Melayu di ajar bersyukur atas segala nikmat,' iya !, kamu dan aku patut bersyukur.
Ingatlah rungutan kos sara hidup tinggi, harga barang keperluan harian meningkat harga tidak dapat di elakkan biarpun parti mana memerintah.
Mungkin ramai tak percaya, sejak manusia pertama hingga manusia terakhir, harga apa sahaja barang tetap meningkat selagi tidak kiamat.
Sibuk berpolitik, ada tanah sekakang kera dibiarkan terbiar, tiada cara ikhtiar untuk majukan, lama-lama jual.
Pinjam AIM, TEKUN beli motor kereta yang akhirnya jadi besi buruk.
Maju tidak juga, poket tetap kering, ada motor sebuah dah bangga, kerja buat ala kadar, cukup-cukup makan.
Bukan nak puji bangsa lain, ada lesen ada kereta, jarang-jarang ada motor, kalau ada pun untuk keliling kampung, atau kawasan perumahan.
Berpolitik dok salahkan DAP, BERSATU, PKR, PAS, AMANAH, UMNO, MCA, MIC etc.
Berbual politik 24 jam, kerja 8 jam pula asyik nak balik awal, datang kerja pula nak lambat.
Ingatlah, berpolitik tidak memberi untung pada poket kamu dan aku, kalau ada pun cukup bayar secawan air.
Pemimpin atas bukan sahaja jutawaan harta, bulan-bulan juga besar masuknya. Kamu dapat apa?.
Kononya demi negara dan segala macam lagi, seolah-olah bulan dan bintang pun kamu nak capai, sedangkan nak bayar minum pun harap kawan-kawan.
Baikilah ekonomi, perkukuhlah tulang empat kerat untuk diri dan keluarga kamu dari menyibukkan diri untuk poket orang lain.
Musim Pilihan Raya Umum, pangkah lah apa yang kamu suka.
Parti mana pun memerintah, pembangunan negara di pertanggung jawap keatas pemimpin parti kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat.
Jika pemerintah tidak berjaya, tukarlah pemerintah dari parti lain.
Tak usahlah nak jadi macai hingga ketahap mahacai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kakipalu.blogspot.com/2019/12/tak-usahlah-nak-jadi-macai-hingga.html