Tak Ada Pun Yang Cerdik




Naz Laharadi


 Dalam Facebook ni ramai pakar pemasaran kan.. aku bukanlah pakar pemasaran.. tapi nak sentuh tentang pemasaran himpunan aman siang tadi.. yang berjaya jugalah kumpul puluhan ribu.. ok lah tu.. not bad..


Cuma aku tak puas hati sangat-sangat.. dalam ramai-ramai pembangkang tu.. tak ada ke yang brilliant idea.. untuk sentuh jiwa rakyat.. perkenalkan tagline yang menyentuh hati rakyat.. contohnya - himpunan mansuhkan SST.. himpunan turun harga minyak rm1.50.. himpunan mahkamah janganlah asyik lepaskan kes politician.. asyik rakyat je kena hukum..


you kena kejar golongan atas pagar.. bukan setakat kumpulkan pembangkang letak satu tempat.. 


Dan you nak heret rakyat berhimpun ni atas tujuan untuk bina negara.. bukan atas sebab nak turunkan seseorang.. apa salahnya kita minta PM kekal cuma kita nak minta Kerajaan ubah dasar tertentu yang kita desak.. bukan setakat menguntungkan sesetengah parti.. kalau boleh biarlah objektif himpunan tu rentas parti.. rentas bangsa.. rentas agama..


Sebab tu anwar sengih-sengih je tengok korang main game dia buat demonstrasi.. siap troll kat page rasmi dia.. ‘anwar turun kedah.. selamat pulang peserta, mai la lagi ke kuala lumpur..’


dia pakar game demonstrasi.. tengok tajuk himpunan ‘turun anwar’ dia dah tahu dah setakat mana dia boleh bimbang setakat mana dia boleh rilek.. agaknya dia bisik dalam hati - ‘hang boleh mintak macam-macam menerusi perhimpunan aman.. hang mintak aku letak jawatan?.. aku jadi PM pun Agong yang perintahkan..’


rakyat kalau hidup susah, dia bukan nak tahu siapa PM siapa TPM.. dia nak makan.. dia nak rehat-rehat kat rumah kalau bukan ofis hour, tak perlu buat 2 kerja..


Sebab tu dulu tagline reformasi boleh menyerap dalam denyut nadi rakyat.. sebab mereka rasa slogan tu boleh relate..


Himpunan bersih - sebab pembangkang berjaya jual naratif yang SPR tak bersih.. dipengaruhi pemerintah..


Himpunan turun harga minyak - sebab masa tu pak lah tarik subsidi minyak banyak mendadak..


Himpunan RUU - sebab rasa Islam terancam..


Himpunan mansuh GST - sebab pembangkang berjaya jual naratif GST tu membebankan rakyat


Semua topik di atas boleh sahaja didebat samada betul atau tak betul, tapi itu perkara kedua. Yang penting, ia pemasaran ampuh untuk diterjemah atas kertas undi..


Bila tagline ‘turun anwar’ - dia jadi satu tagline yang.. lah tu je ke.. kalau anwar turun esok, kira selesailah ya tuntutan himpunan tu?.. apa faedahnya pada negara?.. tambah lagi huru hara nak cari PM baru tengah-tengah penggal parlimen.. Ketua Hakim Negara belum sempat angkat sumpah.. Perdana Menteri pun takde.. nak jadi apa negara ni..


dulu masa PH membangkang, mereka main long game.. nak tarik sokongan orang atas pagar.. mesej himpunan mereka subtle.. mereka menyorok belakang tagline reformasi dan bersih dan gst.. tapi game sebenar adalah next PRU..


Yes memang biasalah ada sorak ‘undur mahathir undur pak lah undur najib’ masa demo.. tapi itu sorak2 nak semangat je.. bukan tagline himpunan..


‘turun anwar’ ni terlalu hard sell.. yes you boleh kumpul orang yang tak suka anwar.. tapi orang atas pagar akan dok di tepian.. 


Apatah lagi, tajuk himpunan tu hanya mengundang persoalan susulan.. kalau anwar turun, siapa naik?.. kan dah susah pulak peserta perhimpunan nak kena fikir.. sudahnya ada pula yang jawab bakal pm kita nama safwan..


ada satu peserta lain, penat wartawan tanya dia takde jawapan.. pada saya, itu bukan salah peserta.. itu salah penganjur.. salah bagi nama himpunan..


Tolong lah pembangkang kerja keras sikit.. ingat percuma ke nak dapat undian rakyat ni.. sekadar main sentimen jom benci anwar.. payah la nak menang pilihanraya.. murah sangat lah undi rakyat kalau undi pembangkang hanya semata nak anwar turun.. terlalu simplistik..


Pembangkang kena ingat, BN kalah bukan sebab rakyat benci najib.. tapi sebab dia gagal bersihkan nama dia daripada isu 1MDB.. rakyat bukan nak turunkan najib.. diorang nak duit 1MDB tu dikembalikan.. rakyat suka je dengan pemerintahan najib.. kecuali kes 1MDB.. 


Buktinya, sekarang BN guna nama najib utk dapatkan sokongan balik.. siap tuntut titah adendum minta tahanan rumah?.. itu semua hanyalah drama politik supaya rakyat pangkah BN.. kononnya kalau pangkah BN, najib akan terima keadilan sewajarnya..


Satu lagi, tuntutan supaya anwar turun ni pun satu objektif yang terlalu rendah.. too easy.. sebab, Anwar bukannya menang pilihanraya pun.. dia sekadar menerajui kerajaan perpaduan.. kalu dia turun pun, tak menambah kerusi pembangkang, dan tidak mengurang kerusi madani.. so instead of suruh anwar turun, apa kata korang cari satu nama untuk dinaikkan pula.. takkanlah kita nak kena ada Perdana Menteri ke-11 yang berumur 101 tahun pula?


Kenapa aku tulis ni panjang-panjang?.. sebab aku pun suka kalau ada pembangkang yang kuat.. barulah ada semak dan imbang kepada Kerajaan sediada.. pep guardiola perlukan jurgen klopp untuk jadi jurulatih yang lebih baik.. begitulah negara akan jadi lebih baik kalau ada pembangkang yang kuat








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/tak-ada-pun-yang-cerdik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Cerdik Dan Pandai

Beza Cerdik Dan Pandai

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 200 hits
Mukhlis Eddie 1 Di sebelah kiri terdapat gambar Puan Zaharah Sulaiman yang dikenali sebagai seorang penyelidik dan penulis ahli Persatuan Arkeologi Malaysia serta bernaung di bawah Akademi TAMU 2 Di sebelah kanan pula ialah Dr Zaharah Sulai...
Baik Cerdik Sikit Isu Telor Dulu Pun Ngaku Dia Pada Hal Mat Sabu Usahakan Kiok

Baik Cerdik Sikit Isu Telor Dulu Pun Ngaku Dia Pada Hal Mat Sabu Usahakan Kiok

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 266 hits
Fairul Al QasasDr Azman Ibrahim cerdik sikit boleh tak Awak tu EXCO Pertanian Terengganu Jika awak suruh Anwar Ibrahim jadi Menteri Luar apa kata awak suruh je MB Terengganu tu jadi Penghulu Kg Marang Awak pula jadi Su MPKK pun boleh Sebab ...
Pemimpin Pemimpin Pas Bukanlah Cerdik Sangat Ini Salah Seorang

Pemimpin Pemimpin Pas Bukanlah Cerdik Sangat Ini Salah Seorang

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 224 hits
MP Pas mohon maaf akui khilaf tuduh PM pakai baju batik IndonesiaSITI NUR ZAWANIAhli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa Perdana Menteri mengenakan baju...
Cerdik Betol Strategi Pmx Nih

Cerdik Betol Strategi Pmx Nih

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 129 hits
Semalam waktu Himpunan Turun Anwar berlangsung PMX turun ke Kedah berjumpa dgn kepala Ngo dan Pertubuhan Beladiri Melayu Langkah PMX di Kedah ini bukan langkah biasa Ia adalah silent offensive keatas naratif dominan PN di utara tanah air Ng...
Ronda Ronda Ferringhi Bay

The Lantis Bila Chord

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Laptop Terbaik Untuk Blogger Content Creator 2025 Pilihan Profesional

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Polis Tahan Lelaki Disyaki Liwat Campak Kucing