Tafsiran Pmx Bersandar Dalil Al Quran Tak Tepat


harakahdaily.net
February 26, 2025
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa pihak autoriti agama supaya mengambil langkah menegur Perdana Menteri yang menyandarkan pandangannya kepada dalil Al-Quran secara tidak tepat dan menyalahi disiplin tafsir Al-Quran

Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, ayat berpuasa ‘sepertimana umat terdahulu’ tidak harus menjadi sandaran hujah bahawa orang bukan-Islam juga berpuasa sepertimana umat Islam berpuasa.

“Kenyataan PMX (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) jelas terdapat kekeliruan yang nyata. Maksud ‘umat yang terdahulu berpuasa’ dalam ayat Al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam.

“Umat Nabi Nuh AS juga disyariatkan berpuasa, begitu juga jalur kenabian daripada Nabi Ibrahim AS dan umat-umat yang lahir selepasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, ayat tersebut memberikan gambaran bahawa perintah berpuasa sudah ada sebelum disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

“Ia tidak boleh ditafsirkan bahawa golongan bukan-Islam juga berpuasa dengan disandarkan kepada ayat ‘umat terdahulu juga berpuasa’.

“Puasa yang diamalkan oleh golongan bukan-Islam sepertimana puasa 40 hari sebelum Hari Easter dalam ajaran Kristian, puasa orang Yahudi mahupun dalam agama Hindu tidak sama dengan ajaran tauhid yang terdapat dalam agama Islam.

“Malah, dalam konteks perubatan juga ada istilah berpuasa. Namun, persamaan ini hanya dari sudut literal, bukan dari sudut istilah pensyariatan.

“Justeru, menyandarkan maksud puasa tersebut dalam satu bakul semua agama berpuasa apatah lagi menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujah adalah perbuatan yang tidak beradab,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa pihaknya ingin menyatakan teguran kepada PMX di atas kekhilafan beliau yang menafsirkan ayat tersebut dan meletakkannya dalam konteks salah.

“Malah, sewajarnya pihak autoriti agama yang menasihati PMX sendiri seharusnya menangani salah faham ini sebelum ia terus merebak dan merosakkan pandang sisi masyarakat terhadap pensyariatan berpuasa,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 26/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/tafsiran-pmx-bersandar-dalil-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 333 hits
Man TobaKalau PN memerintah dulu diam masuk acc parti Zaman PHBN terang masuk acc petani pon hari golongan tak bersyukur maki hamun Begitulah kelakuan walaun tuan tuan
Zaman Madani Syed Mokhtar Bagi Tapi Pmx Bagi Oada Petani Aman 33 Bulan Bagi Juga Tapi Masuk Ke Oarti

Zaman Madani Syed Mokhtar Bagi Tapi Pmx Bagi Oada Petani Aman 33 Bulan Bagi Juga Tapi Masuk Ke Oarti

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 3023 hits
Kenapa hanya Syed Mokhtar kena bantu pesawah Pertama Syed Mokhtar ni adalah owner Bernas yang puluhan tahun monopoli import beras dari luar negara sampai hari ini Sama macam Puspakom tapi ini Bernas yang mana tiap tiap butir beras import ad...
Dibawah Pmx Nampak Islam Dijaga Judi Tak Naik Macam Zaman Pnpas Dulu

Dibawah Pmx Nampak Islam Dijaga Judi Tak Naik Macam Zaman Pnpas Dulu

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 293 hits
Tok Abah Alhamdulillah PMX adalah seorang yang sangat tegas dalam bab menjaga hak agama islam dalam negara orang Melayu dimana cadangan wujudkan menteri agama bukan islam tidak dilayan Malah PMX tolak mentah dan dianggap cadangan yang dikem...
Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 187 hits
Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani Menerusi perbualan telefon ini kami berbincang mengenai situasi...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch