Tahniah Bn Menang Walaupun Majoriti Merosot Naib Presiden


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kaitan dengan kehilangan majoriti hampir separuh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) di Rompin yang diumumkan sebentar tadi.


Menteri pertahanan itu berkata, perkara yang lebih utama adalah BN kini berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin.

"Saya tidak rasa beliau (Dr Mahathir) ada kaitan di sini (Rompin)...ia tidak melibatkan beliau. Beliau tidak mengundi di sini," katanya, ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Rompin, malam tadi.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan penurunan kemenangan majoriti BN di Rompin daripada 15,114 kepada 8,895 akan dijadikan "modal" untuk Dr Mahathir lebih agresif menyerang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Itu banyak perkara, kita akan buat post portem..tapi yang pasti wakil rakyat kita BN," katanya ketika diminta mengulas sama ada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu berkaitan Felda menjadi faktor penurunan majoriti tersebut.

Sementara Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.

"Rakyat memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon mereka, Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rupanya Ini Punca BN Hilang Hampir Separuh Majoriti Di PRK Rompin

Hasan berjaya memperoleh 23,796 undi, manakala Nazri hanya memperoleh 14,901 undi.

Pengumuman rasmi keputusan PRK Rompin dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Fadzilla Salleh pada jam 10.25 malam tadi, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin, malam tadi.

Calon PAS bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dimaklumkan.

Proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi tadi dengan sejumlah 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin hari ini juga lebih rendah apabila hanya sekitar 74% keluar mengundi berbanding 85.9% pada PRU13 lalu.

Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.


Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi berdaftar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi lain-lain, yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.

Ketika PRU13, sekitar 85.9% pengundi keluar mengundi daripada sejumlah 53,596 pengundi berdaftar.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Pada PRU ke-13, Jamaluddin mengalahkan calon PAS Nuridah Salleh dengan majoriti 15,114 u

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kedahpost.blogspot.com/2015/05/tahniah-bn-menang-walaupun-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Anwar Ibrahim Menang Majoriti Bergaya

Tahniah Anwar Ibrahim Menang Majoriti Bergaya

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 677 hits
TAHNIAH DS Anwar Ibrahim di atas kemenangan di PRK Port Dickson dengan majoriti yang lebih besar daripada majoriti terdahulu Welcome back to parliament TAHNIAH juga kepada PAS kerana terselamat dari HilangDeposit
Rafizi Menang Tipis Pemilihan Timbalan Presiden Pkr Di Perlis

Rafizi Menang Tipis Pemilihan Timbalan Presiden Pkr Di Perlis

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 266 hits
ARAU Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli menang tipis dengan majoriti 66 undi terhadap penyandang jawatan itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti itu yang merangkumi PKR Cabang Kangar Arau dan Padang Bes...
Anwar Boleh Menang 10 000 Undi Majoriti Ide

Anwar Boleh Menang 10 000 Undi Majoriti Ide

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 223 hits
Anwar boleh menang 10 000 undi majoriti IDEPosted By on October 10 2018Pilihan raya kecil Port Dickson Sabtu ini mungkin tidak akan mengikut trend jumlah keluar mengundi rendah seperti pilihan raya kecil sebelum ini kerana keterujaan dengan...
Menang Majoriti Kecil Susah Ada Mau Potong Kaki

Menang Majoriti Kecil Susah Ada Mau Potong Kaki

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 184 hits
Menang majoriti kecil susah ada mau potong kaki Posted By on October 12 2018Calon Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil Port Dickson Anwar Ibrahim merayu kepada masyarakat Cina untuk menggesa pengundi di luar kembali ke kampung halaman untu...
Rasmi Anwar Menang Prk Pd Dengan Majoriti Lebih Besar

Rasmi Anwar Menang Prk Pd Dengan Majoriti Lebih Besar

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 326 hits
Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson selepas meraih 31 016 undi seperti diumumkan SPR Anwar mendapat 23 560 undi majoriti ke atas pesaing terdekatnya calon PAS Mohd Nazari Moktar yang memperoleh 7 456 un...
Anwar Menang Besar 23 560 Majoriti

Anwar Menang Besar 23 560 Majoriti

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 287 hits
Anwar menang besar 23 560 majoritiPosted By on October 13 2018Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Port Dickson Setakat 7 30 malam Anwar telah meraih 23 560 undi SPR m...
Anwar Menang Lebih 23 Ribu Majoriti

Anwar Menang Lebih 23 Ribu Majoriti

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 305 hits
Keputusan rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Port Dickson dengan majoriti 23 560 undi Anwar mendapat 31 016 undi berbanding calon PAS Mohd Nazari Mokhtar mendapat 7 456 undi Bekas m...
Chu Menang Hafazan Naib Johan

Chu Menang Hafazan Naib Johan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 230 hits
Alhamdulillah Chu menang pertandingan hafazan peringkat zon pada 10 October yang lepas Walaupun dia dapat naib johan ayahmama tetap bangga Gigih dia menghafal surah2 yang ustazah suruh Setiap hari khamis dan Jumaat pukul 3 petang mama kene ...
Pemilihan Timbalan Naib Presiden Dan Jawatankuasa Pusat Mic Hari Ini

Pemilihan Timbalan Naib Presiden Dan Jawatankuasa Pusat Mic Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 308 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Para perwakilan MIC akan mula mengundi pada pukul 4 petang ini bagi memilih timbalan presiden tiga naib presiden dan 21 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu bagi penggal 2018 2021 Pemilihan bagi jawata...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks

In Src International Civil Suit Former Director Says Najib Was Chess Grandmaster In Company S Scheme Of Things