T29f24 Peribahasa Tentang Ekonomi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut adalah senarai peribahasa yang berkaitan dengan tema ekonomi.
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masakSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu.Peribahasa lain yang sama makna:Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu,Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.Peribahasa baik berjagung-jagung sementara padi belum masak boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana kita menggunakan segenap peluang yang ada untuk perbaiki ekonomi.Belum tahu laba rugiBelum tahu baik buruk
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukitCermat
Peribahasa ini untuk menunjukkan sikap berjimat-cermat atau menabung apabila digunakan dalam tema ekonomi.Bertemu bukit di tepi telagaMendapat rezeki.
Biar dahi berluluk, asal tanduk mengenaBiar bekerja bersusah payah asal yang dimaksudkan tercapai.
berluluk = berlumpur.
Biar genting jangan putusBiar rugi sedikit jangan rugi banyak.
Biar senget jangan tertiarapLebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.
Cermat masa banyak, jimat masa sedikitSelalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.
Dapat kijang teruitMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Peribahasa lain yang sama makna:Dapat durian runtuh,Dapat harta karun,Dapat harta timbul,Dapat tebu rebah.teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.Lurah dituruni, bukit didakiMaksud:Gigih;tak mengenal lelah;azam yang kuat.Memelihara gajah putihMenyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.
Jika digunakan dalam tema ekonomi peribahasa memelihara gajah putih ini boleh digunakan untuk perbuatan yang merugikan seperti pembinaan bangunan yang tidak diperlukan.Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribuHendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.
Menggali paya menimbun bukitMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.
Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekukMaksud: Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.
Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit.
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur uraiJimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.
Nan lurah juga diturut air / Nan rendah juga diturut airOrang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.
Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.
Padi masak, jagung mengupihKeuntungan yang berlipat ganda.
mengupih = sudah tua.
Sedatar saja lurah dengan bukitTidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin.
Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukitMaksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.
Seperti mendapat gagak putihPerolehan yang bertuah.
Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mataOrang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.
Telur di hujung tandukMaksud:Dalam keadaan bahaya; serba sulit.Peribahasa telur di hujung tanduk ini boleh kita gunakan untuk gambarkan keadaan ekonomi sesebuah negara atau syarikat yang dalam keadaan genting hampir menuju kemuflisan.Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunungMendapat kemalangan silih berganti.
Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
~20240629~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2024/06/t29f24-peribahasa-tentang-ekonomi.html