Lantaran itu, atas nasihat Ramkarpal Singh, Anwar akhirnya setuju untuk tidak meneruskan saman kerana matlamat untuk membersihkan namanya sudah pun tercapai serta tiada keperluan tindakan dua kali untuk tujuan itu.“Justeru, tidak ada lagi keperluan memfailkan saman fitnah yang akan mengambil banyak masa serta membabitkan kos tidak perlu,” kata Ramkarpal lagi.Dalam hal ini, sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik dengan keputusan Anwar tidak meneruskan samannya itu.Ia adalah langkah normal yang tidak sukar untuk difahami setelah Anwar berfikir panjang dan mengambil kira faktor-faktor yang lain.Menyaman atau tidak meneruskan adalah pilihan beliau dan tidak berbeza dengan ramai orang lain yang juga pernah mengambil tindakan yang sama.Malah, pihak pendakwa pun banyak kali menarik balik sesuatu kes yang sudah difail atau dibicarakan.Selain itu, keputusan Anwar itu juga berikutan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador telah pun memfailkan satu saman lain terhadap Yusoff, Jumaat lalu.Berikutan saman itu, tidak perlu dan membuang masa jika satu saman bertindih dikemukakan terhadap orang yang sama.Yang lebih penting, menjelang detik-detik terakhir peralihan kuasa Perdana Menteri bakal dimuktamadkan tidak lama lagi, Anwar harus fokus kepada isu tersebut dan tidak membiarkan hal-hal lain mengganggu tumpuannya.Jika ada saman itu, tidak mustahil ia akan dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan lagi tarikh peralihan kuasa itu.Kini, tanpa gangguan di depannya, tiada sebab lagi untukMajlis Presiden tidak boleh memuktamadkan tarikh peralihan kuasa bagi memastikan PH tidak berpecah dan terus relevan sebagai kerajaan yang komited menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. (ShahbudinHusin 28/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |