T18k20 Kembara Kelantan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ KandunganJersi di Pasar Besar Wakaf BharuNasi Ayam Kak Ani di Pasar Besar Wakaf BharuIkan Masin di Pasar Besar Wakaf BharuPutu Halba pada Musim TengkujuhBlok Pasar Kering, Pasar Besar Wakaf BharuBazar Tok Guru, Kota BharuBalai Polis Kota BharuNasi Abe Mie di Kota BharuJersi di Pasar Besar Wakaf BharuKedai menjual aneka jenis jersi di Pasar Besar Wakaf Bharu. Ada jersi pasukan bolasepak terkemuka dunia, ada jersi pasukan kebangsaan, dan ada juga jersi kosong. Kedai menjual jersi terletak di tingkat atas di mana semua kedai pakaian atau kedai kain diletakkan. # Tuesday, 20 November 2018, 12:40 # 20181120 # DSC07840 # Dirakam menggunakan kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Jalan Hilir Pasar, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan # 46F2+5G Wakaf Bharu, Kelantan #<top>
Nasi Ayam Kak Ani di Pasar Besar Wakaf BharuTerletak di tingkat atas Pasar Besar Wakaf Bharu. Beliau hanya menjual nasi ayam dalam kuantiti terhad. Sebelum tengahari nasi ayam Kak Ani habis dijual kepada pelanggan. Beliau dibantu oleh anak lelakinya. Kepada kawan-kawan yang mahu mencuba Nasi Ayam Hailam boleh singgah di sini. # Nasi Ayam Kak Ani. Nasi Ayam Hailam. RM 5. Sedap Senghoti. # Tuesday, 20 November 2018, 13:03 # 20181120 # DSC07846 # SONY ILCE-5000 # Pasar Besar Wakaf Bharu, Wakaf Bharu, 16250, Tumpat, Kelantan, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan # 46F2+39 Wakaf Bharu, Kelantan #<top>
Ikan Masin di Pasar Besar Wakaf Bharu
Pelbagai ikan masin ada ikan pari. Kegemaran Master tentunya pari kering goreng liat dan ikan sepat masin. Hanya arwah nyang Semek sahaja yang tahu apakah ikan masin kesukaan Master dan arwah dulu selalu bawakan dari Terengganu ketika melawat keluarga Master di Felda Lui Barat. Sanggup arwah nyang Semek dan arwah nyang Ali Taib naiki bas Tanjong Keramat yang popular pada suatu masa dulu. Ada satu kiriman Tedi mengenai kegilaan Master terhadap ikan masin bertajuk Ikan Masin Itu Eksotik.
# Tuesday, 20 November 2018, 13:09 # 20181120 # EFFECTS # SONY ILCE-5000 # Pasar Besar Wakaf Bharu, Wakaf Bharu, 16250, Tumpat, Kelantan, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan # 46F2+39 Wakaf Bharu, Kelantan #<top>
Putu Halba pada Musim TengkujuhSalah satu fenomena pada musim hujan ialah tiba-tiba sahaja banyak gerai menjual putu, dan putu yang dijual mereka memang hanya dijual pada musim hujan iaitu Putu Halba.
Putu Halba (jika tak salah nama) adalah sepupu kepada Putu Mayam dan makanan ini hanya boleh didapati di Negeri Kelantan pada musim tengkujuh sahaja. Tedi tak tahulah kenapa begitu pola pemasaran Putu Halba ni, mungkinkah ia boleh memanaskan badan sehingga hanya laku pada musim hujan sahaja? Tedi tidak pernah mencubanya maka Tedi tak boleh nak komen.
# Tuesday, 20 November 2018, 13:14 # 20181120 # DSC_6189 # Sony G3226 # Jalan Puteri Saadong, 16210 Tumpat, Kelantan, Malaysia # 46C2+QQ Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia #Gambar Putu Halba dari jarak dekat. Rupanya sama macam Putu Mayam kan? Tapi tidak segebu dan mudah lerai macam Putu Mayam, Putu Halba lebih kenyal.
# Tuesday, 20 November 2018, 13:19 # 20181120 # DSC_6190 # Kamera telefon pintar Sony G3226 # Jalan Puteri Saadong, 16210 Tumpat, Kelantan # 46C2+QR Wakaf Bharu, Kelantan #<top>
Blok Pasar Kering, Pasar Besar Wakaf BharuGambar bangunan Pasar Besar Wakaf Bharu. Merupakan kompleks pasar yang menempatkan dua blok bangunan, sebuah blok 2 tingkat pasar kering dan sebuah blok 1 tingkat pasar basah. Menurut cerita Tok Abah, pembangunan kompleks pasar ini dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum lama tergendala. Usaha itu disambung oleh kerajaan PAS Kelantan. Setelah selesai dibina, tiada peniaga mahu berpindah kerana macam-macam alasan, dan mereka lebih suka berniaga di sebuah tapak lain yang berselut ketika hujan.
Kerajaan negeri Kelantan akhirnya mengambil langkah drastik menutup kawasan pasar lama tersebut dan memaksa peniaga berniaga di sini. Manusia memang ada yang tidak suka berubah dan takut kerugian jika berubah. Tedi percaya mereka kini harus berterima kasih di atas "kekejaman" kerajaan negeri Kelantan memaksa mereka berpindah kerana kompleks Pasar Besar Wakaf Bharu ini memang selesa dan serba-serbi ada.
# Tuesday, 20 November 2018, 13:37 # DSC07859 # Kamera digital SLR SONY ILCE-5000 # Pasar Besar Wakaf Bharu, Wakaf Bharu, 16250, Tumpat, Kelantan, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan #<top>
Bazar Tok Guru, Kota BharuGambar luaran Bazar Tok Guru. Mummy selalu datang sini untuk beli tudung, ada juga jualan kain baju, kain pasang, kain batik, batik tangan, barangan tembaga, barangan kosmetik dan lain-lain. Konsepnya adalah seperti bazar (dah nama pun bazar) di mana setiap kedai hanyalah petak-petak kecil untuk melakukan aktiviti jual beli. Jika anda perasan ada kiosk bayar parking di mana anda boleh gunakan kad Touch 'n Go dan beberapa e-Wallet lain.
# Bazar Tok Guru # Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan #<top>
Balai Polis Kota Bharu Gambar Balai Polis Kota Bharu dari Bazar Tok Guru.
# Tuesday, 20 November 2018, 14:27 # DSC07869 # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Balai Polis Kota Bharu # Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan # 46CQ+RR Kota Bharu, Kelantan ## Azami Saloon Kedai Gunting Fine Layer
# Wakil sah penjual motosikal Seng Motors. Kedai motosikal Seng Motors. Yamaha, Honda, Kawasaki Green Station
# Digitcom
# Tuesday, 20 November 2018, 14:48 # 20181120 # DSC07870 # SONY ILCE-5000 # 4763+59 Kota Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/Mdk3VZv6v2BKWYBM7 # Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan #<top>
Nasi Abe Mie di Kota BharuGambar orang ramai sedang beratur menunggu giliran membeli Nasi Abang Mie di Kota Bharu. Walaupun ejaannya di situ ialah Nasi Abg Mie di mana orang luar Kelantan akan sebut Nasi Abang Mie, ia disebut sebagai Nasi Abe Mie. Tedi tak pastilah kenapa ramai yang beratur nak beli nasi di sini, tempat letak kereta pun penuh, sebab Tedi tak rasa pun kelebihannya berbanding nasi kukus yang lain.
# Nasi Abg Mie # Untuk tempahan sila hubungi 012-9280122 # Chicken chop, lamb chop # DX 9216 #
# Tuesday, 20 November 2018, 14:57 # 20181120 # DSC07874 # SONY ILCE-5000 # 4097 Lot 469, B, 521, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan # 4763+C2 Kota Bharu, Kelantan #~20181120~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/10/kembara-kelantan-rk20.html