Tak Boleh Tebuk Atap Tebuklah Dinding Pula



DALAM beberapa hari terakhir kempen pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, pemimpin Perikatan Nasional (PN) dari Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersungguh-sungguh membina naratif keputusan PRN akan membawa kepada pertukaran Kerajaan Persekutuan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam ucapannya di Bandar Sendayan, Negeri Sembilan, pada 6 Ogos berkata, PRN enam negeri ini sangat penting untuk menangkan PN kerana kalau PN menang besar maka akan berlaku perubahan Kerajaan Pusat.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dalam ucapannya di Alor Setar malam kelmarin pula mendakwa bahawa kerajaan perpaduan boleh ditumbangkan seawal bulan ini sekiranya PN menang di kesemua enam negeri yang terlibat.
Kata Muhammad Sanusi, kalau Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kalah di enam negeri ini, ia adalah referendum, petunjuk dan isyarat yang menunjukkan PH-BN telah hilang sokongan daripada segi moral menyebabkan ahli-ahli Parlimen meninggalkannya secara segerombolan.
Tambah beliau, bila BN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak keluar dari kerajaan perpaduan, maka ia tidak lagi akan mempunyai majoriti yang cukup untuk bertahan di Putrajaya selepas bulan Ogos ini. Hal ini pernah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dahulu.
Nampak jelas di sini bahawa pemimpin PN belum mampu menerima hakikat mereka hilang kuasa selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 dan masih bermimpi untuk merebut kuasa melalui pintu belakang seperti dalam Langkah Sheraton.
Sebab itulah fokus utama PN bukan sangat untuk mempertahankan Kelantan, Kedah dan Terengganu tetapi lebih untuk merampas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, kerana percaturan mereka ialah jika ini dapat dibuat maka kuasa di Putrajaya akan diperoleh.
Kalau kita lihat tawaran manifesto PRN PN untuk Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak banyak perancangan konkrit yang PN garis untuk dilaksanakan jika ia mempertahankan tiga negeri ini. Sebaliknya apa yang ada hanya janji-janji bombastik tanpa kaedah dan sasaran spesifik untuk dicapai.
Contohnya ialah empat tawaran utama PN untuk Kedah, memperteguh pentadbiran negeri yang profesional dan berintegriti, melaksanakan penyampaian perkhidmatan efisien serta memperhebat agenda pendidikan Kedah Sejahtera yang sekadar sedap disebut tanpa perincian apa-apa.
Begitu juga dengan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Kedah yang dijanji untuk diselesaikan dalam Tawaran 10, menyelesaikan isu berkaitan pembekalan air bersih di Kedah yang telah berlarutan sekian lama secara menyeluruh, tetapi cara dan matlamatnya tiada.
Tawaran utama PN untuk Kelantan juga sama, dalam bidang pembangunan sosioekonomi ia sekadar menyebut ia akan membuka bandar baharu dan membangunkan bandar sempadan yang mampu menambah peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi tanpa perincian.
Dalam aspek pembangunan bekalan air bersih pula ia menyebut akan menjenamakan semula Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. dan menambahkan simpanan bekalan air melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) tetapi bagaimana ini boleh menyelesaikan masalah tidak dinyata.
KEBAJIKAN
Tawaran utama PN untuk Terengganu lebih spesifik. Ada janji untuk menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menjadikan Terengganu Negeri Pengeluar Makanan serta peruntukan RM10 juta setahun bagi membantu petani dan penternak berdepan musibah luar jangka. Tetapi ini juga tidak mencukupi.
Sebaliknya, tawaran utama PN untuk Selangor bertajuk Selangor Baharu, Kita Bangkit! khasnya dipenuhi janji-janji indah penuh perincian meliputi tujuh tunjang, 25 pendekatan dan 112 tawaran yang kesemuanya terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai RM2 bilion.
Jelas dari sini bukan menjaga kebajikan rakyat yang menjadi pertimbangan utama PN tetapi matlamat utamanya ialah untuk merampas tampuk kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan dengan fokus untuk menjejaskan sokongan ahli-ahli Parlimen kepada PH-BN dengan merampas negeri milik PH-BN.
Jika PN ikhlas mahu menjaga kebajikan rakyat sudah pastilah ia mengumpul segala tenaga dan kepakaran untuk menyelesaikan segala macam masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, Kedah dan Terengganu tetapi kerana tiga negeri ini dianggap deposit tetapnya maka ini diabaikan.
Atas faktor ini, rakyat Kelantan, Kedah dan Terengganu, jika mereka berfikiran matang, sepatutnya keluar beramai-ramai untuk memprotes tindakan PN dan mengajar pemimpinnya kerana mengabaikan kebajikan mereka semata-mata kerana PN mengambil mudah sokongan mereka selama ini.
Mengapa PN terkejar-kejar untuk merampas negeri PH seperti Selangor sehingga sanggup menjanjikan bulan bintang kepada rakyat negeri itu tanpa mengira dari mana dana RM2 bilion akan diperoleh bagi melunas segala janji itu kalau bukan kerana mahu mengejar kuasa?
Sewajarnya PN tidak memainkan isu nasional dalam PRN ini kerana apa pun keputusan PRN ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan perpaduan. Lebih perlu diutamakan ialah isu-isu tempatan dan negeri yang perlu diutarakan kerana ini sahaja yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
Andaian bahawa PH-BN akan kalah di enam negeri adalah mimpi indah yang tidak berpijak di bumi nyata. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, beberapa kali menyatakan kajiannya menunjukkan sokongan luar biasa ‘gelombang hijau’ diperoleh PN sudah menurun.
Lebih mutakhir, dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin beliau mengeluarkan laporan keputusan PRN ini akan kekal 3-3 di mana walaupun PN ada sedikit kelebihan dalam kalangan pengundi Melayu PH-BN masih boleh menang selesa di Selangor dan Negeri Sembilan.
Walau jika PH-BN kalah di Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang sekalipun, ia sekadar kekalahan moral yang akan menjadi wake-up call sahaja. Tidak semudah itu untuk mengimpikan BN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak keluar dari kerajaan perpaduan. – UTUSAN

DR. Mazlan Che Soh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/tak-boleh-tebuk-atap-tebuklah-dinding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuboq Dok Pangge Hang Kalut Nak Tebuk Atap Lagi

Kuboq Dok Pangge Hang Kalut Nak Tebuk Atap Lagi

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 228 hits
Ini seorang Agamawan yang tidak layak langsung digelar Negarawan Yang tidak endahkan apa baik untuk negara dan masa depan rakyat Dia nak apa dia nak Ada little bird di Borneo bagitau saya ada rombongan ke Sabah dan Sarawak minggu ni Berjump...
Bila Ada Tujuan Boleh Pula Ada Kesempatan

Bila Ada Tujuan Boleh Pula Ada Kesempatan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 199 hits
BILA ADA TUJUAN BOLEH PULA ADA KESEMPATAN Assalammualaikum wbt Hihi Hal BIASA BUKAN PERKARA PELIK ATAU ANEH TUJUAN KESEMPATAN Nak kenal sahabat tengok siapa yang ada dengan kita waktu kita susah sakit dan sedih Siapa dengan kita tu tidak se...
Kestabilan Patut Tak Kalut Tebuk Atap

Kestabilan Patut Tak Kalut Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 123 hits
MMMSNasib baik stop sampai bayangan Kalau jadi realiti may Allah have mercy on our souls
Kerajaan Menanggung Jumlah Hutang Yang Besar Tak Boleh Turun Harga Petrol Kata Rafizi

Kerajaan Menanggung Jumlah Hutang Yang Besar Tak Boleh Turun Harga Petrol Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 199 hits
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat terjejas jika kerajaan mengurangkan harga petrol Rakyat bertanya kepada kita mengapa tidak turunkan harga petrol Pertamanya hutang ...
Hiburan Kau Amik Laki Orang Boleh Plak Ek Marah Content Digunakan Untuk Views Ira Kazar Disindir Netizen Isu Perampas

Hiburan Kau Amik Laki Orang Boleh Plak Ek Marah Content Digunakan Untuk Views Ira Kazar Disindir Netizen Isu Perampas

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 298 hits
Sebelum ini Ira Kazar telah meluahkan rasa kesal selepas gambar hasil masakannya digunakan oleh segelintir pihak untuk mendapatkan views 1 day ago Takde Modal Ke Ambil Content Orang Ira Kazar Mengamuk Selar Individu Batak Likes Dan Views Ad...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar