Tak Pernah Saya Merasai Ramadhan Sesempit Ini


The Reporter


Ketika kita sedang menikmati hidangan yang enak di bulan Ramadhan, mereka menanggung derita. Ketika anak-anak kecil kita sedang gembira menyambut Ramadhan, bermain bunga api dan mercun, anak-anak mereka menangis kesakitan dan kehilangan insan tersayang kerana kekejaman Israel mengebom kediaman. Gaza, sahur di dunia, berbuka di akhirat

Kekejaman zionis membuatkan mereka hilang segalanya. Seperti yang dikongsikan oleh sukarelawan ini, penduduk Gaza amat memerlukan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Walau hanya meneguk seteguk minuman dan sesuap makanan, itu sudah membuat mereka mengerti dan tersenyum, mereka tidak keseorangan

MONOLOG RAMADHAN DARI BUMI GAZA
Sejak 6 tahun berada di Gaza, tak pernah saya merasai Ramadhan sesempit ini. Cahaya Ramadhan seperti hilang, serinya sudah tidak ada

Kalau beberapa tahun sebelum ini, setiap kali menjelang Ramadhan, seluruh bandar akan hidup dengan lampu yang dihias indah, anak-anak yang bermain di buaian ‘khas’ yang dipasang setiap kali bulan ini menjelang dan peniaga ‘qatayef’ dan minuman memenuhi jalanan mencari rezki. 
Sesekali anak muda membakar mercun, mengingatkan saya kepada kemeriahan bulan ini disambut di kampung-kampung kita di Malaysia. Tetapi tahun ini hambar

Ramadhan dimulakan dengan letupan bom dan dentuman roket. Anak-anak takut untuk keluar meninggalkan rumah. Para peniaga malas membuka kedai kerana tahu penduduk tidak punya wang pun untuk membeli makanan bukan asasi seperti kuih dan air berwarna-warni

Sebab itulah tarawih malam pertama di Masjid Amin Muhammad itu terasa cukup sayu. Seolah-olah aura munajat sang hamba yang takut, pasrah dan berharap, bergantungan di udara – kuatnya sampai hampir dapat dihidu

Manakan tidak, setiap minit masjid bergegar dengan letupan roket pesawat F16 milik Zionis yang mensasarkan kawasan-kawasan berdekatan. 
Manakan tidak, masjid tempat kami menunaikan solat setiap kali perang akan menjadi sasaran wajib Zionis

Manakan tidak, kami tidak perlu memaksa khusyuk seolah-olah ia pengabdian yang terakhir kepada Allah, kerana realiti ia benar-benar menjadi dua rakaat yang terakhir sangat dekat

Tetapi pelik, masjid tetap penuh sehingga melimpah ke luar. Seakan-akan penduduk berkata, kalau malam ini malamku yang terakhir di bumi ribat, kalau malam ini nyawaku dicabut, baguslah di sini aku bersemadi di balik timbunan runtuhan masjid

Esoknya saya keluar menziarahi tempat-tempat yang telah dibom semalam. Penduduk berkumpul, menepuk bahu satu sama lain, mengucapkan Alhamdulillah kerana engkau masih selamat. Tidak ada senyuman, tidak ada gelak ketawa

Bagaimana hendak tersenyum apabila puluhan keluarga terbuang ke jalan raya setelah kehilangan tempat tinggal? Bagaimana hendak ketawa dan berjenaka apabila ada peniaga yang harta mereka bernilai jutaan dollar dimusnahkan setiap masa

Hei Zionis celaka!
Kau tahukah keluarga-keluarga ini mengumpul duit berpuluh tahun supaya dapat membeli rumah tempat melindungi anak-anak dan keluarga? Kau tahukah bergenerasi para peniaga ini membanting-tulang untuk mampu hidup senang

Tahukah kalian, ada peniaga yang baru sahaja siap menyusun pakaian bernilai 70 ribu dollar untuk dijual mendekati Hari Raya, tetapi tak lama selepas beliau meninggalkan kedai setelah sehari bekerja, ia dibom dan segala penat-lelahnya menjadi abu berterbangan dalam sekelip mata

Sebab itu sumbangan kalian penting. Ia bukan semata isu memberi makan, bukan juga isu menyarung pakaian. Ia isu memberikan HARAPAN dan KEKUATAN, tatkala seluruh dunia meninggalkan mereka keseorangan

Setiap kali Lori Kebajikan kami sampai ke satu-satu kawasan, ia diserbu puluhan penduduk walaupun pek makanan yang kami bawa sangat terhad dan terbatas

Setiap kali kami mengagih juadah berbuka puasa, anak-anak kecil ini akan tersenyum kegirangan kerana akhirnya akan dapat menikmati ayam setelah lama kempunan

Demi Allah, baru semalam saya menziarahi sebuah keluarga yang memanaskan juadah yang sama sejak hari pertama untuk dibuat berbuka pada hari ketiga

Demi Allah baru semalam saya menyampaikan bantuan sewa rumah kepada keluarga dan ahli keluarga menangis teresak-esak kerana masih ada yang punya belas kasihan di dalam jiwa

Demi Allah, baru semalam saya bertemu pasangan suami isteri yang setiap hari bergaduh dan bertelagah kerana tidak ada makanan untuk disuap ke mulut anak yang diuji kecacatan dan kanser

Kegilaan apakah ini? Dunia apakah yang sedang kita diami

Lihatlah ke meja makan kalian di waktu berbuka yang penuh dengan 1001 juadah berbeza! Tidakkah kita berdosa apabila ada umat yang lemah tidak berdaya untuk bangun beribadah sedang kita lemah melangkah ke tarawih kerana kekenyangan

