Tak Praktikal Mydin Mall Beroperasi Sebahagian


Wartawan MalaysiaGazette Ameer Ali Mydin  
KUALA LUMPUR – Mydin Mall bukan sebuah gedung beli-belah, sebaliknya ia beroperasi sebagai sebuah pasar raya.

Berikutan itu, pihak pengurusan sukar untuk menutup mana-mana bahagian, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Ia kerana Mydin Mall menjual pelbagai keperluan pengguna di setiap tingkat pasar rayanya.

Misalnya, tingkat satu di Mydin Mall cawangan Selayang menempatkan makanan.

Manakala tingkat kedua pula menempatkan pelbagai barangan kegunaan seperti sabun, lampin pakai buang, sanitari dan sebagainya.

Tingkat tiga pula ada pakaian, kasut, serta keperluan lain seperti kelengkapan kain kafan.

”Jadi bagaimana saya hendak menutup salah satu tingkat memandangkan semua tingkat menawarkan keperluan utama pengguna,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kenyataan itu dibuat selepas Mydin Mall membuka semua tingkat pasar rayanya, sedangkan mengikut pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan hanya membenarkan bahagian menjual keperluan makanan sahaja dibuka.

Perintah itu berkuatkuasa sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Menurut Ameer lagi, jika salah satunya ditutup sudah pasti menimbulkan masalah kepada orang ramai yang mahu membeli keperluan asas dalam keadaan genting sekarang.

“Kalau saya buka tingkat bawah yang menjual makanan sahaja, bagaimana pembeli mahu mendapatkan susu bayi dan kanak-kanak di bahagian atas?

”Begitu juga bagaimana jika ada pengguna yang mahu mendapatkan kain kafan yang dijual di tingkat pakaian jika tingkat ini tidak dibuka, sedangkan ia juga barang keperluan,” kata beliau lagi.

Oleh sebab itu, katanya, adalah tidak praktikal bagi Mydin Mall menutup tingkat tertentu sahaja.

Mengulas lanjut, Ameer meminta kerajaan supaya lebih praktikal dan fleksibel berhubung keperluan pengguna khususnya dalam keadaan seperti hari ini.

”Kalau gedung beli-belah mungkin tidak ada masalah tetapi operasi Mydin Mall adalah sebuah pasar raya,” ujar beliau.

Malah, beliau menambah, dalam keadaan semasa, Mydin Mall dibuka awal setengah jam untuk membolehkan golongan warga emas dan kurang upaya membeli barangan dalam keadaan lebih selesa.

Selain itu, pasar raya berkenaan turut mengamalkan penjarakkan sosial dalam usaha bersama mengekang penularan koronavirus.

”Walaupun dalam keadaan sekarang kami berniaga tetapi perniagaan tetap dijalankan secara berhati-hati.

”Disebabkan itu, kami turut meminta promoter-promoter barangan bekerja supaya dapat bekerjasama memudahkan orang ramai yang datang membeli dalam keadaan cepat,” tambahnya. – MalaysiaGazette
 *  Kenapa ada pasar raya besar beroperasi macam biasa?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/tak-praktikal-mydin-mall-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai Besok Krl Hanya Beroperasi Dari Pukul 06 00 Hingga 20 00 Wib

Mulai Besok Krl Hanya Beroperasi Dari Pukul 06 00 Hingga 20 00 Wib

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 326 hits
PT Kereta Commuter Indonesia akan melakukan penyesuaian jam operasional KRL Commuter Line mulai besok Senin guna mencegah penyebaran virus corona Nantinya KRL hanya beroperasi mulai pukul 06 00 hingga 20 00 WIB yang akan berlaku hingga dua ...
Jika Pengguna Tak Patuhi Social Distancing Dpr Sarankan Krl Setop Beroperasi

Jika Pengguna Tak Patuhi Social Distancing Dpr Sarankan Krl Setop Beroperasi

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 278 hits
Politikus PDIP ini mengatakan penyebaran Covid 19 kian meluas Hal ini mesti ditanggapi dengan baik oleh semua elemen bangsa Termasuk operator angkutan umum Dia bahkan menyatakan bahwa opsi menghentikan operasi transportasi sudah selaiknya d...
Wisma Atlet Jadi Rs Darurat Penanganan Covid 19 Beroperasi Mulai Besok

Wisma Atlet Jadi Rs Darurat Penanganan Covid 19 Beroperasi Mulai Besok

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 237 hits
Ada tiga komponen utama pekerjaan yang dilakukan di kawasan Wisma Atlet Tiga komponen itu meliputi pembersihan modifikasi di sejumlah bagian bangunan dan instalasi alat kesehatan
Pembangunan Rs Khusus Covid 19 Di Pulau Galang Sudah 80 Beroperasi 28 Maret

Pembangunan Rs Khusus Covid 19 Di Pulau Galang Sudah 80 Beroperasi 28 Maret

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 148 hits
Sejumlah komponen pendukung dasar seperti pasokan listrik dan air untuk fasilitas kesehatan tersebut sudah siap 100 persen
Grabfood Akan Beroperasi Terhad Dari 7 Pagi Ke 12 Tengah Malam Bermula 21 Mac 2020

Grabfood Akan Beroperasi Terhad Dari 7 Pagi Ke 12 Tengah Malam Bermula 21 Mac 2020

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 308 hits
Grab hari ini telah mengumumkan perubahan waktu operasi GrabFood bermula 21 Mac 2020 ini Sekiranya sebelum ini anda boleh membuat tempahan pada bila bila masa bermula 21 Mac 2020 tempahan GrabFood akan terhad antara 7 pagi sehingga 12 tenga...
Ingin Kurangkan Pergerakan Umum 7 Eleven Kini Beroperasi Dari Jam 7 Pagi Hingga 11 Malam Sahaja

Ingin Kurangkan Pergerakan Umum 7 Eleven Kini Beroperasi Dari Jam 7 Pagi Hingga 11 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 721 hits
KUALA LUMPUR Kedai serbaneka 24 jam 7 Eleven akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020 seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 7 Eleven Malaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebo...
Semua Kedai Di Perak Termasuk Stesen Minyak Akan Beroperasi 12 Jam

Semua Kedai Di Perak Termasuk Stesen Minyak Akan Beroperasi 12 Jam

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 292 hits
Bagi mengurangkan risiko wabak covid 19 bermula hari ini semua premis kedai makanan dan termasuklah yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu diseluruh Perak akan beroperasi selama 12 jam iaitu mulai 7 pagi hingga 7 malam Semasa Menteri Besa...
Bas Awam Boleh Beroperasi Maksimum 9 Jam

Bas Awam Boleh Beroperasi Maksimum 9 Jam

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 348 hits
Bas awam hanya boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam PUTRAJAYA Kerajaan mengumumkan bas awam hanya dibenarkan beroperasi dalam 2 syif dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam pada hari beker...
Lagi Kes Covid 19 Di Kl Kali Ni Dalam Mall Pula Sebuah Premis Ditutup Sementara

Lagi Kes Covid 19 Di Kl Kali Ni Dalam Mall Pula Sebuah Premis Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 522 hits
Pusat beli belah di Melawati Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mensanitasikan sebuah tapak perniagaan yang ada di situ kerana terdapat pengunjungnya yang positif COVID 19 pergi ke sana Pihak pusat beli belah terba...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration

Tidak Mahu Anak Belajar Di Sbp Biar Pun Saya Produk Sbp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Quick Beef Brisket Bbq Recipe Gas Grill

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya