T19g11 Razlan Yakin Hafizh Kekal Bersaing Kejuaraan Dunia
Agak mengecewakan apabila mendapat berita KTM Tech3 telah menawarkan kontrak kepada Brad Binder untuk berlumba mewakili kumpulan KTM Tech3 pada tahun 2020.
Ini bermakna pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3.
Tahun ini tahun yang malang buat Hafizh Syahrin setelah beralih daripada motosikal Yamaha kepada motosikal KTM. Bukan dia sahaja, malahan Johann Zarco pun tak beraksi baik setelah bertukar motosikal. Dikatakan motosikal KTM ni tidak mesra penunggang sebagaimana motosikal Yamaha. Salah satu kelemahannya adalah susah ambil selekoh.
Selain itu rekaan tempat duduknya juga dikatakan punca penunggang sukar mengawal motosikal KTM, terutama pelumba bertubuh kecil dari Asia.
Apa-apa pun bos Hafizh Syahrin lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya. Malangnya dia tak mahu beri peluang lagi kepada Hafizh Syahrin. Tedi harap pasukan mereka akan kalah selepas ini!
KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah masih mempunyai ruang untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia biarpun tempatnya bersama pasukan yang beraksi dalam kelas MotoGP, Red Bull KTM Tech3 diambil pelumba Afrika Selatan, Brad Binder untuk musim 2020.
Pengumuman dibuat pasukan malam tadi, mengejutkan peminat sukan permotoran negara tatkala Hafizh yang masih berbaki 10 pusingan musim ini dikatakan akan kembali turun beraksi dalam kelas pertengahan, Moto2.
Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang menjadi tunjang kepada penyertaan Hafizh dalam kelas perdana itu berharap peminat sukan dua roda tanah air supaya kekal tenang di saat beliau yakin pelumba pertama Asia Tenggara dalam kelas MotoGP itu akan kekal beraksi di pentas kejuaraan dunia.
"Dalam musim panas ini, ia adalah satu tempoh yang menyaksikan adanya pelumba masuk dan keluar daripada pasukan untuk 2020 dan saya yakin Hafizh akan kekal dalam Kejuaraan Motosikal Dunia tetapi sama ada dia kekal dalam kelas perdana, itu mungkin tampak sukar kerana buat masa ini tiada tempat kosong.
"Bagaimanapun, masih ada beberapa peluang dan tawaran untuk Hafizh ke Moto2. Saya pasti Hafizh akan membuat keputusan tepat berdasarkan keadaan ketika ini dan kami di SIC akan melakukan yang terbaik untuk membantunya," kata Razlan.
Hafizh mula melangkah ke kelas perdana MotoGP pada 2018, menyertai pasukan Tech3 yang ketika itu menggunakan motosikal Yamaha YZR M1 dan menamatkan saingan musim di tangga ke-16 dengan 46 mata keseluruhan. Bagaimanapun selepas pasukan mengambil keputusan bekerjasama dengan pengeluar KTM bermula musim ini, Hafizh tampak bergelut dengan jentera KTM RC16 di saat pasukan dan dirinya masih dalam proses 'mengenali' motosikal dari Austria itu.
Oleh Sukhairi Thani | 11 Julai 2019 | 20190711
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/07/razlan-yakin-hafizh-kekal-bersaing.html