Kezaliman apakah ini, apabila ramainya umat Islam yang ada, tetapi masih ada yang terpaksa tidur dalam keadaan lapar dan dahaga! Saudaraku yang dikasihi, kami akan terus mengorak langkah dengan gagah. 
Biarpun kami terpaksa membeli pek makanan dengan berhutang dan membayarnya sedikit demi sedikit, kami akan terus melangkah. Biarpun kami terpaksa menjual harta yang tak seberapa demi membelikan anak kecil miskin susu dan lampin, kami akan terus melangkah. Biarpun kami terpaksa menyuap makanan ke mulut anak kecil, di waktu perut sendiri berkeroncong, kami akan terus melangkah

Allah menyaksikan bagaimana kami melaksanakan projek untuk penduduk sejak awal pagi sehinggalah sejam atau setengah jam sebelum berbuka, balik berjumpa keluarga dalam keadaan lemah-longlai dan tidak bermaya

Dan kalau kalian, punya rasa belas kasihan yang sama, kami merayu supaya kalian bergerak bersama-sama. Sebahagian harta kita adalah hak umat yang mahu kenyang. Sebahagian doa kita adalah hak umat yang mahu senang

Untuk kami di Persatuan Cinta Gaza Malaysia, kami mensasarkan kutipan sumbangan Ramadhan sebanyak RM2 juta

Ia nampak besar, tetapi janji saya, setelah Ramadhan tidak akan ada yang berbaki di dalam akaun bank NGO, melainkan yang akan digunakan untuk projek jangka panjang peluang pekerjaan dan biasiswa pendidikan. Malah, kalian akan tahu setiap sen ke mana akan digunakan

Kami hanya laluan untuk kalian menyuap makan ke mulut anak Palestin yang memerlukan, kami hanya jambatan untuk kalian pijak agar sampai ke syurga idaman

Salurkan sambungan kalian ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia,
Maybank 5648 1050 7826Maybank 5648 1050 7826Maybank 5648 1050 7826
Dan biarkan airmata menitis, agar ia menjadi saksi hati yang masih belum mati di bulan peduli ummah ini. Pohon dikongsikan seluasnya

Nadir Al-Nuri,Gaza,4 Ramadhan
Sumber: Nadir Al-Nuri

May 11, 2019 at 10:59AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/05/tak-pernah-saya-merasai-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Ini Kematian Ayah Di Bulan Ramadhan

Anak Ini Kematian Ayah Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 424 hits
Pelajar baru dari Kelantan Ayahnya telah kembali ke rahmatillah di bulan Ramadhan 2011 Semoga Allah merahmati arwah dgn pahala yg besar Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Bila datang bulan Ramadhan pintu pintu syurga dibuka pintu pin...
Tafsir Ayat Puasa Akhirnya Dibolehkan Hubungan Intim Di Malam Hari Ramadhan

Tafsir Ayat Puasa Akhirnya Dibolehkan Hubungan Intim Di Malam Hari Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 435 hits
Akhirnya dibolehkan hubungan intim pada malam hari Ramadhan setelah sebelumnya dilarang sebagaimana dijelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 187 yang dibahas kali ini Posting ditampilkan lebih awal di
Mikhail Berpuasa Hari Pertama Ramadhan Alhamdulillah Cemerlang Dengan Jayanya

Mikhail Berpuasa Hari Pertama Ramadhan Alhamdulillah Cemerlang Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 414 hits
Hi semua Semalam 1 Ramadhan berjaya juga anak teruna saya ni berpuasa Tak banyak karenah sebab dia pun bukan jenis suka makan sangat pun Hari hari nak paksa makan pun payah jadi bila masuk bulan puasa mudah pulak nak menguruskan nya Jam 5 p...
Iftar 1st Day Ramadhan 1440h

Iftar 1st Day Ramadhan 1440h

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 412 hits
Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 2semuga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah dibulan kemuliaan ini mangga harum manis yang sangat manissss dan red grapes yang besar2 dan crunchy macam tahun lepas jugak kak rose nak...
Simple Je Menu Berbuka Sa Ramadhan Pertama

Simple Je Menu Berbuka Sa Ramadhan Pertama

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 464 hits
Hi korang Alhamdulillah semalam SA berjaya mengharungi moment puasa pertama dengan jayanya syukur ke hadrat allah s w t sebak rasa rasa hati semalam sebab berjaya puasa SA menjangkakan yang SA bakal kecundang sebab SA menghidap gastrik Tapi...
Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua

Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 556 hits
AssalamualaikumPagi Semua Selamat menyambut Ramadhan penuh Barokah buat semua Moga kita semua mengejar pahala selagi mampu Niat dan berazam khatam Al Quran Ramadhan ni jom Terlalu letih agaknya mak call pukul 4 30 kejut kan sahur memang LM ...
Wajib Ada Stok Spageti Segera Master Pasto Di Bulan Ramadhan

Wajib Ada Stok Spageti Segera Master Pasto Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 390 hits
Hah bukan mee je segera tapi spageti pun ada hokay Tiga minit je tara sedia untuk dimakan Bukan sahaja senang untuk disediakan tapi sedap macam anda makan spageti di restoren western tu Inilah dia spageti segera Master Pasto Sedia untuk dim...
Ramadhan Santuni 1 000 Umat Islam Di Kemboja Mana Ph

Ramadhan Santuni 1 000 Umat Islam Di Kemboja Mana Ph

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 305 hits
MUSTAPHA AHMAD bersama dengan sebahagian daripada penduduk umat Islam di Kemboja ketika menyerahkan sumbangan keperluan harian sempena Ramadan tahun ini UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 6 Mei Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa menyantuni lebih...
Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Resipi Kek Pandan Layer

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha

Lirik Sayang Sampai Mati Repvblik

10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

Limau Mandarin Buah Kegemaranku

Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos