Tak Semestinya Bayi Sembelit Walaupun Tak Buang Air Besar Beberapa Hari Ini Sebabnya


Anda risau bayi sembelit walaupun hanya minum susu ibu sahaja? Tak pasti bayi bermasalah atau tidak kerana tidak tahu tanda bayi sembelit?

Jika ini yang kerap anda fikirkan, mari lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.
Ia mungkin boleh membantu menjawab persoalan yang berlegar dalam fikiran anda.
Adakah sembelit mudah berlaku walaupun bayi hanya minum susu ibu?
bayi sembelit
Susu ibu yang diminum oleh bayi sebenarnya amat mudah untuk dicerna.
Bahkan, susu ibu juga dianggap sebagai julap semula jadi kerana sifatnya yang mudah dicerna atau dihadam. Oleh sebab itu, sangat jarang bayi yang hanya minum susu ibu untuk mendapat sembelit.
Tetapi ia tidak bermakna kes seperti ini tidak terjadi walaupun bayi hanya minum susu ibu.
Masalah sembelit juga kerap berlaku pada bayi yang diberikan makanan lain selain susu ibu seperti susu formula dan bijirin bayi.
Tanda bayi sembelit yang ibu-ibu perlu tahu!
Perkara pertama yang ibu-ibu perlu ingat adalah kekerapan bayi membuang air besar bukanlah satu kayu ukur yang tepat jika si manja mengalami sembelit atau tidak.
Begitu juga jika anda ingin melihat sekiranya bayi anda meneran ketika membuang air besar atau tidak. Meneran tidak semestinya bermaksud si manja mengalami masalah untuk mengeluarkan najis.
Bayi meneran kerana mereka menggunakan otot abdomen untuk membantu mereka mengeluarkan najis.
Petunjuk yang lebih tepat untuk menentukan sekiranya bayi anda alami sembelit ataupun tidak adalah seperti berikut:
-Bayi mempunyai perut yang tegang, ketat dan buncit
-Keluarnya najis bayi yang keras
-Bayi meneran dan menangis ketika membuang air besar
-Bayi tidak mahu disuapkan susu
-Najis keras dan berdarah
Punca-punca sembelit pada bayi
Biasanya, bayi tidak akan mengalami kesukaran membuang air besar jika hanya minum susu ibu.
Bayi akan sukar membuang air besar sekiranya telah disuapkan dengan makanan pepejal lain apabila si manja memasuki 6 bulan.
Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah seperti ini ialah:
Bijirin beras: beras mempunyai sifat menyerap air yang terdapat dalam usus, yang kemudiannya menyebabkan najis menjadi keras. Oleh itu, cuba gantikan dengan jenis bijirin lain seperti oat atau barli
Susu lembu: susu lembu seperti susu formula juga boleh menyebabkan bayi anda mengalami sembelit
Buah pisang: buah pisang juga boleh menyebabkan masalah membuang air besar pada bayi. Jika anda ingin memberikan pisang pada bayi anda, kisarkannya sehingga menjadi halus untuk dijadikan puri pisang
Kurang minum air: cuba untuk kerap menyusukan anak anda sebelum mula menyuapkan makanan pepejal kepada mereka. Kandungan cecair yang mencukupi dalam tubuh bayi boleh membantu memudahkan bayi untuk mengeluarkan najis
Sakit: sebagai contoh, apabila bayi anda mengalami selesema, ia boleh mengurangkan selera makan bayi anda. Apabila hidungnya tersumbat, maka bayi akan berasa tidak selesa dan kurang menyusu. Kurang susu bermakna kurangnya cecair dalam tubuh sehingga boleh menyebabkan sembelit berlaku
Tekanan: percaya atau tidak, bayi juga akan sukar membuang air besar jika dia mengalami tekanan akibat ketidakselesaan yang dialaminya.
Ini termasuklah jika anda membawa si manja pergi melancong atau berada dalam persekitaran yang panas
Saya risau sebab bayi saya tidak buang air besar dengan kerap!
Kekerapan buang air besar bukanlah satu petunjuk yang tepat untuk menentukan sama ada si manja mengalami sembelit atau tidak.
Ibu bapa tidak perlu risau jika bayi tidak membuang air besar dalam beberapa hari.
Asalkan bayi anda masih dapat kentut atau membuang angin, selain membuang najis yang lembut selepas beberapa hari.

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
Walaupun susu ibu tidak mengandungi kandungan serat, namun ia mengandungi kandungan prebiotik yang banyak. Prebiotik ini sangat baik untuk tubuh badan bayi terutamanya untuk usus bayi.
Prebiotik bertindak agar usus bayi dapat berfungsi dengan baik dan juga lancar yang membantu bayi untuk membuang air besar tanpa sebarang masalah seperti sembelit.
Oleh itu, walaupun si manja mungkin tidak kerap membuang air besar, tetapi dia sebenarnya sihat dan tidak mengalami sembelit seperti yang anda risaukan.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Semestinya Bayi Sembelit Walaupun Tak Buang Air Besar Beberapa Hari, Ini Sebabnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-semestinya-bayi-sembelit-walaupun-tak-buang-air-besar-beberapa-hari-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Hanya Sempat Hamil Beberapa Hari Alami Keguguran Yatt Hamzah Redha Dengan Takdir Allah Swt

Hiburan Saya Hanya Sempat Hamil Beberapa Hari Alami Keguguran Yatt Hamzah Redha Dengan Takdir Allah Swt

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 341 hits
Pelakon Yatt Hamzah baru baru ini telah mengalami keguguran anak ke limanya pada petang Selasa yang lalu selepas mengadu sakit cirit birit Dia yang menzahirkan perasaan sedih itu di ruangan Instagram akui telah redha dengan nasib dan takdir...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 660 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Cegah Penyakit Termasuk Covid 19

Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Cegah Penyakit Termasuk Covid 19

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 309 hits
Pelakon Bollywood dan juga pengasas permainan FAU G Akshay Kumar tanpa segan silu mendedahkan dirinya mengamalkan minum air kencing lembu setiap hari kerana percaya bahawa amalan itu mempunyai manfaat terhadap kesihatan termasuk melawan wab...
Sampai Hati Ibu Buang Bayi Yang Tak Berdosa

Sampai Hati Ibu Buang Bayi Yang Tak Berdosa

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 232 hits
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tanpa pakaian dibuang di tepi jalan Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata bayi berkenaan ditemui oleh orang awam pada jam 2 petang yang kemudian me...
Pasang Besar Lima Kawasan Kuala Selangor Dinaiki Air

Pasang Besar Lima Kawasan Kuala Selangor Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 301 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS AIR laut melimpah di Pantai Kelanang Selangor akibat fenomena air pasang besar KUALA SELANGOR Lima kawasan di daerah ini mencatat paras air melebihi had kebiasaan berikutan fenomena air pasang Penolong Pengarah Operas...
Bayi Perempuan Tujuh Hari Putus Tangan Digigit Anjing Peliharaan Ahli Keluarga

Bayi Perempuan Tujuh Hari Putus Tangan Digigit Anjing Peliharaan Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 451 hits
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID BAKA anjing Plott Hound adalah jenis anjing pemburu bau berasal dari Jerman Gambar hiasan MELAKA Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya di B...
Tangan Bayi 7 Hari Putus Digigit Anjing

Tangan Bayi 7 Hari Putus Digigit Anjing

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 456 hits
MELAKA Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan keluarganya di Bachang di sini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata kejadian jam 8 30 pa...
Waspada Risiko Fenomena Air Pasang Besar Mulai 19 September

Waspada Risiko Fenomena Air Pasang Besar Mulai 19 September

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 10 SEPT Pantai dari daerah Sabak Bernam hingga Sepang diramal mengalami fenomena air pasang besar mulai bulan ini hingga November Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm